Zionis lancar 4 serangan di Gaza
14 Julai 2011
Jam 10:22 malam, waktu Mesir
GAZA - Serangan-serangan dari pesawat tempur zionis malam ini di Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Jalur Gaza, Genting Gaza) menyasarkan beberapa buah sasaran yang berlainan tempat.
Berhubung kecederaan, sumber perubatan, Adham Abu Salmiah selaku jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza menjelaskan 4 penduduk Palestin cedera dan telah dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan. Seperti yang disebutkan, di antara yang cedera adalah dari kalangan kanak-kanak. Nyata lagi, kecederaan yang dialami ada yang disifatkan pertengahan dan ringan.
Menurut pemberita Safa, serangan pertama yang dilancarkan pesawat zionis menyasarkan sebuah lokasi tentera 'BADAR' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) di Netsarim(Netzarim settlement), selatan bandar Gaza.
Adham menjelaskan, dua pemuda Palestin cedera dalam serangan zionis di Netsarim.
Serangan kedua turut menyasarkan lagi lokasi tentera HAMAS di Mukhayyam Shatie dan serangan ketiga, pesawat zionis menyasarkan juga lokasi tentera HAMAS yang terletak di sekitar menara-menara Al-Muqawisi di barat laut bandar Gaza.
Menurut Adham, serangan ketiga zionis mengakibatkan dua kanak-kanak cedera.
Tambah Safa, sebuah lagi lokasi tentera menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis, iaitu lokasi milik pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera Pertahanan Rakyat) di Hayyu Al-Amal yang terletak di bandar Khan Yunus, selatan Gaza.
Sumber khas menyatakan bahawa serangan keempat ini menyasarkan beberapa pemimpin utama pejuang ALWIYAH di Gaza, antaranya Setiausaha Agung ALWIYAH, Zakaria Daghmash dan beberapa lagi pemimpinnya. Bagaimanapun, mereka terselamat apabila pertemuan mereka selesai 5 minit lebih awal dari serangan zionis.
Ekoran 4 serangan roket
Berikutan serangan zionis malam ini, penyampai berita Al-Jazeerah, Wael Ad-Dahduh menyatakan alasan serangan udara zionis di Gaza ekoran dari 4 serangan roket Palestin yang gugur di barat Naqab(tanah jajahan 1948) dan Ashkelon. Sehingga kini tiada pengakuan dari mana-mana kumpulan pejuang Palestin berhubung serangan roket.
Sedemikian itu, agensi berita Safa pada jam 04:37 petang, waktu Mesir menerbitkan laporan mengenai serangan roket yang gugur di kawasan barat Naqab.
Rejim zionis mengumumkan satu serangan roket gugur di kawasan persisiran Ashkelon tanpa menggugat sebarang nyawa dan tiada kemusnahan harta benda.
Kemudian, zionis mengumumkan lagi 2 serangan roket gugur di kawasan lapang, Sha'ar Hanegev, barat Naqab.
Dengan sedemikian jumlah serangan roket yang dilepaskan ke arah tanah jajahan zionis sejak awal pagi Khamis meningkat kepada 4 serangan roket.
Pemberita Al-Jazeerah menyebut serangan-serangan zionis ke atas lokasi tentera pejuang Palestin malam ini boleh jadi satu perubahan dalam ruang medan yang memperlihatkan peningkatan serangan dari pihak Israel sejak beberapa hari lalu.
Walaubagaimanapun, Wael menolak bahawa keadaan yang tegang waktu ini boleh meledak luas ketikamana kumpulan sayap tentera Palestin turut bertenang dalam tempoh gencatan(tenang).
Kaitan berita:
5 cedera, seorang hilang dalam serangan zionis
Zionis mengebom dua lokasi di Gaza
Cedera dalam pengeboman zionis di Gaza
_____________________________________________
Semalam dapat dilihat juga, beberapa serangan dari pesawat zionis turut menyasarkan sebuah terowong bawah tanah di selatan Semenanjung Gaza. Sumber 14/07/2011, web berita Safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan