Temui mayat, pejuang cedera
16 Julai 2011
Jam 10:21 pagi, waktu Mesir
GAZA - Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan bahawa mayat as-syahid Ibrahim Al-Bayouk, 22 telah ditemui setelah beberapa hari operasi menjejaki mayatnya ekoran pengeboman ke atas sebuah terowong bawah tanah lewat tengah malam Rabu lepas.
Laporan Safa menyebut pada waktu itu, pesawat-pesawat tempur zionis melancarkan beberapa siri serangan ke atas lokasi pejuang di Gaza serta mengebom terowong-terowong bawah tanah di sempadan Rafah. Pengeboman itu mengakibatkan beberapa orang penduduk Palestin cedera dan Al-Bayouk tidak ditemui.
Kaitan berita:
5 cedera, seorang hilang dalam serangan zionis
_______________________________________________
Sepanjang dua hari, krew penyelamat di Gaza berusaha mencari mayat Al-Bayouk, dan telah ditemui pagi ini.
Pejuang cedera di Jabaliya
Awal pagi ini(01:01 pagi waktu Palestin), seorang pejuang Palestin cedera dalam satu serangan yang dilancarkan pesawat tempur zionis. Sumber Safa melaporkan pesawat zionis menyasarkan sekumpulan pejuang di timur Jabaliya, utara Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza, Genting Gaza).
Menurut penyampai berita Safa dari sumber perubatan, mangsa yang cedera telah tiba di hospital Kamal Udhwan untuk rawatan kecederaan. Kecederaan mangsa disifatkan sederhana.
Berhubung serangan, sumber dari tentera zionis berkata, pesawat tempur dari angkatan tentera udaranya mengebom sekumpulan bersenjata yang sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah Israel(tanah jajahan 1948), lantas mengakibatkan salah seorang darinya cedera.
Dalam waktu yang sama, radio penjajah mengumumkan satu serangan roket gugur di sebuah kawasan lapang di sekitar Majlis Penempatan 'Ushkul', sebelah barat Naqab. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Sumber 16/07/2011, web berita Safa.ps