الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

US minta Pihak Berkuasa Palestin supaya henti memberi sanjungan dan provokasi

08 April 2010

BET LEHEM - Jurucakap Menteri Luar Amerika Syarikat(US), Philip Krowly berkata, US mengecam keras Pihak Berkuasa Palestin yang memberi sanjungan kepada 'pengganas'(sebagaimana didakwa). Kenyataan Philip turut menggesa pemimpin Palestin agar menghentikan provokasi menentang Israel.

Kecaman Philip kepada wartawan sebagai mengulas tindakan Pihak Berkuasa Palestin yang menamakan sepotong jalan di Ramallah dengan nama, 'Yahya Ayyash' perancang beberapa operasi jihadiah di Israel . Tambahan pula, kenyataan tersebut menyatakan mahu memperbaharui sebuah kuil lama di bandar Kota Lama.

Gambar: Jalan Yahya Ayyash yang menjadi kecaman wakil US. Majlis Perbandaran Ramallah menyatakan penamaan jalan itu semenjak Yahya Ayyash syahid dalam satu operasi pembunuhan.
___________________________________________

Fakta: Yahya Ayyash juga dikenali jurutera(perancang) yang melakukan berbagai-bagai serangan, termasuk sebuah bas Israel yang diletupkan di Tel-Aviv pada tahun 1994.

Kejadian tersebut membunuh 20 Israel, dan berpuluh lagi cedera.

Ayyash syahid dalam satu operasi pembunuhan pada tahun 1996 di rumahnya di Beit Lahiya, Semenanjung Gaza.

Kematian Ayyash dipercayai letupan dari telefon peribadinya.
___________________________________________

Menurut web berita Ha'aretz(Israel), Krowly berkata pihaknya juga mengecam keras sanjungan yang diberikan kepada pengganas(dakwa zionis) sama ada melalui kenyataan-kenyataan rasmi ataupun penamaan tempat-tempat
awam dengan nama mereka kerana akan memberi kesan negatif kepada usaha perdamaian, dan tindakan seumpama ini mesti dihentikan.

Krowly turut berkata, US merasa jengkel dengan kenyataan wakil dari Pihak Berkuasa Palestin mengenai pembangunan semula beberapa buah kawasan Yahudi di perumahan Yahudi di bandar Kota Lama.
Sumber 08/04/2010, web berita maan.net dan web berita safa.net

Read more...

Khadri harap sempadan Rafah dibuka kepada bantuan kemanusiaan

GAZA - Pengerusi Panitia Masyarakat bagi menghadapi sekatan, Jamal Khadri sekali lagi meminta kepada Republik Arab Mesir agar membuka sempadan Rafah bagi membolehkan penduduk Palestin melintas keluar melalui sempadan itu untuk rawatan, pengajian dan bantuan kemanusiaan.

Khadi berkata sedemikian dalam satu sidang akhbar yang berlangsung hari ini di Gaza.

"Dalam lingkungan 8,248 penduduk Palestin telah berdaftar untuk melintas keluar seperti yang ditunjukkan oleh Kementerian Dalam Negeri Gaza. Bagaimanapun, 2200 pesakit Palestin memerlukan keizinan melintas keluar ke Mesir untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin, tambahan pula pelajar-pelajar Palestin yang menuntut diluar dan pelawat asing juga sedemikian", jelas Khadri.

Beliau menyatakan setakat ini, sempadan Rafah yang dibuka pada hari rabu dan khamis setiap minggu hanyalah untuk penduduk Palestin pulang ke Gaza; sama ada yang mendapat rawatan di luar dan penduduk-penduduk Palestin yang masih terperangkap di Mesir. Namun, perlu juga ada hari-hari yang boleh diberi kebenaran kepada penduduk Palestin yang mahu keluar melintasi sempadan Rafah Mesir; sama ada pesakit Palestin dan kemudahan kepada keadaan yang berat agar meringankan kesengsaraan penduduk.

Khadri berharap sempadan Rafah dibuka segera kerana jumlah penduduk yang mahu keluar melintasi sempadan tersebut semakin meningkat, terutamanya mereka yang sakit.

Jamal Khadri turut mengakui bahawa hubungan pihaknya dengan Mesir cukup mendalam berikutan pendirian Mesir yang menyokong Palestin dan penduduknya. Lebih-lebih lagi keadaan di Gaza yang semakin mencengkam dari hari ke hari kerana Israel yang telah menjangkau 1,000 hari. Sumber 08/04/2010, web berita safa.ps

Read more...

94% penduduk Gaza setuju hukuman mati ke atas ejen Israel

GAZA - Hasil kajian analisis yang dibuat oleh Pusat Kajian Masa depan di Semenanjung Gaza mendapati 94.5% pendapat menyokong hukuman mati dilaksanakan ke atas ejen-ejen(talibarut) Israel yang menyebabkan penduduk Palestin terbunuh.

Menurut sumber, maklumat ini diperolehi ketika satu sidang akhbar Pusat kajian tersebut yang berlangsung hari ini di Gaza.

Sementara itu, 5.4% pendapat yang membantah pelaksanaan hukuman tersebut.

Pusat Kajian tersebut telah menjalankan analisis ini dari 1 hingga 4 April 2010.

Isu ejen satu permasalahan

Menurut Menteri Dalam Negeri Kerajaan Palestin di Gaza, Fathi Hamad mengesahkan bahawa kementeriannya telah mengeluarkan ketetapan berhubung pelaksanaan hukuman mati ke atas ejen Israel. Bagaimanapun, pandangan rasmi dari Badan Hak-hak Asasi membantah pelaksanaan undang-undang sebegini.

"Perkembangan terbaru bagi isu ini, siasatan telah dijalankan ke atas ejen-ejen..hasilnya beberapa dikalangan mereka akan menerima hukuman penjara dan beberapa lagi akan dihukum mati. Pelaksanaan hukuman ini bakal dijalankan dalam tempoh masa yang terdekat", ujar Hamad.

Dari badan perundangan pula, pendakwa raya di Gaza meminta supaya pelaksaan hukuman itu mengikut undang-undang kehakiman yang memenuhi syarat-syarat perundangan, malah pengesahan hukuman itu memerlukan sokongan daripada undang-undang dasar. Sumber 08/04/2010, web berita safa.ps

Read more...

Al-Quds serang jentera perang Israel

KHAN YUNUS - Sebuah kumpulan pejuang Palestin, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera Jihad Islami telah memaklumkan kepada agensi berita bahwa pihaknya telah menyerang jentera perang Israel dengan pelancar roket jenis RPG di timur Qararah, selatan Gaza.

Kenyataan akhbar dari SARAYA AL-Quds menjelaskan, tepat jam 11.20 pagi tadi(waktu Palestin), pihaknya berjaya menyerang jentera perang Israel yang menceroboh timur Qararah di Khan Yunus dengan pelancaro roket jenis RPG.

Disahkan bahawa serangan tersebut dilancarkan secara langsung mengenai sasaran malah mengakibatkan kerosakan. Sambil dinyatakan, operasi jihadiah sebegini tetpa berterusan bagi menghalang sebarang usaha pencerobohan ke Gaza.

SARAYA AL-QUDS dalam kenyataannya juga menegaskan bahawa strategi yang berkesan bagi membebaskan tanah Palestin dan hak-hak suci dari kekotoran penjajah adalah dengan berdasarkan garis panduan jihad dan penentangan.

Sebagaimana dilaporkan, sejumlah besar jentera perang Israel telah menceroboh sejauh 400 meter ke dalam garis sempadan di Qararah yang kedudukannya berhadapan dengan garisan sempadan yang memisahkan antara Gaza dengan Israel(tanah Palestin yang dirampas). Sumber 08/04/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap 9 Palestin

Menurut sumber, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 9 penduduk Palestin di Tebing Barat malam kelmarin. Sumber 08/04/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS