Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

'ESTELLE' diserang komando laut zionis

20 Oktober 2012

Sumber tentera Israel
Sebuah kapal yang membawa aktivis-aktivis (relawan) pro Palestin dalam usaha melepasi sekatan laut yang dikenakan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza telah "diserang" sejurus selepas didekati oleh bot-bot laju tentera Israel(penjajah/zionis), kata seorang jurucakap.

"ESTELLE kini telah diserang - saya baru sahaja menerima pesanan ringkas daripada mereka melalui telefon," kata Victoria Strand, jurucakap bagi kempen Ship to Gaza Sweden daripada Stockholm memberitahu agensi berita AFP hari ini(Sabtu).

Memetik kata-kata seorang lagi jurucakap, Dror Feiler, kapal ESTELLE yang membawa aktivis-aktivis termasuk 5 ahli parlimen dan seorang bekas ahli politik Kanada, telah diserang pada kira-kira jam 08:15 GMT.

Berhubung kejadian, kata Dror, "5 atau 6 buah bot laju tentera mengelilingi ESTELLE. Askar-askar memakai topeng muka dan kini sedang mencuba untuk menaiki kapal. Serangan ini berlaku di perairan antarabangsa: N31 26 E33 45 (kiraan latitud)."

"Baru sebentar tadi tentera laut Israel merempuh masuk ke atas dek kapal ESTELLE dalam perjalanan ke Gaza yang mencuba untuk melepasi sekatan keselamatan maritim," demikian petikan kenyataan yang disebut oleh tentera Israel.

Tentera mengatakan bahawa kapal yang terkibar bendera Finland telah dibawa ke pelabuhan Ashdod, selatan Israel.

Kapal ESTELLE yang terbaru ini sebahagian dari pergerakan Freedom Flotilla yang mahu memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. Ia mula berlayar dari Naples, selatan Itali.

ESTELLE: Ship to Gaza
Semasa berada di pelabuhan Naples, krew-krew ESTELLE turut dilawati Datuk Bandar Naples, Luigi de Magistris.

Pelayaran ESTELLE dikelolakan oleh gabungan pro Palestin antarabangsa membawa barangan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.




Aktivis ESTELLE melibatkan 17 orang aktivis seluruh dunia, termasuk krew dan penumpang dari Kanada, Israel, Norway, Sweden dan Amerika Syarikat.

Akuan tentera zionis

Rempuhan masuk ke kapal itu dijalankan selaras dengan undang-undang antarabangsa atas arahan kerajaan Israel, lebih-lebih lagi setelahmana semua cubaan untuk menghalang kapal itu melalui saluran diplomatik dan kerajaan dari tiba ke Gaza telah dilakukan, tetapi tidak berjaya.

Dakwa tentera zionis yang disiarkan oleh IDF dan jurucakapnya, Avichay Adraee, rempuhan itu dilakukan selepas beberapa panggilan dibuat, namun mereka tidak mahu bekerjasama dan mengabaikan arahan untuk menukar haluan perjalanan.

Semasa laporan ini ditulis (1 petang, waktu Kaherah), ESTELLE yang dikawal bot-bot laju tentera laut zionis masih dalam perjalanan menuju ke Ashdod.

Demikian itu, sebaik sahaja tiba di pelabuhan Ashdod, mereka (aktivis/relawan) akan berada di bawah jagaan polis Israel dan pihak imigresen di Kementerian Dalam Negeri Israel. Sumber 20/10/2012, web berita Al-Jazeerah (edisi english) dan pautan rasmi tentera Israel

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS