Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Palestin berjaya perolehi keanggotaan penuh UNESCO

31 Oktober 2011

Laporan jam 06:18 malam, waktu Makkah
Jam 05:18 malam, waktu Mesir


Palestin telah berjaya memperolehi keanggotaan penuh pertubuhan antarabangsa UNESCO(The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization atau Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB). Dengan sedemikian sebagai langkah yang dinanti untuk meyokong usaha yang sedang digiatkan bagi memperolehi keanggotaan penuh PBB(UN).

UNESCO adalah agensi pertubuhan PBB yang pertama diusahakan oleh Palestin bagi memperolehi taraf keanggotaan penuh sejak Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengemukakan tuntutan menjadi anggota penuh PBB pada 23 September lalu.

Memetik dari kenyataan media UNESCO hari ini, persidangan umum UNESCO telah menerima Palestin sebagai negara anggotanya.

Perenggan pertama kenyataan tersebut, Palestin mesti menandatangani secara terbuka dan mengesahkan perlembagaan UNESCO di arkib kerajaan United Kingdom, London untuk keanggotaannya secara berkuatkuasa, dan Palestin akan menjadi negara anggota ke 195 dalam UNESCO.

Perenggan seterusnya, kemasukan negara ke dalam UNESCO yang bukan dari anggota PBB(United Nations) memerlukan pengiktirafan dari Jawatankuasa Eksekutif UNESCO dan perlu mendapatkan majoriti undi dua per tiga dari negara-negara anggota yang hadir sewaktu persidangan yang diadakan setiap dua tahun sekali bersidang. Persidangan ini dihadiri oleh negara-negara anggota, ahli-ahli bersekutu serta pemerhati dari kalangan negara bukan anggota, pertubuhan-pertubuhan kerjaan dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO).

Berhubung prosedur pengundian, setiap negara anggota hanya layak untuk satu undi tanpa mengira saiz atau sejauh mana sumbangan mereka kepada bajet UNESCO.

Berhubung kejayaan Palestin diterima menganggotai UNESCO, sumber dari EGYPTIAN GAZETTE menukil kenyataan Menteri Luar Palestin, Riyadh Al-Maliki(gambar kanan) berkata, undian suara ini sedikit sebanyak dapat membantu mengikis ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap Palestin.

107 suara sokong Palestin

Mengenai suara undi, kenyataan media dari UNESCO menyebut Palestin memperolehi 107 pungutan suara 197 suara negara anggota bagi melayakkan menganggotai UNESCO, manakala 14 suara memberi bantahan iaitu dari Amerika Syarikat, Israel, Kanada, Australia, Jerman dan lain-lain lagi, serta 52 suara lagi mengambil sikap berkecuali, antaranya Jepun dan Britain.

Perancis yang menyuarakan kebimbangan dengan undian suara turut bersetuju dengan usul Palestin menjadi negara anggota setaraf dengan hampir semua negara Arab, Afrika, Amerika Latin, dan negara-negara asia; China dan India.
_____________________________________________



Undian Palestin: Kenyataan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova

Sumber youtube.com/unesco

_____________________________________________

Amerika hentikan pembiayaan, Israel kritik

Setelah Palestin diterima menganggotai UNESCO, Amerika Syarikat membuat keputusan bagi menghentikan pembiayaannya kepada UNESCO. Sementara itu, sekutu rapat Amerika, Israel pula mengkritik keras keanggotaan Palestin dalam UNESCO. Kedua-dua pihak ini menganggap perkara ini akan memberi kesan kepada ruang perdamaian Palestin-Israel.

Kementerian Luar Amerika Syarikat mengumumkan hari ini di Washington bahawa pihaknya tidak akan membayar peruntukan berjumla USD60 juta yang sepatutnya dikeluarkan pada bulan November ini kepada UNESCO.

Victoria Nuland, jurucakap Kementerian Luar Amerika berkata kepada wartawan media bahawa Amerika Syarikat tidak ada apa lagi pilihan melainkan dengan menghentikan pembiayaan kepada UNESCO disebabkan berkait dengan undang-undang lama Amerika.

Menjelang tahun 90an, undang-undang Amerika tidak membenarkan penggantungan pembiayaan dari mana-mana agensi pertubuhan PBB yang menerima keanggotaan tetap negara Palestin.

Berdasarkan undang-undang ini, Amerika tidak boleh menampung 22% dari jumlah perbendaharaan kewangan UNESCO. Hal ini bermaksud, perbendaharaan kewangan UNESCO akan berkurangan mula pada tahun 2011 dalam lingkungan sebanyak USD70 juta.

Tambahan lagi, Israel membantah ketetapan UNESCO dan mengumumkan bahawa pihaknya akan mengkaji semula bentuk kerjasama dengan UNESCO pada masa sekarang.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yegal Balmor dalam kenyataannya berkata, "ini adalah taktik Palestin sebelah pihak yang tidak akan membuahkan perubahan, tetapi ianya hanya menjauhkan lagi kebolehan mencapai persepakatan damai."

Tambah Balmor, ketetapan ini tidak akan mengubah Palestin kepada sebuah negara, namun akan menambahkan belenggu atas jalan menuju kepada mengadakan semula rundingan.

Gambar(UNESCO): Perhimpunan umum UNESCO.

Jelas pula dari jurucakap White House, Jay Carney hari ini berkata, persetujuan memberikan Palestin keanggotaan penuh dalam UNESCO perkara yang belum tiba waktunya dan hal ini tidak akan membantu usaha perdamaian antara Israel dan Palestin.

Duta Amerika ke PBB, suzan Rice berkata, "pemberian keanggotaan penuh UNESCO hari ini kepada Palestin memberikan kemudharatan kepada pertubuhan ini, mana boleh hal ini menjadi pertukaran kepada rundingan damai dengan Israel."

Palestin mengalu-alukan

Dari pihak Palestin, Nabil Sha'at selaku Ahli Jawatankuasa Pusat dan Hubungan Antarabangsa bagi Gerakan FATAH berkata, Palestin memperolehi keanggotan penuh dari UNESCO adalah ujian bagi pungutan suara pada masa hadapan dalam Majlis Keselamatan PBB. Beliau mengisyaratkan, ujian tersebut adalah tuntutan yang dikemukakan iaitu meminta pengiktirafan Palestin sebuah negara, malah undian ini menunjukkan masyarakat antarabangsa berdiri di pihak Palestin.

Sementara itu, gerakan HAMAS mengalu-alukan keanggotan penuh Palestin di dalam pertubuhan UNESCO, sambil mengungkapkan perkara ini menunjukkan sebaliknya terhadap peranan Amerika.

Jurucakap gerakan HAMAS, Fauzi Barhoum berkata, HAMAS menyambut baik ketetapan UNESCO dan menilai ini adalah langkah positif yang menekankan hak asal kepada masyarakat kami di tanah sendiri, termasuk kesuciannya dan peninggalan lama.

Beliau meminta UNESCO agar bertindak segera memelihara peninggalan lama masyarakat Palestin yang telah diragut malah menjaga hak suci Palestin yang telah diyahudikan. Jurucakap HAMAS turut berharap UNESCO melaksanakan ketetapan-ketetapan yang telah dikeluarkan oleh PBB bagi memelihara peninggalan lama serta mengembalikan semua peninggalan Palestin yang telah dirampas penjajah.

Beliau menegaskan bahawa ketetapan yang diperolehi ini kesan dari tiupan revolusi Arab yang menjadi pemangkin sebarang ketetapan di peringkat dunia. Sumber 31/10/2011, Media UNESCO, THE EGYPTIAN GAZETTE, web berita Safa.ps, web berita AL-JAZEERAH dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

Karikatur: Penempatan haram bebani perdamaian

Sumber web berita The Egyptian Gazette

Read more...

Temui dua jasad pejuang AL-ANSAR yang syahid semalam

KHAN YOUNIS - Krew bantuan dan perubatan telah menemui dua jasad yang syahid pagi ini berikutan serangan yang dilancarkan malam semalam oleh pesawat rejim zionis ke atas sebuah rumah tanpa penghuni di kawasan Al-Fukhara, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, 'dua jasa yang syahid dikenali; Ali Abdullah Al-Akkad dan Yusuf Ruhi Abu Abdou'.

Gambar(SAFA): Jasad dua pejuang BRIGED AL-ANSAR yang syahid.

BRIGED AL-ANSAR, sayap tentera kepada gerakan AL-AHRAR mengucapkan takziah kepada dua yang syahid, Abu Abdou dan Al-Akkad. Sedemkian itu, kedua-duanya berada bersama-sama ketikamana menjadi sasaran pengeboman dari pesawat tempur zionis.

BRIGED AL-ANSAR dalam kenyataannya yang disampaikan kepada agensi berita SAFA menyatakan kedua-dua yang syahid adalah dari unit khas BRIGED AL-ANSAR.

"Darah kedua-duanya tidak menitis begitu sahaja, persepakatan antara anak watan(sayap-sayap tentera Palestin) sama ada di medan tempur berhubung gencatan senjata tak boleh menghalang dari menyerang balas terhadap jenayah ini yang berlanjutan," tegas AL-ANSAR.
_________________________________________________
Lihat lagi:

Pejuang terselamat, 6 roket gugur di tanah jajahan

_________________________________________________

Semalam(30/10/2011), pesawat tempur zionis melancarkan dua serangan di dua kawasan yang berlainan di Khan Younis. Serangan pertama tertumpu di kawasan Al-Fukhara yang mengakibatkan dua pejuang AL-ANSAR syahid dan baru ditemui pagi ini, manakala serangan kedua, pesawat tempur zionis menyasarkan sekumpulan pejuang Palestin berhampiran Universiti Islamiah, namun mereka terselamat dari pengeboman zionis.

Tambah AL-JAZEERAH, dua jasad yang baru ditemui ekoran serangan pada malam semalam tidak didengari. Kedua-dua jasad ini telah dikenalpasti oleh sahabat-sahabat mereka dari BRIGED AL-ANSAR.

Dengan sedemikian, bilangan yang syahid ekoran serangan rejim zionis sejak tengah hari Sabtu meningkat kepada 12 syuhadak. Majoriti besar dari jumlah berkenaan adalah pejuang Palestin khasnya dari BRIGED AL-QUDS. Sumber 31/10/2011, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

Pejuang terselamat, 6 roket gugur di tanah jajahan

Laporan jam 12:37 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 12:37 pagi, waktu Mesir
Jam 06:37 pagi, waktu Malaysia

SEMENANJUNG GAZA - Pesawat pengintip zionis tanpa pemandu telah menyasarkan serangan ke atas sekumpulan pejuang Palestin berhampiran Universiti Islamiah yang terletak di sebelah timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza menjelang pertengahan malam tadi, 30/10/2011.

Kata sumber berkenaan kepada MEDIA PERANG, 'dengan bantuan Allah, sekumpulan pejuang telah terselamat dari menjadi sasaran serangan di timur Khan Younis'.

Menurut agensi berita SAFA turut mengesahkan kejadian bahawa sebuah rumah telah dibom pesawat pengintip zionis dan pejuang Palestin terselamat dari pengeboman itu.

Serangan terbabit mengakibatkan aliran elektrik di kawasan berkenaan terputus sementara waktu.

Berhubung kejadian, jurucakap tentera rejim zionis mendakwa sekumpulan pejuang Palestin berkenaan telah melancarkan serangan roket ke daerah-daerah Israel(kawasan Israel di tanah jajahan 1948). Jelas jurucakap itu lagi, pesawat pengintip zionis hanya melepaskan satu serangan peluru misil.

Selepas kejadian, sumber Palestin berkata, pesawat pengintip tanpa pemandu kerap meninjau di ruang udara Semenanjung Gaza. Keadaan boleh disifatkan penuh berwaspada dan berjaga-jaga.

6 serangan roket gugur

Dari sudut lain, menukil sumber dari media Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew menjelaskan bahawa dua serangan roket gugur di Ushkul, dan serangan kedua dari tiga roket gugur di sebuah kawasan lapang selatan bandar Ashkelon.

Tambah YNET, selepas waktu tengah malam, satu lagi serangan roket gugur di sebuah kawasan lapang di sebelah barat Naqab(Negev).

Serangan-serangan roket ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan luka parah di kalangan warga zionis.

Gencatan senjata yang baru

Siaran 10 rejim zionis mengungkapkan bahawa gencatan senjata yang baru buat kali kedua dalam masa 24 jam telah dimeterai antara gerakan JIHAD ISLAMI(mewakili sayap tentera Palestin) dengan rejim zionis bermula pada jam 10:00 malam tadi, 30/10/2011.

Menurut laporan dari berita AL-JAZEERAH, Israel telah melanggar gencatan senjata yang dipersetujui pagi semalam setelahmana pesawat pengintip zionis mengebom sekumpulan pejuang Palestin dari BRIGED AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH(KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH), lantas mengakibatkan seorang syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan yang kritikal. Serangan terbabit mendorong pejuang-pejuang Palestin melancarkan semula serangan roket ke tanah jajahan. Hal ini berlaku sebagaimana kenyataan dari Abu Ahmad selaku jurucakap BRIGED AL-QUDS(SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) bahawa gencatan senjata ini bergantung kepada sikap rejim zionis.

Kenyataan khas dari jurucakap gerakan JIHAD ISLAMI, Daud Shihab pada malam semalam bahawa pejuang Palestin berhak untuk membalas serangan bilamana rejim zionis menyerang.

Berhubung soalan mengenai pendirian gerakan HAMAS berhubung gencatan senjata, beliau berkata, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin telah bersepakat pilihan penentangan(jihad) adalah cara membalas serangan zionis.

Menurut penganalisis politik Israel, Udi Segal, walaupun rejim zionis dengan ancamannya dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin dengan janji balasnya, kesemua pihak ini menyahut seruan dari pihak tengah, iaitu Mesir yang telah berusaha dengan berbagai-bagai jalan(cara) agar keadaan tidak menjadi lebih meruncing.

Pihak perantara, Mesir telah berjaya membawa gencatan senjata yang pertama tercapai antara BRIGED AL-QUDS dengan rejim zionis bermula jam 03:00 pagi Ahad, 30/10/2011. Bagaimanapun, rejim zionis telah melanggar gencatan.

Kemungkinan dari perkembangan lain yang menandakan tentangan sengit di Semenanjung Gaza mula surut apabila komander pertahanan dalaman rejim zionis membuat keputusan agar dibenarkan pengajian/pembelajaran beroperasi semula di daerah-daerah selatan(tanah jajahan/selatan Palestin) pada hari ini. Hal sedemikian, setelahmana pembelajaran dibekukan pada hari Ahad(semalam) disebabkan oleh serangan-serangan roket BRIGED AL-QUDS. Sumber 30-31/10/2011, web berita Safa.ps, MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

Catatan tentangan sengit di Semenanjung Gaza pada 30/10/2011

01:45 pagi, SAFA: Pesawat tempur zions menyasarkan lokasi tentera 'تونس' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di timur Hayyu Zaitun, tiada kecederaan.
_______________________________
Gencatan senjata(tenang) antara BRIGED AL-QUDS(mewakili sayap-sayap tentera Palestin/pejuang Palestin) dengan rejim zionis bermula jam 03:00 pagi. Pihak tengah, Mesir memainkan peranan agar tercapai gencatan ini.


03:50 pagi, SAFA: Pesawat tempur zionis menyasarkan 2 serangan misil ke atas balai polis khas di sebelah barat Khan Younis.

03:51 pagi, SAFA: Rejim zionis mengebom lokasi tentera 'Al-Qadisiah' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

04:27 pagi, SAFA: Pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza.

05:39 pagi, SAFA: Sumber dari ketenteraan rejim zionis menjangkakan tentangan sengit di Semenanjung Gaza bersambungan.

06:01 pagi, SAFA: Radio Israel - Satu serangan roket gugur berhampiran bandar Rohit, tiada kecederaan.

07:30 pagi, SAFA: Penjajah berbicara mengenai usaha pihak antarabangsa, antaranya Mesir bagi mengekang tentangan sengit.

08:30 pagi, SAFA: SARAYA AL-QUDS mengebom Kibbutz Ain Salisah dan Re'em dengan dua serangan roket jenis 107.

08:31 pagi, SAFA: Mofaz gesa serangan yang menyasarkan pemimpin-pemimpin HAMAS dan JIHAD ISLAMI di Semenanjung Gaza.

08:38 pagi, SAFA: SARAYA AL-QUDS menafikan tercapainya gencatan senjata sambil mengesahkan pihaknya akan berterusan membalas serangan. Rejim zionis turut berkata, Mesir gagal mencari kata sepakat untuk gencatan senjata(tenang).

09:42 pagi, SAFA: Jurucakap SARAYA AL-QUDS, Abu Ahmad berkata, "kami telah menyahut usaha gencatan senjata(tenang), namun kami berpegang dengan hak kami bagi membalas serangan ke atas
tentangan Israel."

Menurut berita AL-JAZEERAH, menukil dari tentera rejim zionis bahawa 11 serangan roket Palestin gugur di beberapa kawasan berbeza di selatan tanah jajahan pagi ini.

11:20 pagi, SAFA: Nafez Azam - Amerika juga mesti bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi, dan dunia turut bersekongkol bilamana hanya diam dan kaku.
_______________________________
Serangan pertama zionis setelahmana tercapai gencatan senjata antara sayap-sayap tentera Palestin dengan Israel.


02:02 ptg, SAFA: Dua pejuang Palestin dari kumpulan BRIGED AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH(KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH, sayap tentera kepada JABHAH DEMOKRATIAH) telah diserang pesawat tempur zionis di timur Rafah. Salah seorang darinya syahid dan seorang lagi kritikal. Laporan awal jam 01:30 ptg.

05:15 ptg, berita AL-JAZEERAH: Pesawat-pesawat pengintip tanpa pemandu kerap berterbangan di ruang udara Semenanjung Gaza.

05:25 malam, berita AL-JAZEERAH: Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel berkata HAMAS selaku pihak yang bertanggungjawab bagi menghentikan serangan roket dari Semenanjung Gaza ke Israel. Tambahan lagi, laporan berita dari dalam Israel(badan keamanan) menyebut bahawa tidak ada pemberhentian serangan ke Gaza. Bagaimanapun, keadaan berhubung serangan Israel masih menanti dan melihat pada waktu-waktu mendatang, sama ada ia masih diteruskan atau sebaliknya.

06:56 malam, SAFA menukil dari YNET: Peluru roket gugur di sebuah kawasan penempatan Ushkul, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

08:01 malam, SAFA: Satu lagi serangan roket gugur di sebuah kawasan lapang di persisiran Ashkelon, selatan tanah jajahan 1948/sebelah utara Semenanjung Gaza.
_______________________________
Gencatan senjata yang terbaru antara BRIGED AL-QUDS(mewakili sayap-sayap tentera Palestin) dengan Israel bermula jam 10:00 malam.


10:52 malam, SAFA: Pesawat tempur zionis mengebom sebuah rumah tanpa penghuni yang terletak berhampiran Universiti Islamiah di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Susulan dari berita terbabit, sekumpulan pejuang Palestin yang menjadi sasaran terselamat dari pengeboman pesawat zionis. Ekoran dari pengeboman terbabit, bekalan elektrik terputus buat sementara waktu. Pada waktu ini, elektrik telah beroperasi kembali.

11:06 malam, SAFA: Menukil dari YNET, dua serangan roket gugur di selatan Ashkelon dan satu lagi gugur di Ushkul.

Read more...

Gambar: Palestin Gaza iringi jenazah 9 syuhadak

30 Oktober 2011

Laporan jam 12:45 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 12:45 petang, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza keluar berpusu-pusu mengiringi 9 jenazah syuhadak tentera BRIGED AL-QUDS(SARAYA AL-QUDS) yang syahid dalam serangan pesawat tempur zionis pada tengah hari kelmarin dan malam semalam.

Agensi berita SAFA dan MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS membuat liputan upacara pengebumian dan perarakan mengiringi jenazah syuhadak di bandar Gaza dan Rafah pada petang tadi. Sumber 30/10/2011, web berita Safa.ps dan MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS

Salinan rakaman gambar di bawah dipetik dari kedua-dua sumber
seperti yang dinyatakan di atas.













Pesawat pengintip zionis tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung'
antara senjata utama kepada rejim zionis ketika menyerang Semenanjung Gaza.
Tidak hanya mengumpul maklumat risikan, namun juga boleh melepaskan serangan.

Kelibat pesawat pengintip zionis tanpa pemandu di ruang udara ketika
penduduk Palestin keluar mengiringi jenazah syuhadak.


Keluarga salah seorang dari pejuang syahid.

Para syuhadak ketika disembahyangkan.




Barisan pimpinan gerakan JIHAD ISLAMI di Palestin.



Nafez Azzam, pemimpin tertinggi gerakan JIHAD ISLAMI.


Salah seorang dari pejuang yang syahid dalam serangan pesawat
tempur zionis semalam, 29/10/2011.





Sebahagian dari tentera(pejuang) BRIGED SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI di Palestin yang turut mengiringi jenazah 9 syuhadak di Gaza.

Read more...

Seorang lagi pejuang syahid dan cedera dalam serangan zionis di timur Rafah

Laporan jam 02:12 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 02:12 petang, waktu Mesir

RAFAH - Serangan terbaru rejim zionis yang dilaporkan pada petang tadi tertumpu di sebuah kawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(tidak beroperasi) mengakibatkan seorang pejuang Palestin syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan yang kritikal.

Gambar(MEDIA PERANG): Seorang dari pejuang KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH yang syahid dalam serangan zionis.

Situasi serangan, menurut sumber dari agensi berita SAFA bahawa pesawat pengintip zionis tanpa pemandu melepaskan satu serangan peluru misil ke atas sekumpulan pejuang Palestin, lantas mengakibatkan seorang syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan kritikal. Sedemikian itu, krew ambulan membawa mangsa yang syahid ke hospital Abu Yusuf An-Najjar di bandar Rafah, kemudian mangsa yang cedera dibawa ke hospital Eropah Gaza berikutan luka yang kritikal.

Menukil dari MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS, pejuang yang syahid dikenali Ahmad Ali Jargun, kordinator Unit Pertahanan kepada KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH, sayap tentera JABHAH DEMOKRATIAH LI TAHRIR FALESTIN dan pejuang yang kritikal hanya dikenali komander KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH.

Berikutan serangan zionis di hujung sebelah selatan Semenanjung Gaza ini, jumlah penduduk Palestin yang syahid sejak tengahari semalam meningkat kepada 10 syuhadak. Manakala seramai 7 penduduk Palestin mengalami kecederaan, di antaranya seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Tambahan dari berita AL-JAZEERAH, serangan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu yang mengakibatkan seorang syahid dan seorang cedera jelas melanggar gencatan senjata yang telah tercapai antara sayap-sayap tentera Palestin dengan Israel pada pagi tadi, dengan perantaraan pihak Mesir.

Sumber Palestin berkata, sayap-sayap tentera Palestin tidak mahu mengikut adakan gencatan(tenang) dengan Israel, dan Israel yang meminta pihak Mesir menjadi perantaraan agar tercapai gencatan senjata. Maka, pihak Mesir turut meminta bantuan Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza supaya gencatan tercapai antara sayap-sayap tentera dengan Israel. Sumber 30/10/2011, web berita Safa.ps dan MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS

Read more...

Catatan tentangan sengit di Semenanjung Gaza pada 29/10/2011

01:07 ptg, SAFA: 5 syahid dalam letupan di lokasi sayap tentera JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS di sebelah barat Rafah. Sebab belum lagi diketahui.

01:39 ptg, SAFA: 4 yang syahid telah tiba ke hospital Abu Yusuf An-Najjar.

01:44 ptg, SAFA: Sumber terdekat JIHAD ISLAMI berkata, pimpinan besar ketenteraan SARAYA AL-QUDS antara yang syahid.

01:47 ptg, SAFA: Sumber dari SARAYA AL-QUDS, kejadian terbabit adalah disebabkan pengeboman dari rejim zionis ke atas sebuah lokasi latihan ketenteraan SARAYA AL-QUDS mengakibatkan bilangan besar syahid dan cedera.

05:11 ptg, Radio Israel: 3 peluru roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza menusuk ke pertengahan bandar Ashdod.

05:23 ptg, SAFA: JIHAD ISLAMI, 'tetap balas ke atas tentangan bagi melindungi masyarakat kami.'

05:36 malam, SAFA: SARAYA AL-QUDS mengebom Ashdod, Yubna, dan Lakish dengan 5 roket jenis 'grad'.

05:52 malam, SAFA: KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA mengumumkan pejuangnya melancarkan 3 serangan roket ke penempatan-penempatan Israel.

05:58 malam, SAFA: AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH umumkan pihaknya melepaskan satu serangan roket jenis 107 ke atas lokasi tentera zionis 'Kerem Shalom'.

06:01 malam, SAFA: Berlaku kecederaan dan kerosakan harta benda di beberapa lokasi sasaran di tanah jajahan 1948 akibat pengeboman dari pejuang Palestin.

06:49 malam, SAFA: Hujan lebat menuruni di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

06:55 malam, SAFA: Letupan kuat menggegarkan Gaza Tengah.

07:14 malam, SAFA: Sumber dari web berita Israel 'MAAREV', 'serangan roket mengenai sebuah apartment di tingkat 9, bandar Ashdod mengakibatkan beberapa orang warga zionis cedera, dan beberapa buah kereta awam terbakar'.

07:46 malam, PALDF: Sejak dari petang tadi, tidak lebih dari 20 serangan roket jenis grad, Qassam dan peluru mortar hawn dilepaskan ke tanah jajahan(Israel).

07:52 malam, SAFA: Rejim zionis/penjajah melarang mewujudkan perkumpulan yang melebihi 500 orang di kawasan-kawasan yang mempunyai jarak kurang dari 40 kilometer dari Semenanjung Gaza.

08:05 malam, GAZA: Pejuang Palestin melepaskan serangan roket terbaru ke tanah jajahan. Manakala, sekumpulan pendudukan Palestin menjadi sasaran serangan peluru roket jarak jauh zionis ke Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

08:27 malam, SAFA: Radio Israel - Sistem penangkis roket 'Iron Dome' telah dapat menangkis satu serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke Beer Sheba, selatan tanah jajahan(Israel).

08:34 malam, GAZA: Rejim zionis mengebom sebelah barat, 200 meter dari sempadan Rafah Gaza-Mesir yang mengakibatkan gegaran kuat. Serangan ini menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin.

Menurut sumber di GAZA, salah satu dari serangan roket gugur sebuah stesen gas di selatan tanah jajahan(Israel). Serangan ini mengakibatkan belasan warga zionis cedera.

08:35 malam, SAFA: Berita mengenai 2 penduduk Palestin syahid dan dua lagi cedera dalam pengeboman zionis di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

08:36 malam, GAZA: Raed Al-Futtuh - Kami telah dimaklumkan bahawa terminal Karem Abu Salem ditutup pada esok hari disebabkan serangan roket.

09:23 malam, SAFA: Kedengaran letupan kuat menggegarkan barat bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

09:26 malam, SAFA: Radio Israel - Netanyahu telah mengeluarkan taklimat memberi izin menyerang balas sebarang pengeboman dari serangan roket Gaza.

09:30 malam, SAFA: Israel mengemukakan memo bantahan terhadap roket Palestin kepada Majlis Keselamatan Antarabangsa dan Setiausaha Agung PBB< Ban Ki Moon.

09:52 malam, SAFA: 3 serangan berasingan dari jentera perang rejim zionis menyasarkan beberapa buah rumah tanpa penghuni di Gaza Tengah dan Khan Younis. Berikutan itu, seorang penduduk Palestin cedera.

10:48 malam, SAFA: Pesawat-pesawat pengintip zionis tanpa pemandu berterbangan di ruang udara Gaza.

10:51 malam, BRIGED AL-QUDS: "kami telah mengebom kawasan-kawasan penempatan zionis dengan 12 roket jenis grad, 4 roket jenis Quds, dan 4 roket jenis 107".

10:52 malam, Radio Israel: Jumlah warga zionis yang cedera ekoran serangan roket pejuang Palestin meningkat ke enam orang yang cedera.

10:54 malam, SAFA: Menteri Dalam Negeri Israel janji berikan balasan keras terhadap mana-mana serangan roket.

11:46 malam, YNET: Seorang warga zionis di Ashekolan telah maut ekoran kecederaan yang dialaminya.

11:56 malam, SAFA: Krew bomba dan penyelamat menemui dua jasad penduduk yang syahid dalam pengeboman malam tadi di sebelah barat bandar Gaza. Sekaligus, jumlah ini menjadikan 9 penduduk Palestin syahid dalam serangan zionis sejak tengah hari tadi hingga malam ini.

Read more...

2 lagi syahid, 2 kritikal dibom zionis

29 Oktober 2011

Laporan jam 08:55 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 08:55 malam, waktu Mesir

RAFAH - Pengeboman dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu malam ini mengakibatkan dua lagi penduduk syahid dan dua lagi mengalami kecederaan kritikal di sebelah barat kawasan sempadan Rafah Gaza-Mesir di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, dua mangsa pengeboman yang syahid salah seorang darinya dibawa ke hospital Abu Yusuf An-Najjar di bandar Rafah dalam keadaan rentung.

Sumber di hospital An-Najjar menjelaskan bahawa kedua-dua mangsa yang syahid dikenali, Sami Abu Sabt dan Sulaiman Abu Fatimah. Kedua-dua yang syahid ini anggota dari sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI, BRIGED AL-QUDS(SARAYA AL-QUDS). Sumber 29/10/2011, web berita Safa.ps

Read more...

AL-QASSAM: Kami bincang bentuk balasan jenayah di Rafah

Abu Ubaidah(gambar), jurucakap KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS menyatakan bahawa rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya berhubung jenayah keji yang dilakukannya di Rafah, sambil menegaskan musuh telah menanggung apa yang bakal tersusun sebagai balas dari melakukan jenayah biadab seumpama ini.

Abu Ubaidah berkata dalam kenyataan khas kepada media penerangan AL-QASSAM, "Sayap-sayap tentera(pejuang) Palestin dan di barisan hadapannya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM tidak sekali-kali mengabaikan lelehan darah para syuhadanya malah darah rakyat-rakyat Palestin dan pejuang-pejuang yang mempertahankannya."

Beliau menjelaskan lagi, penjenayahan ini datang merampas kegembiraan besar rakyat Palestin sempena pembebasan para tahanan, dan ia juga cuba merentap perayaan besar yang disambut girang oleh Palestin disebabkan perjanjian 'tebus-bebas'(perjanjian penukaran tahanan-tawanan). Namun, melalui penjenayahan ini musuh berusaha menyembunyikan rasa kekecewaan dan kekalahan yang dialaminya dari setiap peringkat setelahmana perjanjian yang mulia ini(perjanjian penukaran tahanan-tawanan) tercapai.

Jelas Abu Ubaidah, KATAIB AL-QASSAM akan mengadakan perbincangan, bahkan memang telahpun mula berbincang dengan sayap-sayap tentera Palestin mengenai bentuk dan cara balasan ke atas jenayah keji yang dilakukan oleh rejim zionis di Rafah.

Tambahan lagi dari salah seorang pemimpin HAMAS, Dr.Salah Bardawil menekankan bahawa penjajah tidak boleh melepaskan diri dari perjanjian 'tebus-bebas'.

Lantaran itu, beliau menegaskan tentangan sengit yang terkini di Semenanjung Gaza tidak dan takkan sesekali menjadi punca membatalkan penyempurnaan perjanjian penukaran tahanan-tawanan.

Kenyataan media Dr.Salah Bardawil pada petang tadi turut berkata bahawa musuh membalas dendam terhadap maruahnya yang telah hilang dalam perjanjian penukaran tahanan-tawanan dengan menggiatkan serangan. Sebaliknya, jika penjajah mengelak dari penyempurnaan perjanjian penukaran ini juga pasti akan menimbulkan kesan negatif ke atas hubungannya dengan Mesir. Sumber 29/10/2011, media penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM

Read more...

Balas pembunuhan, AL-QUDS lancarkan 5 roket grad

Sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI di Palestin, SARAYA AL-QUDS(BRIGED AL-QUDS) mengumumkan pejuangnya yang bertanggungjawab mengebom lokasi-lokasi Israel dengan 5 serangan roket jenis 'grad'.

Gambar(MEDIA PERANG): Jip tapak pelancar roket 'grad'.

Dalam keterangan medianya, SARAYA AL-QUDS berkata, pada jam 04:50 petang Sabtu, 29/10/2011 bersamaan 2 ZulHijjah 1432, unit pelancar roket dari SARAYA AL-QUDS telah menyasarkan bandar-bandar di tanah jajahan, Ashdod, Lakish dan Gan Yubna dengan 5 serangan roket jenis 'grad'.

Sumber menyatakan, pejuang-pejuang dari MEDIA PERANG telah membuat rakaman liputan ketika melancarkan serangan, klip ini akan dipaparkan dalam web MEDIA PERANG, sementara itu, ia akan diagih-agihkan kepada beberapa agensi media yang berlainan.

Kenyataan ketenteraan SARAYA AL-QUDS

Jelas sumber, pihak musuh mengakui hasil dari serangan roket telah mengakibatkan kecederaan di kalangan penduduk warga zionis dan puluhan lagi mengalami kepanikan. Di samping itu, ribuan dari warga zionis terpaksa berlindung di tempat-tempat perlindungan ekoran ketakutan dari serangan roket. Tambahan pula, pembelajaran di sekolah bandar-bandar Israel dibekukan pada esok hari.


Rakaman liputan serangan dari MEDIA PERANG

SARAYA AL-QUDS menyatakan pengeboman dari serangan roket ini adalah respon balas yang pertama berhubung serangan zionis yang membunuh pemimpin teras sayap tentera JIHAD ISLAMI di Rafah. Sedemikian itu, SARAYA AL-QUDS menegaskan pihaknya berpegang dengan jalan jihad dan penentangan sebagai wadah juang sehinggalah terbebasnya keseluruhan tanah-tanah Palestin. Sumber 29/10/2011, MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS

Read more...

5 pejuang AL-QUDS syahid dibom zionis

Laporan jam 01:42 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 01:42 petang, waktu Mesir
Jam 07:42 malam, waktu Malaysia

RAFAH - Seramai 5 pejuang Palestin dari BRIGED SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) menemui syahid dalam serangan udara yang dilancarkan oleh rejim zionis ke atas sebuah lokasi latihan ketenteraan SARAYA AL-QUDS 'مهاجر' di sebelah barat Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada tengahari tadi.

Sumber terdekat kepada gerakan JIHAD ISLAMI berkata(turut disahkan sumber yang lain), pimpinan besar sayap tentera yang syahid dalam serangan zionis dikenali, Ahmad Syiekh Khalil berasal dari Rafah, Muhammad Ashur berasal dari Khan Younis, Basem Abu Al'Ata berasal dari Gaza dan Muhammad AlKhoudry dari bandar Gaza serta Abdul Karim Shatat juga dari bandar Gaza.

Jurucakap SARAYA AL-QUDS, Abu Ahmad mengesahkan kejadian kepada SAFA bahawa pesawat pengintip zionis tanpa pemandu dan helikopter perang mengebom sekumpulan pimpinan pejuang AL-QUDS di lokasi berkenaan dengan beberapa serangan peluru misil, lantas mengakibatkan sebilangan dari mereka syahid.

Abu Ahmad mengulas dalam kenyataan radio, sebelum disahkan kejadian berkenaan hasil dari serangan zionis, wujud tanda tanya situasi di sebalik letupan yang menyebabkan sebilangan besar pejuang yang syahid dan cedera.

Kelima-lima pejuang yang syahid dan dua mangsa yang mengalami kecederaan kritikal telah dibawa hospital Abu Yusuf An-Najjar, manakala mangsa ketiga yang mengalami kecederaan sederhana dibawa ke hospital Naseer di Khan Younis.

Menukil dari 'MEDIA PERANG' sayap tentera JIHAD ISLAMI, komander yang syahid, as-syahid Ahmad Syeikh Khalil Abu Khidhr adalah salah seorang pemimpin utama dari unit jurutera dan pembuatan dalam SARAYA AL-QUDS.

Sumber berkenaan menyatakan bahawa as-syahid telah diancam lebih 5 kali cubaan bunuh dari pesawat tempur rejim zionis sepanjang beberapa tahun lepas. Salah satu dari serangan pesawat zionis tahun lalu mengakibatkan tangan kanannya terputus.

SARAYA AL-QUDS menyatakan, serang balas terhadap jenayah yang menyasarkan para pemimpin tenteranya tidak akan terlepas begitu sahaja tanpa hukuman, pihak musuh akan dipaksa bayar harga tinggi di atas jenayahnya.

Abu Ahmad, jurucakap SARAYA AL-QUDS turut meminta kesemua pejuang-pejuang SARAYA AL-QUDS bersedia menyerang balas jenayah yang dilakukan membuta-tuli dan langkah berjaga-jaga menghadapi serangan.

Tambah beliau, "kami menganggap tentangan ini adalah paling bahaya sejak beberapa bulan yang lalu," sambil itu, Abu Ahmad mengesahkankan bahawa SARAYA AL-QUDS akan membalas dengan bentuk yang sama. Jelas lagi, "selepas tentangan ini dan bermula dari sekarang, kami tidak boleh lagi berbicara mengenai gencatan mahupun tenang. Lebih-lebih lagi yang syahid adalah dari kalangan pemimpin dan komander tentera kami dan serang balas kami pasti dengan cara yang serupa dan pada masa yang sesuai."

Zionis mengakui serangan

Menurut Siaran 10 Israel versi hebrew, tentera rejim zionis berkata pihaknya telah mengebom sebuah lokasi yang menjadi tempat latihan merekrut benih-benih penentang. Tujuan pengeboman bagi menumpaskan serangan-serangan yang menjadikan lokasi-lokasi Israel sebagai sasaran, dan juga serang balas ke atas serangan roket dari Gaza baru-baru ini.

Respon HAMAS dan kumpulan-kumpulan pejuang

Berhubung serangan ini, gerakan HAMAS menyebut rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya di atas jenayah baru yang dilakukannya.

Kata jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhri, penjajah bakal menanggung beban dan hukuman hasil dari jenayah ini.

Sedemikian itu, jurucakap KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS, Abu Ubaidah berkata, penjajah mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya berhubung serangan membuta-tuli ini, kesemua sayap-sayap tentera tidak akan melepaskan begitu sahaja dengan pejuang-pejuang yang gugur syahid dan kami akan bincang bentuk serang balas.

Sayap tentera yang lain, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN menghendaki rejim zionis dipertanggungjawabkan atas jenayah yang dilakukannya, sambil menyatakan bahawa serangan ini tidak berlalu tanpa balas.

Begitu juga, KATAIB AL-MUJAHIDEEN, sayap tentera kepada gerakan ANSAR AL-MUJAHIDEEN menyatakan bahawa pihak musuh tidak akan faham melainkan dengan bahasa kekerasan. Tambah lagi, "sesungguhnya waktu surut itu telah berlalu pergi dan kini tiba masa kemenangan."

KATAIB AL-MUJAHIDEEN menegaskan, serangan balas ke atas jenayah penjajah dan mempertahankan masyarakat kami adalah hak yang telah tetap, sambil itu sayap tentera ini menyeru sayap-sayap pejuang berpadu di medan tempur untuk menghadapi tentangan dari tentera rejim zionis.

Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN, iaitu KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA turut mengajak sayap-sayap tentera bagi membalas serangan dengan penuh keras, malah menolak sebarang gencatan senjata dengan rejim zionis.

Tambahan lagi dari kumpulan pejuang, LIJAN AL-MUQAWAMAH AS-SHA'BIAH juga menyeru sayap-sayap tentera membalas dengan penuh keras terhadap tentangan ini. Sedemikian itu, serangan ini tiba-tiba datang menutup kegembiraan masyarakat Palestin dengan pembebasan wira-wira Palestin yang baru dibebaskan dari penjara penjajah.

Jurucakap KATAIB SYUHADA' AL-AQSA dan kumpulan pejuang AIMAN JUDAH, Abu Asif menegaskan bahawa pada beberapa jam akan datang akan menyaksikan tentangan sengit membalas serangan ke atas penjajah dari kesemua sayap-sayap tentera Palestin. Hal ini, sebagai respon balas kepada jenayah zionis terhadap pembunuhan pemimpin dan komander tentera SARAYA AL-QUDS.

"Darah-darah syuhada' tidak akan mengalir begitu sahaja, kami akan membalas serangan ke atas musuh dengan segenap kekuatan yang kami ada," ujar Abu Asif. Sumber 29/10/2011, web berita Safa.ps, Media Perang SARAYA AL-QUDS dan berita Al-Jazeerah

Beberapa rakaman gambar dari web berita SAFA berhubung syuhada' dari kalangan pejuang SARAYA AL-QUDS yang menjadi mangsa serangan udara pesawat pengintip zionis dan helikopter perang zionis pada tengahari tadi.





Read more...

Kami tak seludup roket penangkis pesawat dari Libya - HAMAS

28 Oktober 2011

Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) menafikan laporan yang tersiar dalam sebuah akhbar berita Israel 'HAARETZ' semalam berhubung roket penangkis pesawat yang diseludup dari gudang senjata tentera kebangsaan Libya ke Semenanjung Gaza. HAMAS berkata, berita berkenaan digembar-gemburkan oleh rejim zionis(Israel) bagi memperbesar-besarkan kekuatan pejuang Palestin sekaligus mewajarkan serangan yang kerap kali menyasarkan pejuang-pejuang Palestin dan penduduk Palestin.

Salah seorang dari pemimpin HAMAS, Dr.Salah Bardawil menyatakan berita sebegini bukanlah perkara yang baru, memang selalu diwar-warkan oleh musuh. Jelas beliau, sebalik dari berita ini hanyalah untuk memperbesar-besarkan kekuatan ketenteraan HAMAS yang tidak memiliki walaupun 10% dari kekuatan logistik ketenteraan tentera Israel.

Bardawil mengungkapkan bahawa berita ini bohong dan ianya bermotifkan politik profil tinggi. Malahan, Israel mengambil peluang mewajarkan serangan yang berulang-kali di Semenanjung Gaza serta menutup jenayah yang dilakukannya, dan yang terkini serangan Israel di Gaza awal pagi Khamis baru-baru ini.
____________________________________________
Baca lagi:

Gaza Tengah dan sebelah Selatan diserang zionis

____________________________________________

Semalam, laporan dari akhbar HAARETZ Israel mendakwa pihak keamanan Israel diselubungi kesangsian dan bertambah bimbang ekoran penyeludupan roket penangkis pesawat dari gudang senjata tentera Libya ke Semenanjung Gaza sepertimana peluru roket buatan rusia yang telah dikembangkan keupayaannya.

Dakwa HAARETZ lagi, pihak keamanan Israel amat merasa bimbang dengan peluru roket yang dibekalkan oleh Rusia kepada tentera Libya tiba ke Semenanjung Gaza, lantas boleh menimbulkan ancaman ke atas pesawat-pesawat Israel yang menyerang Gaza. Sumber 28/10/2011, suratkhabar Al-Huriyyah Wal-Adalah[Mesir]

Read more...

Gaza Tengah dan sebelah Selatan diserang zionis

27 Oktober 2011

Laporan jam 05:19 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 05:19 pagi, waktu Mesir

GAZA - Pesawat tempur zionis telah menyerang beberapa sasarannya awal pagi Khamis(27/10/2011) di Gaza Tengah dan Selatan Gaza tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan.

Serangan di Gaza Tengah

Pemberita agensi SAFA berkata, pesawat tempur zionis mengebom sebuah rumah tanpa penghuni yang terletak berhampiran kawasan pelupusan sampah di kawasan Abu Al-Ajain timur Der Balah dengan satu serangan roket. Setelah serangan terbabit, sebuah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) di kawasan yang telah dibebaskan 'Tel Qatif' sebelah barat bandar Der Balah pula dibom dengan satu serangan peluru misil.

Serangan di selatan Gaza

Di sebelah selatan pula, pesawat tempur zionis melancarkan 3 serangan peluru misil ke atas sebuah rumah tanpa penghuni yang terletak bertentangan dengan pintu gerbang 'بوابة أصداء الغربية' di Khan Younis.

Tambahan lagi, bot-bot laju tentera laut zionis turut melepaskan beberapa kali das tembakan mesingan ke atas bot nelayan Palestin di persisiran laut Gaza di Khan Younis.

Zionis mengakui

Sementara itu, SAFA menukil dari siaran radio zionis melalui jurucakap tentera zionis, katanya, "Kesemua keempat-empat sasaran yang telah diserang oleh pesawat tempur Israel di Gaza Tengah dan Selatan Gaza telah mengenai dengan tepat."

Jurucakap tentera zionis mendakwa serangan udara berkenaan adalah bagi membalas 3 serangan roket grad yang dilancarkan oleh pejuang Palestin malam semalam. Sumber menjelaskan, serangan roket grad gugur di kawasan sekitar bandar Ashdod dan daerah Bani Ayeish(tanah jajahan 1948) semalam, lantas mengakibatkan beberapa orang warga zionis ditimpa kepanikan.

Siaran radio zionis menerangkan, Badan Perisikan Israel berkeyakinan penuh bahawa HAMAS tidak berhasrat menghangatkan kembali keadaan.

Sebuah akhbar berita elektronik Israel versi hebrew 'HAARETZ' dalam edisinya hari ini mendakwa bahawa akhir-akhir ini, HAMAS berjaya memperolehi peluru roket buatan Rusia yang telah diseludup dari gudang simpanan senjata bekas pemimpin Libya, pimpinan Muammar Ghaddafi.

Tambah HAARETZ lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hasil dari inisiatif bantuan Iran juga telah berjaya diseludup roket pelancar dari atas bahu(Shoulder-fired missile). Sumber 27/10/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Keselamatan dan risikan kami tewas kepada HAMAS

20 Oktober 2011

Seorang penganalisis ketenteraan berkata dalam siaran radio versi hebrew pagi Khamis(20/10/2011), apa yang perlu Negara Penjajah lakukan adalah berterus-terang tanpa berdolak-dalih, iaitu mengakui sepanjang pusingan rundingan 5 tahun dengan HAMAS, ianya dilumuri dengan kekalahan dan tewas.

Gambar(AL-QASSAM): Shalit bertopi ketika operasi penyerahan dari tentera AL-QASSAM kepada Perisikan Mesir.

Tambah penganalisis berkenaan, "betapa terpegun kami dengar dari SHABAK bahawa ia telah hampir menemui Shalit, kemudian tiba-tiba maklumat itu hilang, sebabnya dikatakan AL-QASSAM telah dapat mengesan perkara ini, Gaza telahpun kami jerut dengan kuat namun tidak juga kami capai apa-apa, bila kami ledakkan operation cast lead ke atas Gaza(perang Gaza akhir 2008-awal 2009), Shalit tidak mati!! dia di mana? bagaimana dia tidur? adakah dia dengar bunyian peluru-peluru menghentam Gaza?."

Sambung beliau, "aku amat rasa pedih ketikamana mengikuti berita pembebasan Shalit melalui siaran satelit HAMAS, keseluruhan Gaza keluar dari belakang HAMAS dan berkata setinggi-tinggi penghormatan kepada AL-QASSAM, perang pun gagal, sekatan juga rebah..akhirnya HAMAS yang mendapat sokongan kuat dari masyarakat Palestin malah dari sudut risikan dan keselamatan, HAMAS juga yang menang."

"Pada saat-saat akhir pembebasan Shalit, Negara Penjajah ini telah berusaha sekeras-kerasnya untuk mengetahui dari kawasan mana Shalit keluar, lalu berubah jadi malapetaka apabila lebih 20 buah kenderaan menyamar sebuah kenderaan yang membawa Shalit, 40 buah lebih jip dari 40 kawasan di Gaza mempunyai warna dan bentuk yang sama dan Shalit berada dari salah sebuah jip, bukan itu saja, pejuang-pejuang bersenjata yang mengiringi Shalit kesemuanya mempunyai bentuk tubuh dan ketinggian yang sama..tubuh mereka berceloreng dengan warna kehitaman," ujar penganalisis itu lagi.

Peringatan agar tidak menjadi tawanan

Pihak tentera rejim zionis memberi peringatan berhubung ancaman tawanan dari sayap-sayap tentera pejuang Palestin walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sedemikian itu, setelahmana zionis membebaskan ratusan tahanan Palestin demi terbebasnya seorang tentera rejim zionis, Gilad Shalit yang ditawan pejuang Palestin.

Akhbar HAARETZ versi hebrew berkata, "komander platun pejalan kaki tentera zionis telah menjelaskan kepada tentera-tenteranya bahawa rejim zionis tidak sanggup Shalit yang lain pula ditawan walau dalam apa jua keadaan."

Tambah komander zionis, "biarpun dengan apa jua harga sekalipun, perkara ini mesti dihalang, kena lepaskan tembakan ke atas penculik-penculik biarpun boleh mengakibatkan tentera-tentera zionis yang menjadi tawanan mereka terbunuh."

Berikutan kejadian ini, peringkat pertama menukar tahanan-tawanan antara HAMAS dengan rejim zionis merangkumi pembebasan 477 tahanan dari kalangan lelaki dan wanita, sementara itu, pada dua bulan akan datang, 550 lagi tahanan Palestin akan dibebaskan.

Tambahan sumber bahawa 9 lagi tahanan Palestin dari kalangan wanita akan dibebaskan dalam beberapa hari lagi. Jumlah berkenaan menjadikan tahanan wanita Palestin seramai 33 orang, sebelum ini hanya didedahkan 27 orang sahaja, namun pada saat-saat akhir telah dikesan masih wujud 9 orang lagi tahanan wanita Palestin yang tidak tersenarai. Sebelum menjelang hari perlaksanaan dari perjanjian penukaran, HAMAS melalui Ketua Biro Politiknya , Khaled Meshaal telah menyatakan bahawa perjanjian pada peringkat pertama akan membebaskan kesemua tahanan wanita dari penjara-penjara rejim zionis. Sumber 20/10/2011, web penerangan AL-QASSAM dan web berita HAMAS

Read more...

AL-QASSAM jelaskan nilai-ukur peringkat kedua dari perjanjian 'tebus bebas'

Laporan jam 10:04 pagi, waktu Palestin(Semenanjung GAZA)
Jam 10:04 pagi, waktu Mesir

Sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM menyatakan bahawa 'mengelak dari melaksanakan peringkat kedua tidak akan memberikan apa-apa manfaat kepada zionis sepertimana yang telah disepakati dalam perjanjian(dokumen) penukaran'.

Gambar(HAMAS): Abu Ubaidah, tengah sambil diiringi tentera AL-QASSAM lengkap bersenjata.


Kenyataan media Abu Ubaidah, jurucakap KATAIB AL-QASSAM dalam web penerangan sayap tentera HAMAS semalam(19/10/2011) telah mendedahkan mengenai nilai-ukur yang telah disepakati bagi perlaksanaan peringkat kedua perjanjian menukar tahanan-tawanan, seperti berikut:

- Tahanan Palestin yang bakal dibebaskan bukan dari kalangan yang disabitkan melakukan jenayah.

- Mereka bukan yang telah selesai menjalani hukuman(penjara).

- Keutamaan adalah kepada golongan yang telah berusia dan kesihatan yang terjejas teruk.

- Diutamakan kepada tahanan-tahanan yang telah menjalani hukuman penjara melebihi 20 tahun dalam penjara-penjara rejim zionis.


Jurucakap KATAIB AL-QASSAM turut menerangkan bahawa Republik Arab Mesir(RAM) selaku pihak tengah telah berjanji dengan jaminan agar perlaksanaan peringkat kedua mengikut nilai-ukur yang telah disyaratkan.

وفاء الأحرار

Jelas beliau, gerakan HAMAS tidak turut serta berhubung penetapan nama-nama tahanan Palestin yang bakal dibebaskan dalam peringkat kedua. Sedemikian itu, RAM yang terlibat dalam proses berkenaan mengikut nilai-ukur serta syarat-syarat yang telah dinyatakan oleh HAMAS, dan ia telah terkandung dalam persepakatan.

Zionis siap sedia bebas

Menurut laporan berita yang tersiar dalam web penerangan AL-QASSAM menyebut Badan Keselamatan Zionis sedia membebaskan 550 tahanan Palestin yang lain mengikut perjanjian penukaran tahanan-tawanan antara gerakan HAMAS dengan rejim zionis.

Siaran radio am zionis telah menghebahkan bahawa tahanan-tahanan yang bakal dibebaskan akan ditetapkan oleh pihak rejim, sebagaimana salah satu syarat yang telahpun diperakui dalam ruang rundingan iaitu kesemua tahanan yang akan dibebaskan adalah hukuman berkait keamanan, dan bukannya dari yang dihukum terlibat kegiatan jenayah. Sumber 20/10/2011, web berita HAMAS dan web penerangan AL-QASSAM

Read more...

Sambutan gemuruh menanti At-Tamimi di Amman

18 Oktober 2011

Laporan jam 11:24 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 11:24 malam, waktu Mesir

AMMAN - Seorang dari tahanan wanita Palestin, Ahlam At-Tamimi yang baru dibebaskan dari penjara penjajah mendapat sambutan gemuruh sebaik sahaja tiba menjelang tengah malam ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman, Jordan.

Gambar(SAFA): At-Tamimi, kanan ketika mengucapkan sesuatu kepada Khaled Meshal, Ketua Biro Politik HAMAS yang berada di Kaherah menanti 40 tahanan Palestin.

Ratusan dari kalangan penyokong lelaki dan wanita mengerumuni sesebuah ruang di Lapangan Terbang bagi menyambut At-Tamimi. Kedapatan penyokong yang datang mengibarkan bendera Palestin, bendera HAMAS, serta sepanduk-sepanduk yang menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin, malah ada sepanduk yang menghujum Israel dan menyokong KATAIB AL-QASSAM.

At-Tamimi dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah penjajah selama 16 kali muabbad(tempoh tahanan yang lama, 1 muabbad bersamaan 25 tahun) setelahmana disahkan bersalah atas tuduhan bersubahat membawa seorang pejuang AL-QASSAM ke restoran 'Sbaru' Israel di BaitulMaqdis pada tahun 2001. Pejuang berkenaan telah syahid setelah menjalankan operasi amaliat istisyhadiah yang mengakibatkan seramai 15 warga Israel terbunuh, manakala puluhan lagi cedera.

Mesej penduduk Palestin

Sewaktu berada di Lapangan Terbang Queen Alia, beliau agak sukar menyampaikan ucapan kepada wartawan-wartawan yang berada di situ, malah ucapannya kerap terputus-putus ekoran laungan-laungan semangat serta bunyi 'الزغاريد'(bunyian mulut yang popular dikalangan masyarakat Arab untuk menzahirkan kegembiraan dan kesedihan). Tambahan pula, kawasan berkenaan sesak dengan ratusan penyokong.

At-Tamimi sempat berucap, kata beliau, "mesej dari masyarakat Palestin meminta supaya bebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman penjajah, Arab seolah-olah telah melupakan Palestin, mana kamu semua wahai muslimin?."

Tambah beliau, "sekiranya aku ditanya tentang perasaanku, sesungguhnya aku amat merasa bangga..bangga dengan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, setinggi-tinggi penghormatan kepada tentera Allah yang penyayang di muka bumi, iaitu di Gaza."

Beliau turut menyebut nama-nama pemimpin pejuang yang masih ditahan.

"Demi Allah..sesungguhnya Ibrahim Hamid, Mahmoud Isa, Hasan Salamah, Abu Al-Haija, dan Al-Barghousi lebih berhak dibebaskan dan berada di tempat ini berbanding aku, sesungguhnya Allah Ta'ala menilai semua ini," ujar At-Tamimi.

Ahlam At-Tamimi tergolong dalam senarai 40 tahanan Palestin yang dibebaskan ke tiga buah negara; Qatar, Turki, Jordan(kemaskini) dan Syria sebagaimana yang terkandung dalam perlaksanaan perjanjian penukaran tahanan-tawanan.

Sedemikian itu, At-Tamimi bersama 39 tahanan Palestin yang lain telah disambut delegasi HAMAS di sempadan Rafah Mesir, kemudian delegasi HAMAS mengiringi bas mereka menuju ke Kaherah.

Pihak Keselamatan Mesir mengeluarkan perintah kecemasan di Lapangan Terbang Kaherah pada tengahari siang tadi sebagai persediaan untuk menerima 40 tahanan Palestin yang akan diterbangkan ke tiga buah negara. Penerbangan mereka akan berlepas setelahmana selesai mengadakan pertemuan dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal. Sumber 18/10/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Mesej kuat AL-QASSAM kepada musuh

Brigadier Jeneral Safwat Az-Zayyat, pakar strategi ketenteraan memberi peringatan dari pendedahan misi penawanan Gilad Shalit, terutamanya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM berhubung tempat tahanan Shalit atau langkah keselamatan dan operasi ketenteraan sehinggalah Shalit tertawan malahan selama beberapa tahun berada dalam tawanan pejuang.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan media, "rahsia di sebalik kekuatan gerakan HAMAS mesti menjaga kerahsiaan, operasi ketenteraan dan menjaga para pemimpinnya," sambil menolak HAMAS tidak mungkin mempamerkan perkara ini.

Gambar(arkib): Brigadier Jeneral Safwat Az-Zayyat.

Pandangan beliau berhubung komander tertinggi sayap tentera HAMAS, Ahmad Al-Ja'bari yang muncul ketika operasi penyerahan Shalit sepertimana tersiar dalam rakaman berita menunjukkan bahawa beliau adalah individu bukan seperti pengganas yang melakukan segala bentuk jenayah sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh penjajah. Jelas pakar strategi ketenteraan itu lagi, Al-Ja'bari seorang negarawan yang mampu mengikut arahan Biro Politik HAMAS menandakan beliau lelaki yang berdisiplin.

Beliau memperingatkan Al-Ja'bari salah seorang dari sasaran utama senarai pembunuhan yang dirancang oleh rejim zionis, namun pada ketika ini, beliau telah mempamerkan dirinya seorang yang suka kepada kesejahteraan sejagat, pada waktu yang sama bijak dari sudut politik dan ketenteraan juga.

Safwat Az-Zayyat menafsirkan berhubung kemunculan komander tertinggi AL-QASSAM memberikan mesej tentangan yang kuat kepada musuh, jelas dari tafsiran sedemikian yang membawa maksud, "sebanyak manapun usaha yang kamu(musuh) kerahkan pada tahun-tahun sebelum ini bertujuan menyasarkan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM serta memusnahkan struktur prasananya, sekarang pada waktu ini ia masih wujud, dan sentiasa cekal mempertahankan haknya(masalah yang dihadapi) dengan adil." Sumber 18/10/2011, web penerangan AL-QASSAM

Beberapa rakaman gambar sewaktu
penyerahan Shalit kepada pihak perisikan Mesir.

Gilad Shalit ketika dibawa ke Rafah. Gilad ditawan pejuang Palestin pada tahun 25 Jun 2006.

Sewaktu penyerahan Shalit kepada anggota perisikan Mesir.

Anggota AL-QASSAM berpakaian biasa sambil memegang senjata.

Shalit diapit ketika berada dalam terminal Sempadan Rafah Mesir.

Seorang dari anggota AL-QASSAM menjadi jurukamera pihak AL-QASSAM.

Kelibat anggota-anggota perisikan Mesir dan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS