الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Zionis bunuh seorang penduduk, tangkap tahanan yang baru dibebaskan

07 Januari 2011

Laporan asal:

Safa.ps, jam 06.52 pagi, Palestin/Mesir
Al-Jazeerah, jam 09.19 pagi, Palestin/Mesir

KHALIL - Sepasukan tentera zionis yang merempuh masuk ke dalam sebuah rumah penduduk Palestin bertindak membunuh seorang warga Palestin awal pagi tadi. Kejadian bunuh yang dilakukan tentera zionis di bandar Khalil yang terletak di selatan Tebing Barat(tanah jajahan) adalah dilakukan secara sengaja.

Gambar(Safa): Jenazah mangsa pembunuhan tentera zionis.

Sumber tempatan berkata, warga berkenaan, Omar Salim Al-Qawasimah, 66 berasal dari bandar Khalil dibunuh dalam rumahnya setelahmana beberapa orang dari tentera zionis menyerbu masuk ke dalam rumahnya yang berjiran dengan Wael Al-Beitar, seorang tahanan HAMAS yang baru dibebaskan waktu asar semalam dari penjara Pemerintah Palestin.

Menurut sumber yang sama, operasi pembunuhan itu pada asalnya mensasarkan Al-Beitar yang dikehendaki tentera zionis.

Berikutan itu, tentera zionis telah menangkap tahanan-tahanan HAMAS(gambar) yang baru sahaja dibebaskan asar semalam dari penjara Pemerintah Palestin di Khalil, iaitu Majd Maher Abed, 22, Wesam Azam Al-Qawasimah, Mehnad Nairokh, Ahmad Al-Uwaiwa dan Wael Al-Beitar. Menurut pemberita Al-Jazeerah, 6 tahanan HAMAS yang ditangkap tentera zionis.

Jelas lagi, penangkapan mereka dari pihak zionis setelah beberapa jam dibebaskan dari penjara Pemerintah Palestin. Pembebasan dari penjara Pemerintah Palestin adalah inisiatif yang diminta oleh Amir Qatar kepada Mahmoud Abbas.

Sementara itu, pihak tentera zionis berkata, operasi yang dilaksanakan pagi ini adalah untuk menangkap sekumpulan penduduk Palestin yang terjebak dalam menyerang Israel.

Jurucakap tentera zionis mendakwa sebahagian dari yang ditangkap terlibat dalam misi yang dilancarkan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) pada akhir Ogos lalu di Khalil. Misi tersebut membunuh 4 penduduk Israel.

Sebalik pembunuhan

Sumber dari keluarga Al-Qawasimah menyatakan, kejadian bunuh berlaku selepas solat subuh. Jelas sumber, beberapa tentera zionis merempuh masuk ke dalam rumah mangsa ketika isterinya sedang menunaikan solat subuh. Ketika itu, mangsa berada di katil.

Gambar(Al-Jazeerah): Keadaan tempat tidur mangsa setelah ditembak tentera zionis.

Sebagaimana yang diceritakan, tentera zionis membunuh mangsa yang telah berusia sebaik sahaja merempuh masuk ke biliknya. Kejadian tersebut tanpa diberi sebarang peringatan atau apa-apa petunjuk dari pasukan tentera zionis yang menceroboh masuk.

Dijelaskan, tentera zionis mengarahkan semua ahli keluarga mangsa turun ke ruang lapang, namun belum diketahui mangsa yang telah berumur telah mati dibunuh. Setelah tentera zionis memeriksa bangunan rumah dua tingkat, lalu tentera zionis membawa pergi seorang warga Palestin, wael Al-Beitar ke arah yang tidak diketahui.

Setelah ahli keluarga mangsa memasuki semula ke dalam rumah mendapati mangsa, Omar Salim Al-Qawasimah telah ditembak beberapa das peluru tidak lagi bernyawa.

Ahli keluarga mangsa menjangkakan bahawa operasi bunuh ini mensasarkan Wael Al-Beitar yang dikehendaki tentera zionis. Berikutan itu, tentera zionis tersilap sasaran yang menyangka Al-Beitar tinggal di tingkat dua dalam bangunan itu, padahal Wael tinggal di tingkat satu.

Berhubung kejadian, tentera zionis mendakwa mangsa yang berumur bertindak bahaya terhadap tentera yang menyerbu masuk, lantas mendorong tentera zionis melepaskan tembakan ke atasnya.

Menurut web 'يهوشع' versi hebrew, mangsa yang ditembak tidak bersenjata dan juga tidak bertindak seperti yang didakwa tentera zionis. Tambahan lagi, sumber mendakwa doktor tentera cuba untuk memberi pertolongan bagi menyelamatkan mangsa.

Dakwaan tentera zionis dinafikan ahli keluarga mangsa yang menyatakan mangsa Al-Qawasimah dibunuh dengan senjata kalis bunyi ketika sedang tidur. Mangsa ditemui tidak lagi bernyawa setelah tentera zionis berundur pergi.

Gambar(Safa): Keluarga mangsa menunjukkan kesan darah mangsa yang ditembak tentera zionis.

Tentera zionis melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran di bandar Khalil awal pagi tadi di Khalil. Dalam operasi tersebut, beberapa buah rumah penduduk Palestin dirempuh masuk. Operasi tentera zionis berakhir dengan penangkapan ke atas lima tahanan HAMAS yang baru dibebaskan dari penjara Pemerintah Palestin dan membunuh seorang warga Palestin. Sumber 07/01/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS