Arkeologi Israel: Yahudi tidak ada hubungan dengan Al-Quds
09 Ogos 2011
Profesor Israel Finkelstein dikenali bapa arkeologi Israel.
Seorang dari arkeologi Israel yang dikenali 'bapa arkeologi', Israel Finkelstein menyatakan dalam majalah elektronik Israel 'Jerusalem Report' versi english bahawa pakar-pakar arkeologi Yahudi tidak menemui bukti atau kesan sejarah yang menyokong sebahagian kisah-kisah yang telah dinyatakan dalam Taurat(perjanjian lama), sedemikian itu termasuk cerita penghijrahan ke Sinai(Mesir) dan kemenangan Yusha' Bin Nun ke atas bangsa Kan'an.
Berhubung kait dengan isu dakwaan Haikal Sulaiman, ahli arkeologi itu menyatakan bahawa 'tidak ada sebarang kesan sejarah yang membuktikan ia benar-benar wujud'.
Majalah berkenaan turut menukil dari seorang lagi ahli arkeologi Israel, Prof. Raphael Greenberg, pensyarah di Universiti Tel-Aviv, kata beliau, Israel menjangkakan akan memperolehi sesuatu sepanjang penggalian yang dilakukan selama 6 minggu, bagaimanapun penggalian yang dilakukan Israel sejak dua tahun yang lalu di bandar Daud, Hayyu Silwan di selatan BaitulMaqdis tidak menemui apa-apa."
Peta Hayyu Silwan di sebelah selatan Masjid Al-Aqsa menunjukkan perancangan Israel untuk meyahudikan perumahan Palestin kepada hak milik Yahudi.
Profesor Yuni Mazrahi, ahli arkeologi bebas yang pernah bekerja dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA) turut bersetuju dengan pendapat Finkelstein, kata beliau, "Yayasan Elad(dikenali Ir David Foundation) berhaluan kanan memang tidak menemui apa-apa hatta satu papan tanda yang tertulis 'selamat datang ke Istana Daud' biarpun pendirian mereka hampa pada waktu sedemikian, sehubungan itu diteruskan seolah-olah mereka bergantung kepada kitab suci untuk membimbingi mereka menjalankan usaha-usaha mereka."
Disebutkan, semenjak pertengahan tahun 2008 lagi, Kerajaan Israel(rejim zionis) telah menggerakkan secara sulit dan menggunakan kekerasan bagi pelebaran kawasan perumahan serta menyokong penguasaan warga zionis ke atas Hayyu Silwan dan kawasan sekitar Kota Lama yang dijajah Israel semasa perang Jun 1967 malahan langkah penggabungan selepas itu tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa mahupun PBB.
Profesor Raphael(Rafi) Greenberg.
Pakar-pakar Israel melihat bahawa matlamat utama di sebalik kerja-kerja penggalian adalah untuk menghimpit penduduk Palestin agar keluar dari bandar suci serta melebarluaskan penempatan-penempatan Yahudi di dalamnya dan mengubah kepada tempat Yahudi.
Laporan ini telah tersiar dalam web berita Al-Jazeerah pada 08/08/2011 dan web berita Ad-Doustur pada 06/08/2011. Laporan asal adalah dari media Israel, Jerusalem Report. Web lain, antaranews turut menyiarkan laporan ini di dalam versi english pada hari ini.