الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label tunnels. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tunnels. Papar semua catatan

Zionis mengebom utara Gaza, 7 cedera

17 Julai 2011

Laporan jam 06:50 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 05:50 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sebuah rumah tanpa penghuni yang dibom pesawat tempur zionis awal pagi tadi di Gaza mengakibatkan 7 penduduk Palestin cedera. Jelas sumber, 4 dari yang cedera adalah kanak-kanak.

Peta Semenanjung Gaza

Berhubung pengeboman di Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Jalur Gaza, Genting Gaza), jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas, Adham Abu Salmiah berkata dalam salinan kenyataan rasmi yang diterima agensi berita Safa bahawa kesemua mangsa dari keluarga Az-Za'anin telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Nyata Adham, rumah yang menjadi sasaran pengeboman zionis bersebelahan dengan rumah keluarga terbabit.

Tambahan lagi, sejak beberapa hari lalu, serangan zionis semakin sengit di Gaza malah melanggar dasar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau menerangkan bahawa serangan zionis di Gaza dalam masa beberapa hari yang lalu mengakibatkan 3 penduduk Palestin syahid, manakala yang cedera melebihi 20 orang mangsa, termasuk 6 orang kanak-kanak serta 2 remaja perempuan Palestin.

Abu Salmiah merayu masyarakat antarabangsa serta badan-badan antarabangsa dan hak asasi manusia supaya tampil segera demi menghentikan serangan-serangan zionis ke atas masyarakat awam di Gaza. Sumber 17/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Temui mayat, pejuang cedera

16 Julai 2011

Laporan jam 11:21 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 10:21 pagi, waktu Mesir

GAZA - Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan bahawa mayat as-syahid Ibrahim Al-Bayouk, 22 telah ditemui setelah beberapa hari operasi menjejaki mayatnya ekoran pengeboman ke atas sebuah terowong bawah tanah lewat tengah malam Rabu lepas.

Laporan Safa menyebut pada waktu itu, pesawat-pesawat tempur zionis melancarkan beberapa siri serangan ke atas lokasi pejuang di Gaza serta mengebom terowong-terowong bawah tanah di sempadan Rafah. Pengeboman itu mengakibatkan beberapa orang penduduk Palestin cedera dan Al-Bayouk tidak ditemui.
_______________________________________________
Kaitan berita:

5 cedera, seorang hilang dalam serangan zionis

_______________________________________________

Sepanjang dua hari, krew penyelamat di Gaza berusaha mencari mayat Al-Bayouk, dan telah ditemui pagi ini.

Pejuang cedera di Jabaliya

Awal pagi ini(01:01 pagi waktu Palestin), seorang pejuang Palestin cedera dalam satu serangan yang dilancarkan pesawat tempur zionis. Sumber Safa melaporkan pesawat zionis menyasarkan sekumpulan pejuang di timur Jabaliya, utara Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza, Genting Gaza).

Menurut penyampai berita Safa dari sumber perubatan, mangsa yang cedera telah tiba di hospital Kamal Udhwan untuk rawatan kecederaan. Kecederaan mangsa disifatkan sederhana.

Berhubung serangan, sumber dari tentera zionis berkata, pesawat tempur dari angkatan tentera udaranya mengebom sekumpulan bersenjata yang sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah Israel(tanah jajahan 1948), lantas mengakibatkan salah seorang darinya cedera.

Dalam waktu yang sama, radio penjajah mengumumkan satu serangan roket gugur di sebuah kawasan lapang di sekitar Majlis Penempatan 'Ushkul', sebelah barat Naqab. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Sumber 16/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

5 cedera, seorang hilang dalam serangan zionis

14 Julai 2011

Laporan jam 03:22 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 02:22 pagi, waktu Mesir

GAZA - Serangan dari pesawat tempur zionis awal pagi ini mengakibatkan 5 penduduk Palestin cedera dan seorang tidak dapat dikesan. Jelas Safa, pesawat tempur zionis menyasarkan sebuah terowong bawah tanah yang digunakan untuk menyalurkan bekalan simen dan bahan binaan di Hayyu Qastah, perkarangan sempadan, jalan Salahuddin di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Jalur Gaza, Genting Gaza).

Pemberita Safa memperincikan lagi bahawa 5 penduduk telah dibawa ke hospital Abu Najjar di bandar Rafah, 3 darinya disifatkan cedera pertengahan dan baki cedera ringan.

Tambah Safa menukil dari saksi kejadian, seorang dari pekerja terowong bawah tanah hilang dan jejaknya tidak dapat dikesan. Berikutan itu, jangkaan awal mendapati mangsa telah syahid ekoran terkena pengeboman secara langsung dari pesawat zionis, menurut rakannya.

Berhubung kejadian awal pagi tadi, sumber menerangkan bahawa pesawat tempur zionis secara tiba-tiba memasuki ruang udara Gaza, lalu mengebom terowong bawah tanah dengan pantas. Kemudian, pesawat berkenaan berundur dari ruang udara Gaza.

Sebelum itu, menjelang lewat malam semalam, dua serangan dari pesawat tempur zionis menyasarkan sebuah terowong bawah tanah dan sebuah bengkel.
_____________________________________________
Kaitan berita:

Zionis mengebom dua lokasi di Gaza
Cedera dalam pengeboman zionis di Gaza

_____________________________________________

Jurucakap tentera zionis mengumumkan bahawa angkatan tentera udara Israel (IAF) melancarkan serangan ke atas terowong penyeludupan di Gaza sebagai serang balas terhadap beberapa serangan roket yang ditembak ke barat Naqab (tanah jajahan 1948) dua hari lalu. Sumber 14/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis serang lagi Gaza

07 April 2011

GAZA - Rejim zionis terus mengasak serangannya ke Gaza. Terkini, laporan pada jam 09.26 malam, Palestin/Mekah(08.26 malam, Mesir), pesawat rejim zionis menyerang semula kawasan terowong bawah tanah di Rafah. Disebutkan, zionis melancarkan dua serangan terbaru setelah beberapa jam menghentam Gaza sejak petang Khamis.

Sementara itu, kereta kebal zionis melepaskan tembakan meriam di timur Shuja'ieyah, menurut laporan pada jam 10.22 malam, Palestin/Mekah(09.22 malam, Mesir).

Pada jam 11.08, Palestin/Mekah(10.08 malam, Mesir), sebuah lagi terowong bawah tanah yang terletak di Hayyu Qashtah, selatan Rafah dibom pesawat zionis. Sumber 07/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Zionis lancar 2 serangan udara di Gaza

30 Mac 2011

Seorang pejuang Palestin dari gerakan JIHAD ISLAMI syahid, manakala seorang lagi mengalami luka parah akibat terkena serangan udara zionis awal pagi tadi. Serangan tersebut, menurut safa dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu menyasarkan sebuah motosikal yang ditunggangi mangsa di kawasan منطقة البيوك, Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Keadaan motosikal setelah diserang pesawat pengintip zionis. Dua penunggang, salah seorangnya syahid dan seorang lagi masih dirawat.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan bahawa mangsa serangan yang syahid, Muhammad Khalid Muammar, 24 dan seorang lagi masih dirawat di hospital.

Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan bahawa mangsa yang syahid adalah salah seorang dari anggotanya. As-Syahid diserang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh.

Memetik dari berita Al-Jazeerah.net, tentera rejim zionis menyatakan serangan tersebut, sebagaimana dijelaskan adalah menyasarkan dua orang pejuang Palestin yang melancarkan serangan roket semalam.

Sebelum itu, lapor safa, sekitar jam 2 pagi, waktu Palestin, pesawat tempur zionis melancarkan serangan ke atas salah sebuah terowong bawah yang bersambungan antara dua sempadan, Gaza dan Mesir.

Gambar(safa): Terowong bawah tanah yang menjadi sasaran zionis awal pagi tadi.

Menurut pemberita safa, pesawat tempur zionis melancarkan satu serangan peluru misil ke arah terowong tersebut yang terletak di Mukhayyam Yuban, barat Rafah. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Memetik laporan pada 27/03/2011, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang(gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama.

Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis masih lagi meneruskan penentangan, iaitu menceroboh garisan sempadan, melepaskan tembakan ke arah petani dan rumah-rumah penduduk Gaza. Sumber 30/03/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah.net

Read more...

Mesir kepung terowong bawah tanah

24 Ogos 2010

RAFAH - Sumber dari agensi berita 'safa' melaporkan bahawa Pihak Keselamatan Mesir telah mengepung 6 buah terowong bawah yang terletak di sempadan antara Rafah Mesir dengan Rafah Gaza(selatan), semalam.

Wakil Keselamatan Mesir di Utara Sinai berkata, "operasi yang dijalankan ini telah dapat menahan 4.5 tan simen berdekatan 3 buah terowong bawah tanah di kawasan Khala' dan ladang pertanian berhampiran garisan antarabangsa di sekitar pintu Salahuddin."

Pihak Keselamatan Mesir menjelaskan sebanyak 562 buah terowong bawah tanah yang telah di kepung pada tahun ini. Berikutan itu, peruntukan undang-undang telah dikeluarkan ke atas puluhan pekerja terowong bawah di bahagian Mesir. Bagaimanapun, sebahagian besar dari jumlah tersebut melarikan diri.

Menurut Pihak berkuasa itu lagi, lebih dari 2000 penduduk Mesir kini berhadapan satu peruntukan undang-undang disebabkan menjalankan perniagaan melalui terowong bawah tanah. Sumber 24/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS