40 tahanan Palestin dalam penjara zionis keracunan makanan
07 Ogos 2011
Jam 02:15 petang, waktu Mesir
RAMALLAH - Kementerian Hal-Ehwal Pembebasan Tahanan Palestin di Ramallah berkata, seramai 40 tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara padang pasir Naqab mengalami keracunan makanan disebabkan mengambil susu yang telah luput tarikh. Tahanan-tahanan Palestin yang terbabit telah di bawa ke poliklinik penjara setelah mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.
Berikutan kejadian, seorang dari tahanan Palestin, Amjad Abu Latifah mendakwa Jabatan Penjara yang mesti bertanggungjawab kerana menjual makanan yang telah rosak kepada tahanan-tahanan.
Kata Abu Latifah, para tahanan telah mengemukakan aduan rasmi menentang Jabatan Penjara secara khusus ekoran kejadian ini adalah kali kedua berlaku yang mengakibatkan para tahanan mengalami keracunan dalam penjara zionis di Naqab.
Menteri Pembebasan Tahanan Palestin Ramallah, Isa Qaraqi' turut meletakkan tanggungjawab kepada Jabatan Penjara berhubung kesihatan dan nyawa para tahanan berdasarkan kecuaian yang disengajakan ekoran tiada pengawalan ke atas makanan yang dijual kepada tahanan di penjara. Beliau mendesak campur tangan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa menyiasat keadaan buruk yang dilalui para tahanan. Sumber 07/08/2011, web berita Safa.ps