ABU ALI serang jip tentera zionis
09 Februari 2011
Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN itu dalam kenyataan rasmi hari ini yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa pejuangnya berjaya melancarkan serangan peluru 'Cobra' ke atas sebuah jip tentera zionis. Serangan pada jam 6.30 pagi dilakukan ketikamana jip tersebut sedang menurunkan tentera-tentera zionis.
Jelas ABU ALI lagi, serangan tersebut tepat mengenai jip tentera zionis. Lantaran itu, kelihatan tentera sokongan zionis bergegas ke tempat kejadian.
Berikutan itu, ABU ALI menyatakan serangan ini adalah serang balas biasa terhadap jenayah yang dilakukan zionis ke atas pejuang-pejuang dan rakyat Palestin, malah turut mengesahkan lagi, ABU ALI berpegang teguh dengan penentangan terhadap dasar penjajahan zionis. Sumber 09/02/2011, web berita safa.ps