Fayyad dihujum kerana sertai Persidangan Herzliya Israel
04 Februari 2010
Hujuman tersebut mengungkapkan penyertaan Salam Fayyad dalam persidangan tersebut amat bahaya kerana turut disertai Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel(Menteri Perang Israel menurut web rasmi aqsatv.ps) yang merupakan pihak utama yang bertanggungjawab memerangi Palestin; di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Persidangan Herzliya bagi keselamatan Negara Israel yang diadakan setiap tahun di Al-Quds disertai ahli akademik dan ahli politik Israel dari berbilang-bilang parti di Israel. Menurut sumber, persidangan tersebut membincangkan permasalahan keselamatan yang berkaitan dengan kewujudan Israel.
Hujuman ke atas Salam Fayad
Wakil HAMAS berkata dalam kenyataannya, 'penyertaan sebegini amat merbahaya yang menandakan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah bersama dengan penjajah sehingga ke peringkat pembuat dasar politik penjajah.'
Sementara itu, Jabhah Sya'biah Li Tahrir Palestin turut mengecam penyertaan Fayyad yang mendesak supaya muhasabah Fayyad kerana melakukan jenayah secara terang dengan menyertai persidangan yang melakar perencanaan strategi menentang penduduk Palestin. Jabhah turut mempersoalkan PLO dan Lajnah Eksekutif kerana tidak menegah Fayyad yang statusnya adalah berada pucuk pimpinan Pihak Berkuasa Palestin.
Gambar: Pembela Palestin yang menggerunkan Israel
Selain itu, Nabil Amru, pemimpin FATAH yang merupakan bekas duta Palestin ke Kaherah mengecam keras kehadiran Fayyad di persidangan Israel. Beliau berkata dalam kenyataan akhbar bahawa Fayyad telah diperingatkan dengan kesan hadir ke persidangan tersebut supaya menjaga perasaan penduduk Palestin. Jelas beliau, Tel Aviv akan menggunakan peluang sebagaimana gambar yang ditangkap ketika Barak berbisik di telinga Fayyad, begitu juga sebelum ini gambar sentuhan pipi antara Ehud Olmert dengan Mahmoud Abbas yang pasti akan mengguris perasaan penduduk Palestin.
Memetik dari media Palestin yang melaporkan bahawa penduduk Palestin menyatakan kemarahan sebaik sahaja muncul ketua kerajaan mereka menyertai persidangan yang bertujuan menjaga keselamatan zionis.
Kaji selidik yang dibuat oleh Pusat Media Palestin mendapati kemarahan penduduk Palestin berhubung penyertaan Salam Fayyad yang juga adalah Palestin menyertai perancangan bagi keselamatan Negara penjajah yang telah membunuh dan menghalau Palestin dari tanahnya sendiri.
Sumber menyatakan, Persidangan Herzliya yang diadakan setiap tahun adalah persidangan yang amat penting kerana individu yang sertai adalah dikalangan pemimpin politik, ketenteraan, dan keselamatan zionis.
Dinyatakan lagi, status mereka yang hadir bermula Menteri Pertahanan, Ketua Taurus Angkatan Tentera Israel, Ketua-ketua Bahagian dan Perkhidmatan Keselamatan Israel, bekas-bekas Menteri Perang Israel(Pertahanan), Jeneral-jeneral dan pegawai Tertinggi Tentera malah Unit Kajian Strategik. Di samping itu puluhan ahli akademik Isrel yang juga dilaporkan turut serta, terdiri daripada pemikir, pengkaji dan wakil-wakil dari Pusat kajian Ketenteraan dan Politik malah wakil Pusat Kajian Strategi dari media massa.
Berikutan itu, penduduk Palestin mendesak supaya Fayyad diasingkan dari Pentadbiran Palestin kerana jenayah yang begitu jelas sekalipun menyertai persidangan yang merencana dasar strategi politik yang bukan sahaja menentang penduduk Palestin malah umat Islam dan Arab.
Sumber menjelaskan, kesemua ini terletak di bahu Gerakan FATAH yang memacu segala urusan Palestin di Tebing Barat, dan FATAH tidak boleh senyap begitu sahaja. Sekiranya, FATAH mendiamkan perkara yang sedang berjalan ini, maka FATAH turut dituduh bersekongkol. Sumber 04/02/2010, suratkhabar Ad-Doustour. Sumber gambar AP(assacioted press)