الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Abbas di Sharm El-Sheikh susulan rundingan esok

13 September 2010

KAHERAH - Ketua Badan Perisikan Am Mesir, Omar Sulaiman telah menyambut ketibaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) di pejabat Badan Perisikan Mesir, bandar Sharm El-Sheikh.

Gambar(arkib): Langkahan perdamaian antara dahulu dan sekarang. Gambar atas, rundingan damai secara langsung semasa pemerintahan Mahmoud Abbas masa ini dan gambar bawah, rundingan damai semasa bekas Al-Marhum Yaseer Arafat menjawat Presiden Palestin.

Menurut agensi berita rasmi Palestin 'Wafa' melaporkan pertemuan antara dua pihak membincangkan mengenai rundingan damai secara langsung antara pihak perunding Palestin dengan Israel yang diseliai oleh Amerika Syarikat(US) serta jadual susunan berkaitan dengan rundingan pusingan kedua yang bakal berlangsung pada esok hari di bandar peranginan Sharm El-Sheikh.

Sumber menyatakan, pertemuan Presiden Palestin dengan Ketua Perisikan Mesir itu adalah sebelum dari diadakan pertemuan antara Abbas dengan rakan sejawatnya Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak pada pagi Selasa, esok hari. Selepas itu, barulah pertemuan tiga hala yang menemukan Presiden Palestin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar US, Hillary Clinton.

Turut mengiringi Abbas, iaitu Penasihat sulit Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO), Yaseer Abdurrabbuh, Ketua Badan Perundingan PLO, Saeb Arekat dan anggota Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH, Nabil Sha'at dan Muhammad Ashtiah serta jurucakap rasmi Pemerintah Palestin Ramallah, Nabil Abu Radinah.

Kawalan ketat di tanah jajahan dan Sinai

Sehubungan dengan rundingan pusingan kedua, Jabatan Polis rejim zionis telah mengambil langkah berjaga-jaga di tanah jajahannya, Palestin bagi menghalang sebarang serangan-serangan Palestin seiring rundingan damai.

Gambar(AFP, dipetik dari media Israel 'Yediot Ahronot'): Sehari sebelum berlangsungnya rundingan damai bersemuka.

Radio Israel menjelaskan bahawa pegawai-pegawai tinggi polis Israel telah mengeluarkan ketetapan bagi mengelak sebarang serangan. Berikutan itu, polis-polis rejim zionis dan bantuan unit sokongan akan dikerahkan ke seluruh pelusuk tanah jajahan ekoran wujudnya jangkaan serangan.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Mesir turut mengenakan langkah yang sama di Sinai.

Menurut sumber, Pihak Berkuasa Mesir mengetatkan kawalan keamanan di sebahagian Semenanjung tanah Sinai.

Memetik laporan agensi berita Jerman dari Gabenor selatan Sinai, Muhammad Abdul Fudhail Shushah berkata, Pihak Berkuasa Mesir telah mengerahkan angkatan tentera keselamatan di setiap check-point sepanjang jalan-jalan utama di Sinai. Tambahan lagi, penghadang-penghadang simen turut dipasang di beberapa persimpangan jalan utama. Sumber 13/09/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Pejuang letupkan peledak timur Khan Yunus

GAZA - Penduduk tempatan di Gaza berkata, pejuang Palestin telah meletupkan sebuah peledak berdekatan pagar pemisah di kawasan Abbasan dan Qararah, timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza malam sebentar tadi(laporan diterbitkan pada 07.18 malam, Palestin). Kemudian, beberapa buah jentera perang rejim zionis yang keluar dari laluan perlintasan Sufa terus menceroboh ke kawasan berkenaan.

Seperti yang dijelaskan kepada agensi berita 'Safa', beberapa buah helikopter zionis turut menjalankan tinjauan secara kerap di ruang udara dari kawasan garisan sempadan, timur Khan Yunus.

Berikutan letupan peledak, setakat ini, tidak ada lagi mana-mana kumpulan pejuang yang mengakui melakukannya. Begitu juga, media-media rejim zionis tidak menyiarkan sebarang berita mengenai hal yang berlaku. Sumber 13/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

6 penduduk dan 35 anggota HAMAS ditangkap

KHALIL - Awal pagi tadi, sepasukan dari tentera rejim zionis(penjajah/Israel) telah menangkap seorang penduduk Palestin yang berasal dari bandar Khalil, selatan Tebing Barat.

Sumber keamanan yang memaklumkan hal tersebut kepada agensi berita 'Safa' berkata, "sepasukan tentera penjajah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah Palestin dan memeriksa keseluruhan rumah, lalu menangkap tuan rumah, Dhirar Abu Minshaar, 30. Sejurus kejadian itu, Dhirar dibawa ke arah yang tidak diketahui."

Menurut berita Al-Jazeerah hari ini, keseluruhan penduduk Palestin yang ditangkap tentera penjajah dari keseluruhan wilayah di Tebing Barat seramai 6 orang.

Tambahan dari agensi Safa mengenai rempuha menyatakan sepasukan tentera penjajah yang lain turut mengadakan operasi yang sama ke atas sebuah rumah penduduk Palestin, Isa Ali Isa di daerah Ad-Dhahiriyyah, selatan Khalil.

Kes lain yang dilaporkan, tentera penjajah turut mengadakan pos kawalan tentera di beberapa buah jalan masuk ke bandar Khalil, dari beberapa buah perkampungan, daerah-daerah yang berhampiran malah beberapa buah jentera perang rejim zionis merempuh masuk ke beberapa buah daerah Sa'er, iaitu As-Shuyukh, Halhul, Dura dan Ad-Dhahiriyyah.

Tentera penjajah yang merempuh masuk ke beberapa perumahan di bandar Khalil terus mengadakan rondaan yang berterus sehinggalah beberapa jam sebelum tiba waktu subuh pagi tadi.

Palestin tangkap 35 anggota HAMAS

Gerakan HAMAS dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' hari ini, berkata, "Pihak Keselamatan Palestin meneruskan lagi operasinya yang memerangi anggota dan pemimpin-pemimpin HAMAS di seluruh Wilayah-wilayah Tebing Barat."

Dalam kenyataan itu, HAMAS menuduh Pihak Keselamatan Palestin di Tebing barat menangkap 35 anggotanya dalam operasi penangkapan yang terbaru. Sumber 13/09/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Video kehancuran Israel


Sumber 13/09/2010, web berita safa.ps

Sebuah klip video yang dibangunkan oleh pemuda Palestin di Gaza memaparkan tentang kehancuran rejim zionis/Israel ditangan pejuang-pejuang Palestin.

Read more...

Zionis ceroboh Gaza

GAZA - Kejadian yang berlaku pagi ini seperti yang dilaporkan beberapa buah jentera perang rejim zionis telah menceroboh masuk ke Wilayah tengah, Pertengahan Gaza di Mukhayyam El-Buraij.

Menurut saksi kejadian, '5 buah kereta kebal rejim zionis dan 3 buah jentolak Israel menceroboh berpuluh-puluh meter ke dalam tanah Gaza dari garisan sempadan, sambil diiringi pesawat tanpa pemandu yang berlegar-legar di ruang udara.'

Sumber menyatakan, jentolak rejim zionis menyerodok dan menyamakan permukaan tanah pertanian Palestin yang bertentangan dengan garisan sempadan. Sumber 13/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Mesir buka semula sempadan Rafah

RAFAH - Semalam, Pihak Berkuasa Mesir dilaporkan akan membuka semula laluan di sempadan Rafah yang menghubungkan tanah Mesir dengan Semenanjung Gaza, Palestin hari ini. Ketetapan tersebut dibuat setelahmana sempadan ditutup selama 3 hari sempena cuti dan menyambut perayaan Aidilfitri.

Pihak berkuasa Mesir di Sinai berkata, sempadan Rafah Mesir dibuka pada hari Isnin selepas berakhirnya sambutan Aidilfitri. Jelasnya lagi, laluan tersebut dibuka untuk keluar masuk dari dua arah, Mesir dan Gaza.

Gambar(arkib): Laluan darat di sempadan Rafah Mesir yang menghubungkan dengan Semenanjung Gaza.

Sumber dari agensi 'Safa' hari ini menukilkan dari Badan Pengurusan Sempadan dan Laluan berkata, "laluan sempadan Rafah Mesir yang menghubungi Gaza telah dibuka hari ini."

Sempadan Rafah Mesir yang dibuka secara berpanjangan mulai awal Jun lalu diputuskan oleh Presiden Republik Arab Mesir, Muhammad Housni Mubarak ekoran dari serangan berdarah ke atas armada pembebasan(freedom flotilla) pada 31 Mei 2010 yang mengorbankan 9 sukarelawan warga Turki. Sumber 12-13/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

2 serangan roket sasar Naqab pagi ini


NAQAB - Sumber menyebut, dua serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur di pertengahan Dewan Negeri 'Sha'ar Hanegev', selatan tanah jajahan 1948.

Gambar(arkib Yediot Ahronot).

Radio am Israel berkata, roket yang gugur ke atas sebuah kawasan terbuka tidak mengakibatkan berlakunya luka parah atau kerosakan harta benda.

Akhbar 'Yediot Ahronot' Israel menyebut, jika dinisbahkan dari kedudukan Semenanjung Gaza dengan kawasan yang menjadi sasaran serangan roket pagi ini, serangan roket ini boleh dikatakan roket jarak jauh. Jelas Yediot bahawa beberapa tahun sebelum ini belum dicatatkan sebarang serangan roket ke kawasan ini. Hal tersebut mendorong warga Israel mendesak Kerajaan rejim zionis agar segera bertindak bagi melindungi perumahan dan taman kanak-kanak, serta sekolah di Sha'ar Naqab(Sha'ar Henegev).

Seperti yang disebut Yediot Ahronot warga Israel di kawasan terbabit akan membawa permasalahan ini ke Mahkamah Tinggi supaya Kerajaan rejim zionis menjalankan tanggungjawabnya memberi perlindungan kepada penduduk dan infra struktur dalam kawasan itu, ataupun memasang sistem pertahanan 'منظومة القبة الفولاذية' di lokasi yang mengelilingi kawasan sasaran itu.

Sehingga kini, belum ada dari mana-mana kumpulan pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan itu. Sumber 13/09/2010, web berita safa.ps dan web berita maannews.net

Pautan lain:

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS