الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Poland tangkap seorang ejen Mossad yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Al-Mabhuh

12 Jun 2010

Jurucakap pendakwaraya Am Republik Jerman telah menyatakan sebagaimana yang dilapor sebuah majalah online(Der Spiegel Online International) bahawa polis Republik Poland telah menangkap seorang ejen Mossad yang disyaki dan dikehendaki Jerman kerana terjebak dalam pembunuhan seorang pemimpin HAMAS di Dubai, Muhammad Abdul Rauf Al-Mabhuh.

Gambar(Al-Jazeerah): Antara gambar-gambar yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhuh.

Majalah itu menyebut dalam edisi keluarannya yang akan dikeluarkan pada hari Selasa bahawa polis pengawal sempadan Republik Poland telah memberkas seorang individu di Lapangan Terbang Warsaw, Poland ketika cuba memasuki Negara ini dengan menggunakan pasport bernama 'Uri Brodsky' pada beberapa hari yang lalu.

Laporan dalam majalah tersebut mengatakan 'Brodsky' berwarganegara Israel yang disyaki terlibat membuat persediaan logistik bagi membunuh Al-Mabhuh.

Jurucakap bagi pendakwaraya berkata, individu yang ditangkap itu juga disyaki atas tuduhan memperolehi pasport Jerman tanpa mengikut undang-undang. Berikutan itu, urusan penyerahan individu terbabit kepada Jerman adalah terpulang kepada Pihak Berkuasa Poland.

Menurut sumber dari majalah yang sama, Jerman meminta Brodsky yang ditangkap itu diserahkan kepada Jerman.

Majalah yang menyiarkan perkara itu menyebutkan bahawa operasi penangkapan ejen yang disyaki itu turut menggugat hubungan diplomasi sehinggalah Kedutaan Israel ke Warsaw terpaksa campur tangan sebaik sahaja Kerajaan Poland menangkap Brodsky. Kedutaan Israel meminta supaya Poland tidak menyerahkan Brodsky kepada Jerman.

Menurut keterangan siasatan Jerman ada seorang ejen mossad yang lain menemani Brodsky ketika mengemukakan permintaan kepada pejabat pendaftaran penduduk di Cologne, Jerman Barat bagi mengeluarkan pasport Jerman pada tahun 2009.

Sementara itu, seorang individu yang menggunakan pasport Jerman atas nama 'Michael Bodenheimer' turut termasuk dalam senarai yang disyaki membunuh Al-Mabhuh di Dubai. Individu tersebut memasuki Dubai sebelum operasi bunuh, kemudian individu terbabit beredar meninggalkan Dubai sebaik sahaja selesai operasi bunuh dalam masa yang singkat.

Sebagaimana dinyatakan, sekurang-kurangnya 26 individu dari kumpulan Mossad terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhuh pada 19 Januari yang lalu di Dubai.

Identiti mereka diketahui melalui kamera CCTV yang merakam beberapa keping gambar ejen-ejen tersebut sewaktu menjalankan pembunuhan.

Dari sumber lain melaporkan bahawa Kementerian Luar Penjajah(Israel) telah mengesahkan malam ini mengenai berita seorang penduduk Israel, Uri Brodsky yang tertangkap di Poland. Sumber 12/06/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Pautan lain:


Baca lagi:

Read more...

Zapatero gesa buka sekatan

Perdana Menteri Spain, José Luis Rodríguez Zapatero membuat pengumuman bahawa beliau akan menyampaikan pesanan secara keras kepada Kesatuan Eropah(EU) agar mengambil langkah-langkah bagi mengakhiri sekatan ke atas Gaza. Demikian itu, dijadualkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri-menteri luar Eropah pada hari Selasa akan datang.

Gambar(Al-Jazeerah): Zapatero, kanan ketika berada dalam persidangan akhbar bersama Mahmoud Abbas, kiri.

Zapatero berkata dalam persidangan akhbar yang diadakan bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) yang mengadakan kunjungan rasmi ke Spain masa ini bahawa Spain akan menggesa rundingan dengan Israel diadakan bagi membuka ikatan)sekatan) yang dikenakan ke atas Gaza.

Jelau beliau lagi, Menteri Luar Spain, Miguel Ángel Moratinos Cuyaubé akan memberikan cadangan pada hari Isnin dengan menggesa Majlis Hal-Ehwal Luar Kesatuan Eropah membuat desakan bagi membuka sekatan ke atas Gaza dengan menggunakan apa jua kemampuannya dari sudut politik mahupun ruang diplomasi supaya tercapai tujuan itu.

Tambahan pula, Spain mengetuai Kesatuan Eropah secara pusingan pada masa ini.

Dari pihak Palestin, Mahmoud Abbas juga menyeru agar sekatan ke atas Gaza berakhir.

Lawatan Abbas adalah rentetan dari kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap Israel berhubung kematian sembilan sukarelawan Turki yang membawa barang-barang bantuan untuk Palestin. Kejadian itu berlaku ketikamana unit khas komando tentera laut atau unit Shayetet 13 Israel merempuh kapal Mavi Marmara Turki gabungan armada pembebasan yang dalam pelayaran menuju ke Gaza pada 31 Mei 2010. Sumber 12/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

3 parah di Gaza

GAZA - Sumber melaporkan tiga pekerja Palestin mengalami luka yang berbeza setelah ditembak tentera penjajah. Ketika itu, mereka sedang mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan rumah di utara Bet Lahiya yang terletak di bahagian utara Semenanjung Gaza.

Menurut saksi yang berkata, 'seorang pemuda Palestin, Muhammad, 22 mengalami luka parah akibat ditembak tentera penjajah, namun dua lagi penduduk Palestin tidak dapat dipastikan'.

Sumber saksi menjelaskan bahawa penduduk Palestin itu yang mengumpul kepingan-kepingan besi telah diberi amaran dengan tembakan pertama, lantas dengan seberapa segera tentera penjajah terus melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin itu.

Sebagaimana dinyatakan, tentera-tentera penjajah yang berpengkalan di dalam kawasan menara kawalan tentera itu sengaja melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang bekerja mengumpul kepingan besi dan runtuhan batu bata. Tujuan mereka bekerja dengan cara sedemikian adalah untuk mendapatkan sumber rezeki ketikamana kehidupan mereka dibelenggu dengan sekatan dan tahap ekonomi yang tidak menentu. Sumber 12/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Seorang wanita Palestin parah dalam serangan penduduk Israel di Khalil

KHALIL - Seorang wanita Palestin mengalami luka parah sejurus serangan penduduk Israel di rumahnya pada waktu tengahari tadi di kampung Tuwani, selatan Wilayah Khalil(Hebron), Tebing Barat.

Gambar peta, rujuk google map. No.65 hijau adalah kedudukan kampung Tuwani Palestin yang diserang penduduk Israel dari penempatan Ma'on yang bernombor 24 biru.

Pengerusi Majlis Perkampungan Tuwani, Sabeer Al-Huraimi berkata kepada agensi berita bahawa 'sekumpulan dari penduduk Israel telah menyerang sebuah rumah yang didiami penduduk Palestin dengan memunggal batu ke arah tuan rumah, Jam'ah Musa Rab'ie, lantas terkena di bahagian kepala isterinya yang berusia 35 tahun'.

Dinyatakan, ambulan Palestin membawa isteri Jam'ah yang mengalami luka parah ke hospital.

Sabeer Al-Huraimi turut menjelaskan sekumpulan penduduk Israel itu datang dari penempatan Ma'on yang berhampiran dengan kampung terbabit serta menyerang rumah penduduk Palestin.

Tambah Pengerusi itu lagi, semasa penduduk Israel menyerang, tuan rumah dengan tangkas mempertahankan keluarganya dan berlaku pertempuran berbalas batu antara penduduk Palestin dengan penduduk Israel. Kejadian itu mengakibatkan seorang wanita Palestin parah dan dibawa ke hospital.

Beliau turut menyatakan bahawa kampung tersebut terletak di bahagian selatan Khalil yang berhampiran dengan beberapa buah penempatan Israel. Dinyatakan, kerap kali penduduk Israel dengan sengaja membuat serangan secara ganas ke atas Kota Kecil itu. Sumber 12/06/10, web berita safa.ps

Read more...

Usaha membuka sekatan

11.25 pagi, Mesir/Palestin : Jamal Khudri, ahli parlimen Kerajaan Palestin Gaza mengemukakan pandangan untuk menjadikan pelabuhan Gaza dapat beroperasi, iaitu dengan seliaan Eropah dan konvoi kapal-kapal dapat berlayar menuju ke Gaza. Sumber 12/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur : Lagi bertambah syahid, cop 'sekatan' dan sekatan di Gaza

Lagi seorang penduduk Palestin syahid di dalam penjara Israel, sekaligus jumlah penduduk Palestin yang meninggal dunia dalam penjara Israel semenjak 1967 hingga sekarang meningkat ke angka 199. Allahyarham Muhammad Abdul Salam Abidin, 38 diumumkan meninggal dunia pada petang Khamis(10/06/2010). Jabatan Penjara Israel menyatakan, kematian berpunca dari tahanan terbabit yang mencekik diri sendiri di penjara Ramlah. Allahyarham ditangkap pada tahun yang lalu ketika Israel serang Gaza atas dakwaan melanggar dua anggota polis Israel.

Allahyarham bapa kepada lima orang kanak-kanak telah menjalani tahanan penjara di penjara Beer Sheeba, Ramoun, Askalan, Magedo dan Ramlah. Lebih menyedihkan, hingga sekarang keluarganya belum mendapat tarikh penerimaan jenazah untuk pengkebumian.

Sebuah Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi membantu para tahanan menuduh Pihak Berkuasa Penjajah dan Jabatan Penjara Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian Muhammad Abdul Salam Abidin di penjara Ramlah.

Kenyataan akhbar dari Jawatankuasa tersebut menyatakan, allahyarham yang semenjak ditahan tidak pernah menghidapi sebarang penyakit. Lantas, kematian tersebut menimbulkan tandatanya dan punca belum diketahui.

Berikutan itu, para tahanan dari gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI mengumumkan di penjara Naqab bahawa mereka telah mengadakan mogok lapar selama tiga berturut-turut yang bermula pada hari Jumaat, semalam sebagai bantahan kematian sahabat mereka iaitu Allahyarham Abdul Salam Abidin yang merupakan anggota gerakan HAMAS.

Jawatankuasa Tertinggi tersebut mendesak seberapa segera Pertubuhan Antarabangsa bagi menubuhkan sebuah delegasi doktor untuk melihat jenazah tersebut malah menyiasat sebab kematian ke atas allahyarham. Sumber berita dan karikatur, 11/06/2010 web berita Palestine48

Letakkan cop 'sekatan ke atas Gaza' di dahi umat Islam. Mungkin lucu tetapi hakikatnya wajar dilakukan sedemikian kerana masalah sekatan ke atas Gaza bukan sahaja dari Israel tetapi ada umat Islam yang turut terjebak mencekik saudaranya di Gaza.

Gaza masih dan sentiasa dalam sekatan penjajah. Lihatlah berapa banyak kecaman, kutukan, hujuman, dan sindiran-sindirian yang dihujani ke atas penjajah..namun keadaannnya tetap begitu.

Sumber karikatur Palestine48

Read more...

(11/06/2010) Seorang penduduk Baitul-Maqdis syahid ditembak polis Israel

Berita semalam:

Kejadian yang berlaku pada hari Jumaat, iaitu seorang pemuda Baitul-Maqdis, Ziad Julani syahid sejurus ditembak polis Israel pada jarak yang terlalu dekat. Kejadian itu berlaku di kawasan Ra's yang terletak di Hayyu Wadi Jouz di Al-Quds.

Gambar:
> Atas kanan, kelongsong peluru dari senjata polis Israel.
> Bawah kanan, kesan tembakan ke atas jenazah Ziad Julani.

Sumber dari tentera Israel berkata, polis Israel melepaskan tembakan itu selepas pemuda terbabit dikatakan melanggar seorang dari polis Israel dengan keretanya, lalu polis Israel melepaskan tembakan ketika pemuda terbabit cuba melepaskan diri dari kawasan itu.

Dalam dua tahun yang lalu, empat penduduk Palestin syahid dalam kejadian yang sama. Salah satu dari kejadian tersebut berlaku pada tahun 2008 ketikamana seorang penduduk Palestin yang memandu jentolak melanggar sebuah bas dan beberapa buah kereta yang mengakibatkan tiga penduduk Israel mati. Penduduk Palestin itu menemui syahid setelah ditembak Israel.

Jenazah Ziad Julani diiringi beratus-ratus penduduk Baitul-Maqdis pada waktu asar semalam dari rumahnya, Sha'fat menuju ke Masjid Al-Aqsa untuk solat jenazah. Kemudian, jenazah dikebumikan di kawasan perkuburan Bab Al-Asbath. Sumber 11/06/2010, web berita Palestine48

Read more...

(11/06/2010) Israel menimbus barang-barang yang dibawa armada pembebasan di kawasan pelupusan sampah

Berita semalam:

Laman web Palestin 1948 di Naqab mendedahkan tindakan Pihak Berkuasa Israel yang berani menimbuskan sebahagian barang-barang bantuan yang dipunggah dari armada pembebasan (freedom flotilla)
setelah semua kapal ditawan dalam operasi lanun.

Gambar peta(wikipedia), kedudukan bandar Rahat

Menurut saksi yang menyampaikan hal ini kepada agensi berita "Palestine48" berkata, mereka melihat trak-trak yang sarat dengan barang-barang makanan(makanan dalam tin yang dipek dengan kotak) tiba di tempat pelupusan sampah sambil dikawal ketat oleh polis Israel.

Saksi menyatakan ketika Israel menimbus barang-barang tersebut, mereka terpandang barang-barang peribadi seperti yang dimiliki para sukarelawan freedom flotilla, antaranya pakaian, bendera Turki dan Palestin serta kain rentang tertera kalimah "لا اله الا الله". Setelah selesai kerja penimbusan, pihak polis Israel segera beredar dari kawasan pelupusan sampah itu.

Sumber mengatakan bahawa tempat pelupusan sampah itu adalah yang terbesar, iaitu Dodaem(دودائيم) terletak di bahagian selatan bandar Rahat. Kerja-kerja menimbus sampah terus dibuang ke bawah lapisan bumi, malah sisa-sisa sampah itu dikitar bagi mengalirkan tenaga elektrik. Tetapi, operasi kitar semula itu menimbulkan gangguan bising kepada penduduk-penduduk, terutama yang mendiami di lokasi berdekatan dengan Dodaem. Sumber 11/06/2010, web berita Palestine48


Rakaman gambar di bawah ketika barang-barang muatan armada pembebasan dipunggah setelah kapal-kapal tersebut ditawan dan ditunda ke pelabuhan Ashdud, Israel. Barang-barang bantuan 'armada pembebasan' ini adalah sumbangan untuk penduduk Palestin di Gaza, namun Israel menyekat. Israel menyatakan, pihaknya akan melepaskan mana-mana barang bantuan yang dirasakan perlu sahaja untuk dibawa masuk ke Gaza melalui Pertubuhan Antarabangsa. Sebelum ini dinyatakan, Israel telah melepaskan sebahagian dari kerusi roda elektrik yang berjumlah 500 buah, tetapi apabila tiba di Gaza, kerusi roda tersebut tidak mempunyai bateri.


Kanak-kanak Gaza pasti terhibur dengannya.., namun..
(hanya ungkapan kami)


Permainan dan bantuan pembelajaran yang disumbangkan kepada anak-anak Gaza, adakah mereka akan menikmatinya?
(hanya ungkapan kami)






Adakah ini seumpama pelancar roket, bom, rifle AK-47, machine-gun, uzi atau laras dragunov?
(hanya ungkapan kami)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS