Usaha Mesir perbaiki dalaman Palestin
10 Julai 2009
Al-Jazeerah melaporkan berkenaan rundingan penukaran tahanan Palestin dengan tentera Israel yang ditawan. Sehingga kini, persoalan terus berputar..bagaimanakah nasib yang berada dalam penjara Israel? Gambar di atas adalah sebahagian daripada warga Palestin yang ditahan dalam penjara Israel. Mengikut perangkaan, warga Palestin yang ditangkap tentera Israel mencecah jumlah 11,000.
Sebelum ini, adanya rundingan bagi membebaskan sebahagian kecil warga Palestin sebagai tukaran dengan seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza, namun tiba saat untuk mengumumkan tarikh tercapainya persepakatan, harapan itu menjadi kelam. Israel bertanggungjawab gagalnya rundingan tersebut. Sewajarnya, Mesir yang berperanan sebagai 'orang tengah' perlu lebih menekan Israel. Tambahan pula, kewujudan pertubuhan-pertubuhan yang membela kemanusiaan, tetapi ke mana mereka? Sepatutnya, pihak ini juga mesti memahami, mereka juga bertanggungjawab untuk membela warga Palestin yang meringkuk dalam penjara Israel.
Berhubung tentera Israel yang berada dalam tawanan pejuang Gaza, ianya kembali kepada sikap Israel. Sekiranya, Israel serius mahukan Gilad Shalit dibebaskan, maka Israel perlu jujur apabila mengadakan rundingan. Israel, jujur dan masih boleh dipercayai..?
___________________________________________________________________________
Utusan keamanan Mesir bertemu Mahmoud Abbas
Menurut sumber, delegasi utusan dari pihak keamanan Mesir hari ini mengadakan pertemuan dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin (jawatan Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) di Ramallah.
Sebelum itu, utusan tersebut telah bertemu dengan pemimpin gerakan HAMAS dan FATAH di Ramallah. Sebagaimana yang dilaporkan, utusan Mesir datang ke Ramallah dengan membawa beberapa cadangan dan pandangan dari pemimpin HAMAS di Syria ketika pertemuan semalam. Sumber 10/07/09, berita Al-Jazeerah
Abu Mazen ke Turki
Sumber melaporkan, Abu Mazen (Mahmoud Abbas) akan mengadakan kunjungan ke Ankara, Turki pada 16 Julai akan datang. Dijadualkan, Abu Mazen akan bertemu dengan Presiden Turki, Abdullah Gul dan Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan.
Media menyatakan, pertemuan antara dua pihak itu adalah bagi membincangkan keadaan dan perkembangan terkini di Timur Tengah, usaha bagi mencapai penyelesaian konflik dalaman Palestin dan perkembangan Palestin. Sumber 10/07/09, suratkhabar Shourouk
Polis Paris tangkap pengganas Yahudi
Semalam, sumber menukilkan laporan berkenaan sebuah kedai buku di Paris yang mendokong isu dan permasalahan Palestin diancam beberapa pemuda Yahudi. Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah
Berita penuh: Polis Paris telah menangkap empat pemuda Yahudi yang ada hubungan dengan sebuah pertubuhan Yahudi yang masyhur di Paris kerana melakukan keganasan dan menimbulkan kekacauan.
Siasatan ke atas mereka yang ditangkap berhubung merosakkan sebuah kedai buku yang mendokong isu Palestin. Dinyatakan, lima pemuda yang menutup muka, berpakaian sukan yang berwarna gelap sambil memegang botol yang mengandungi minyak dan sebatang kayu telah menceroboh kedai buku tersebut selepas zohor dan memecahkan peralatan kedai. Sumber 10/07/09, suratkhabar Shourouk
Notis roboh rumah Palestin
Sumber melaporkan, Wakil dari Kerajaan Palestin di Ramallah(Pihak Berkuasa Palestin) berkata Kerajaan Israel telah memberikan notis untuk merobohkan rumah warga Palestin di Hayyu Bustan di Salwan, Al-Quds. Wakil tersebut menyifatkan, notis seperti itu adalah jenayah 'penghapusan etnik' sambil meminta pihak antarabangsa campur tangan dengan segera.
Ahmad Al-Ruwaidhi, Pengerusi Kesatuan Al-Quds yang juga peguam dalam kenyataannya berkata, "notis pemberitahuan bagi operasi meroboh yang baru ini adalah mengesahkan lagi niat Israel untuk menghalau 1500 penduduk Palestin di Al-Quds setelah rumah yang ke 88 dirobohkan dan amat memberi bahaya".
Beliau turut mengingatkan, Israel cuba menimbulkan fitnah antara penduduk di Hayyu Bustan. Sumber 10/07/09, web berita Al-Jazeerah
Hapus bantuan yang luput tarikh
Kerajaan Mesir telah memutuskan untuk menghapuskan longgokan bekalan bantuan makanan yang berada di pintu masuk sempadan Rafah disebabkan tarikh luput. Langkah penghapusan itu adalah kali kedua semenjak Israel menyerang Gaza.
Wakil Mesir menjelaskan, bekalan bantuan makanan tersebut yang bertimbun dan tidak dapat bawa masuk ke Gaza kerana proses yang merumitkan di pihak Israel. Lantas, bekalan bantuan tersebut tidak dapat bawa masuk ke Gaza melalui sempadan(pintu masuk) Aujah yang dikhususkan untuk laluan perdagangan ke Gaza yang berhubung dengan Israel(juga tanah Palestin yang dirampas).
Kesemua barang makanan yang dihapuskan(bakar) itu dianggarkan sebanyak 680 kilogram. Dinyatakan, antara bekalan bantuan makanan adalah kacang, bahan agrokimia, dan ubat-ubatan yang telah tamat tempoh. Sumber 10/07/09, web berita Al-Jazeerah