الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Seorang tentera zionis maut, 4 cedera bertempur dengan pejuang

07 Januari 2011

Laporan asal jam 07.39 malam, Palestin/Mesir
Kemaskini jam 11.00 malam, Palestin/Mesir

GAZA - Sumber melaporkan, seorang tentera zionis maut dan 4 lagi cedera setelah bertempur dengan beberapa Palestin di timur Mukhayyam El-Maghazi yang terletak di pertengahan Semenanjung Gaza malam ini.

Gambar(Safa): Salah seorang tentera zionis yang dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurut web berita Haaretz Israel versi hebrew menyebut, seorang dari tentera zionis yang cedera itu mengalami luka parah yang kritikal, namun menemui maut selepas dibawa ke hospital, manakala 4 lagi mengalami cedera yang disifatkan pertengahan dan ringan. Berikutan itu, kesemua tentera zionis yang cedera telah dibawa ke hospital Suruka di Beer Sheba untuk rawatan lanjut.

Berhubung situasi tempur, Safa menjelaskan bahawa kereta kebal zionis melepaskan satu das tembakan artileri(meriam) ke arah pejuang Palestin. Bagaimanapun, tiada pejuang yang cedera.
___________________________________________
Pautan sumber Haaretz:

ארבעה חיילי צה"ל נפצעו מאש מחבלים בגבול הרצועה
___________________________________________

Tambahan lagi, helikopter perang zionis jenis apache turut serta memerangi pejuang dengan melepaskan tembakan machine-gun ke arah tanah pertanian penduduk Gaza di timur El-Maghazi.

Gambar(Haaretz): Kejadian lalu, tentera zionis yang dipindahkan ke hospital Suruka dengan helikopter berikutan cedera bertempur dengan pejuang Palestin di Gaza.

Namun, sebagaimana yang dijelaskan, pejuang Palestin turut menyerang infantri zionis(tentera pejalan kaki) dengan dua peluru mortar. Ketika itu, tentera zionis berada di garisan sempadan timur El-Maghazi - tanah jajahan 1948(tanah Palestin yang dirampas Israel).
___________________________________________
Siaran 10 Israel:

Jam 08.57 malam, Palestin/Mesir: Susulan serangan pejuang Palestin, tentera zionis akan meningkatkan tahap berjaga-jaga serta mengancam akan membalas serangan yang lebih sengit.

Terkini:

Lapor Safa pada jam 10.24 malam, Palestin/Mesir: Tentera zionis mengumumkan secara rasmi bahawa seorang dari tentera zionis telah maut berikutan kecederaan yang dialaminya disifatkan kritikal dalam pertempuran dengan pejuang Palestin di timur Mukhayyam El-Maghazi.

Berhubung kecederaan yang dialami tentera zionis, sumber dari tentera zionis membuat jangkaan terkena tembakan kawan sendiri ketika sepasukan tentera zionis dikerahkan ke lokasi pertempuran.
___________________________________________

Hingga hari ini, tentera rejim zionis kerap menceroboh ke dalam tanah Gaza dari arah timur dan utara. Biarpun pencerobohan yang disifatkan terbatas, namun tetap dilakukan operasi menyerodok dan meratakan tanah serta menjalankan pengesanan di lokasi terbabit. Sumber 07/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(12)

7 Januari 2009
HARI KE-12 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-4 serangan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

serangan Israel di Gaza 2008-2009(11)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 697 orang
Cedera, kritikal: 3100 orang



Bantuan kemanusiaan

- Sebelum ini, doktor-doktor Arab dan luar(termasuk pakar kedoktoran) memohon untuk masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir tetapi hingga saat ini belum mendapat keizinan dari Kerajaan Mesir. Menteri Kesihatan, Kerajaan Palestin Gaza pernah merayu agar doktor-doktor tersebut diizinkan ke Gaza memandangkan jumlah mangsa serangan Israel meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, belum diizinkan.

Rundingan dan diplomasi

- Persidangan Majlis Keamanan Bangsa-bangsa Bersatu menangguhkan pertemuannya awal pagi tadi setelah mendengar beberapa pandangan dari wakil yang hadir, antaranya Palestin(Mahmoud Abbas), Libya(Abd Rahman Shalqam), Amerika Syarikat(Condolezza Rice), Mesir, Israel dan beberapa lagi Negara. Persidangan tersebut bertujuan membincangkan ketetapan Arab berhubung bagi menghentikan peperangan dan serangan roket antara Israel-Palestin sebelum membuat ketetapan rasmi dari Majlis Keselamatan. Dinyatakan pertemuan ini akan membuat ketetapan rasmi hari khamis ini.

- Amr Mousa, Setiausaha Agung Liga Arab meminta supaya dihentikan segera peperangan ini, juga bebaskan Gaza dari sekatan Israel malah meminta Israel berundur segera dari Semenanjung Gaza.

- Inisiatif Mesir-Perancis bagi menghentikan serangan di gaza disambut baik oleh Israel. Bagi HAMAS, pihaknya akan mengkaji dan membuat penelitian ke atas cadangan dan langkah penyelesaian yang dikemukakan oleh Mesir.

- Mesir telah mencadangkan agar dihentikan serangan buat sementara waktu. Bagaimanapun Israel menyatakan, pihaknya menerima 3 jam dalam sehari untuk gencatan. Pihak pejuang Palestin pula menyatakan, tidak akan menerima inisiatif tersebut.

Israel terus menyerang, pejuang terus bertahan

- Petikan berita dari Haaretz.com versi English, sebuah media Israel melaporkan Israel mengebom sebuah sekolah di Jabaliya, utara Semenanjung Gaza petang semalam kerana dipercayai menjadi tempat persembunyian HAMAS.

- Pertempuran antara tentera Israel dengan Pejuang Palestin serta bedilan serangan Israel semakin sengit. Antara kawasan yang kerap diserang Israel dan merupakan tempat pertahanan bagi pejuang Palestin:

1) Jabaliya, utara Semenanjung Gaza
2) Beit Hanoun
3) Beit Lahiya
4) Hayyu Zaitun
5) Bandar Gaza
6) Pertengahan Gaza


- Tekanan dan serangan dari tentera Israel amat sengit. Sejak serangan darat bermula, Israel cuba menguasai Jabaliya, Beit Hanoun dan Beit Lahiya dengan sepenuh kekuatan jentera perang. Namun, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin memberi tentangan sengit dan mengasak tentera Israel. 3 kawasan yang disebutkan sebentar tadi diserang dari berbagai sudut, contohnya Beit Hanoun yang agak hampir dengan sempadan Gaza-Israel di sebelah utara Gaza.

- Dinyatakan juga, Abbasan sebuah bandar kecil yang berhampiran sempadan Gaza-Mesir yang berkedudukan timur Gaza telah dimasuki sepasukan tentera Israel diiringi kereta kebal. Tentera Israel menceroboh rumah penduduk Palestin dan melakukan pemeriksaan. Selain itu, di Khan Yunus juga sedemikian.

- Sumber juga menyatakan kehidupan penduduk Palestin amat sukar berikutan serangan malah menghadapi krisis bekalan air dan elektrik.

- Beit Lahiya. Satu serangan Israel ke atas sebuah rumah yang dihuni 4 orang. Menurut sumber, ibunya parah, seorang anaknya syahid dan 2 lagi selamat.

- Utara Gaza. Israel membedil beberapa bangunan di kawasan Syeikh Ridhuan yang menyebabkan 4 penduduk Palestin syahid.

- Di bandar Gaza pula, helikopter apache Israel menyerang dari penjuru barat dan timur. Kepulan asap putih yang dipercayai mengandungi kimia berbahaya memenuhi persekitaran tempat yang dibedil dan juga di ruang udara bandar Gaza. Kedengaran letupan dari tembakan artileri Israel.

- Kapal perang Israel turut mengebom deretan rumah penduduk Gaza yang berhampiran dengan persisiran pantai Gaza.

- Hospital As-Shifa' yang merupakan hospital terbesar di Gaza menyatakan pihaknya sukar menyelamatkan mangsa-mangsa perang berikutan bekalan elektrik yang bermasalah malah turut memberi kesan pihaknya ditimpa kekurangan peralatan.

- Israel membedil kawasan di Hayyu Zaitun. Sumber menyatakan, beberapa jam sebelum ini 23 penduduk Palestin telah syahid akibat serangan Israel.

Tindakan pejuang Palestin

- Kelmarin, 2 tentera Israel berjaya dibunuh oleh penembak tepat pejuang Palestin(ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dan KATAIB PEJUANG KEBANGSAAN). Ini bukanlah kali pertama tentera Israel menjadi sasaran penembak tepat pejuang Palestin bahkan beberapa hari lalu, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) juga berjaya menembak tepat 2 tentera Israel.

- Bagaimanapun, pejuang-pejuang Palestin berkata, sehinggalah nyawa terakhir, mereka tetap akan pertahankan Gaza. Tidak dinafikan, meskipun Israel memiliki teknologi senjata dan jentera perang yang canggih, pejuang Palestin boleh dan telah berjaya membunuh tentera Israel malah kereta kebal, pesawat pengintip, kereta pengangkut tentera dan helikopter apache juga menjadi mangsa pejuang Palestin.

Di samping itu, serangan-serangan roket pejuang Palestin ke Israel masih belum ditangkis Israel hingga sekarang.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) melancarkan 6 serangan roket ke Sderot, Israel.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom Ushdud dan Grata, Israel dengan serangan roket jenis grad.

- Sebuah lagi kawasan Israel, iaitu Majedal turut dibom dengan serangan roket jenis qassam.

- Penembak tepat dari pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) telah menembak 2 tentera Israel, barat laut Gaza.

- Untuk hari ini, pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan 16 serangan roket ke Israel.

Impak dan bertenang

- Helikopter apache meninjau-ninjau di ruang udara bandar Gaza sambil menembak ke arah barat laut bandar Gaza. Selepas itu, apache tersebut menggugurkan bom cahaya(digunakan pada malam hari bagi menerangi kawasan yang gelap). Dinyatakan, tembakan itu adalah syarat berakhirnya tempoh 3 jam gencatan senjata.

- 85% penduduk Palestin Gaza terputus hubungan telekomunikasi berikutan perang yang terlalu dahsyat.

Read more...

Zionis bunuh seorang penduduk, tangkap tahanan yang baru dibebaskan

Laporan asal:

Safa.ps, jam 06.52 pagi, Palestin/Mesir
Al-Jazeerah, jam 09.19 pagi, Palestin/Mesir

KHALIL - Sepasukan tentera zionis yang merempuh masuk ke dalam sebuah rumah penduduk Palestin bertindak membunuh seorang warga Palestin awal pagi tadi. Kejadian bunuh yang dilakukan tentera zionis di bandar Khalil yang terletak di selatan Tebing Barat(tanah jajahan) adalah dilakukan secara sengaja.

Gambar(Safa): Jenazah mangsa pembunuhan tentera zionis.

Sumber tempatan berkata, warga berkenaan, Omar Salim Al-Qawasimah, 66 berasal dari bandar Khalil dibunuh dalam rumahnya setelahmana beberapa orang dari tentera zionis menyerbu masuk ke dalam rumahnya yang berjiran dengan Wael Al-Beitar, seorang tahanan HAMAS yang baru dibebaskan waktu asar semalam dari penjara Pemerintah Palestin.

Menurut sumber yang sama, operasi pembunuhan itu pada asalnya mensasarkan Al-Beitar yang dikehendaki tentera zionis.

Berikutan itu, tentera zionis telah menangkap tahanan-tahanan HAMAS(gambar) yang baru sahaja dibebaskan asar semalam dari penjara Pemerintah Palestin di Khalil, iaitu Majd Maher Abed, 22, Wesam Azam Al-Qawasimah, Mehnad Nairokh, Ahmad Al-Uwaiwa dan Wael Al-Beitar. Menurut pemberita Al-Jazeerah, 6 tahanan HAMAS yang ditangkap tentera zionis.

Jelas lagi, penangkapan mereka dari pihak zionis setelah beberapa jam dibebaskan dari penjara Pemerintah Palestin. Pembebasan dari penjara Pemerintah Palestin adalah inisiatif yang diminta oleh Amir Qatar kepada Mahmoud Abbas.

Sementara itu, pihak tentera zionis berkata, operasi yang dilaksanakan pagi ini adalah untuk menangkap sekumpulan penduduk Palestin yang terjebak dalam menyerang Israel.

Jurucakap tentera zionis mendakwa sebahagian dari yang ditangkap terlibat dalam misi yang dilancarkan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) pada akhir Ogos lalu di Khalil. Misi tersebut membunuh 4 penduduk Israel.

Sebalik pembunuhan

Sumber dari keluarga Al-Qawasimah menyatakan, kejadian bunuh berlaku selepas solat subuh. Jelas sumber, beberapa tentera zionis merempuh masuk ke dalam rumah mangsa ketika isterinya sedang menunaikan solat subuh. Ketika itu, mangsa berada di katil.

Gambar(Al-Jazeerah): Keadaan tempat tidur mangsa setelah ditembak tentera zionis.

Sebagaimana yang diceritakan, tentera zionis membunuh mangsa yang telah berusia sebaik sahaja merempuh masuk ke biliknya. Kejadian tersebut tanpa diberi sebarang peringatan atau apa-apa petunjuk dari pasukan tentera zionis yang menceroboh masuk.

Dijelaskan, tentera zionis mengarahkan semua ahli keluarga mangsa turun ke ruang lapang, namun belum diketahui mangsa yang telah berumur telah mati dibunuh. Setelah tentera zionis memeriksa bangunan rumah dua tingkat, lalu tentera zionis membawa pergi seorang warga Palestin, wael Al-Beitar ke arah yang tidak diketahui.

Setelah ahli keluarga mangsa memasuki semula ke dalam rumah mendapati mangsa, Omar Salim Al-Qawasimah telah ditembak beberapa das peluru tidak lagi bernyawa.

Ahli keluarga mangsa menjangkakan bahawa operasi bunuh ini mensasarkan Wael Al-Beitar yang dikehendaki tentera zionis. Berikutan itu, tentera zionis tersilap sasaran yang menyangka Al-Beitar tinggal di tingkat dua dalam bangunan itu, padahal Wael tinggal di tingkat satu.

Berhubung kejadian, tentera zionis mendakwa mangsa yang berumur bertindak bahaya terhadap tentera yang menyerbu masuk, lantas mendorong tentera zionis melepaskan tembakan ke atasnya.

Menurut web 'يهوشع' versi hebrew, mangsa yang ditembak tidak bersenjata dan juga tidak bertindak seperti yang didakwa tentera zionis. Tambahan lagi, sumber mendakwa doktor tentera cuba untuk memberi pertolongan bagi menyelamatkan mangsa.

Dakwaan tentera zionis dinafikan ahli keluarga mangsa yang menyatakan mangsa Al-Qawasimah dibunuh dengan senjata kalis bunyi ketika sedang tidur. Mangsa ditemui tidak lagi bernyawa setelah tentera zionis berundur pergi.

Gambar(Safa): Keluarga mangsa menunjukkan kesan darah mangsa yang ditembak tentera zionis.

Tentera zionis melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran di bandar Khalil awal pagi tadi di Khalil. Dalam operasi tersebut, beberapa buah rumah penduduk Palestin dirempuh masuk. Operasi tentera zionis berakhir dengan penangkapan ke atas lima tahanan HAMAS yang baru dibebaskan dari penjara Pemerintah Palestin dan membunuh seorang warga Palestin. Sumber 07/01/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS