الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label wafa el-ahrar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wafa el-ahrar. Papar semua catatan

Isteri dan anak serta tahanan yang terbebas ditangkap penjajah

23 Februari 2012

Laporan jam 12:44 pagi, waktu Palestin
Jam 12:44 pagi, waktu Mesir

TULKARM - Tentera rejim penjajah menangkap lagi seorang tahanan Palestin, Majdi Ajuli yang terbebas melalui rundingan penukaran tahanan-tawanan malam tadi di daerah Qaffain, utara bandar Tulkarm, Tebing Barat. Bersama mangsa, tentera rejim turut menangkap isteri dan anaknya.

Sumber tempatan berkata, sebelum Majdi ditangkap, tentera rejim merempuh masuk ke kampung berkenaan dan mengepung rumah mangsa. Kemudian, mangsa berserta isteri dan anaknya ditangkap penjajah, lalu dibawa ke tempat yang tidak dimaklumkan.

Sebagaimana dinyatakan, Majdi Ajuli telah dihukum penjara dalam tempoh yang lama(1 tempoh menyamai 25 tahun) dan dia telahpun meringkuk dalam penjara penjajah selama tidak lebih 22 tahun. Majdi dibebaskan melalui rundingan penukaran tahanan-tawanan pada peringkat pertama(fasa pertama, 08/10/2011).

Sebelum ini, penjajah telah menangkap semula 5 tahanan Palestin di Tebing Barat yang terbebas melalui rundingan penukaran. Sementara itu, gerakan HAMAS telah memberi respon balas berhubung penangkapan ini.
____________________________________
Pautan lain:
> Penjajah tangkap wanita Palestin yang terbebas melalui rundingan وفاء الأحرار
> [Gambar] Ditangkap dengan hujung senjata, bebas juga dengan hujung senjata

____________________________________

"Sebagai tindak balas terhadap musuh yang cuba mencabar kami, maka kami akan mengambil langkah yang sesuai dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh rejim zionis yang mana akan membuatkan musuh menyesal," kata gerakan HAMAS. Sumber 23/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap wanita Palestin yang terbebas melalui rundingan وفاء الأحرار

16 Februari 2012

Laporan jam 10:17 pagi, waktu Palestin
Jam 10:17 pagi, waktu Mesir


JENIN - Tentera rejim penjajah menangkap seorang wanita Palestin, Hana Yahya Al-Shalabi berusia 25 tahun dalam operasi geledah rumah keluarganya di kampung Burqin(برقين), sebelah barat wilayah Jenin, Tebing Barat.

Gambar: Burqin, nombor 13.

Sumber tempatan berkata, sejumlah besar tentera penjajah mengepung rumah keluarganya kira-kira jam 01:30 pagi, lalu merempuh masuk selepas jentera perang penyokong operasi tiba di lokasi terbabit.

Jelas sumber-sumber lain, tentera penjajah mengurung sebahagian ahli keluarganya dalam sebuah bilik dan memeriksa mereka. Kemudian, Hana dibawa pergi ke tempat yang tidak dimaklumkan.

Mangsa, Hana Al-Shalabi telah dibebaskan oleh rejim penjajah pada akhir tahun lalu melalui rundingan penukaran tahanan-tawanan 'وفاء الأحرار'(tebus bebas) dalam peringkat kedua(fasa kedua) setelahmana meringkuk selama dua tahun dalam penjara berikutan dikenakan tahanan tanpa bicara.

>> Pautan lain:

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, penjajah menangkap semula beberapa orang lagi tahanan Palestin yang telah dibebaskan.

Penghujung Januari yang lepas, tentera penjajah menangkap semula Aiman Ismail As-Sharawanah dari rumahnya sendiri di Khalil. Mangsa dikenakan tahanan tanpa bicara selama enam bulan.

Baru-baru ini, 13 Februari, tentera penjajah menangkap pula seorang lagi tahanan Palestin yang baru dibebaskan melalui rundingan penukaran tahanan-tawanan, Aiman Abu Daud ketikamana mangsa pergi ke pusat ketenteraan penjajah, zon selatan bandar Khalil bagi menandatangani bukti mangsa berada di Khalil. Sumber 16/02/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Terima senarai nama tahanan Palestin peringkat kedua

14 Disember 2011

Laporan 09:25 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 09:25 malam, waktu Mesir

GAZA - Agensi berita Palestin telah memperolehi senarai nama dari dalam penjara-penjara zionis berhubung para tahanan Palestin yang bakal dibebaskan dalam peringkat kedua, menurut Jabatan Penjara Israel. Nama-nama tersebut adalah perlaksanaan dari peringkat kedua perjanjian penukaran tahanan-tawanan antara gerakan HAMAS dengan rejim zionis yang melalui pihak tengah, Mesir.
_________________________________________________

Salinan screen shot mukasurat awal dan akhir dari senarai nama yang
dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Israel.


_________________________________________________

Sumber-sumber tertentu berkata kepada agensi SAFA bahawa senarai nama yang telah diterbitkan tidak ada nama tahanan dari kalangan gerakan HAMAS atau JIHAD ISLAMI. Sebahagian besar nama tahanan yang tersenarai adalah dari gerakan FATAH.

Sebagaimana dalam lampiran senarai nama yang diperolehi(dokumen excel) dalam bahasa inggeris, seramai 550 orang tahanan Palestin bakal dibebaskan dalam waktu terdekat ini, pada hari Ahad akan datang. Sumber 14/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Salinan nama dalam tulisan Arab





Read more...

Az-Zahar: Kami tidak mahu ceburkan diri dalam rundingan politik dengan Israel secara bersemuka ataupun tidak

12 November 2011

Pemimpin senior gerakan HAMAS, Mahmud Az-Zahar selaku anggota Biro Politik HAMAS menyatakan gerakan HAMAS tidak mengadakan sebarang rundingan politik dengan Israel(rejim zionis/penjajah), sama ada secara bersemuka(langsung) ataupun tidak. Jelas beliau, gerakannya hanya berunding secara tidak bersemuka dengan Israel berhubung perjanjian(dokumen) penukaran tahanan-tawanan demi menetapkan tawaran hasil dari menawan tentera Israel, Gilad Shalit. Bersesuaian dengan hal sedemikian, kata beliau adalah untuk membebaskan sebilangan besar yang mungkin para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.

Tegas Az-Zahar dalam kenyataan kepada agensi berita ALHAYAT bahawa HAMAS tidak mengharap sedikitpun kepada rundingan tidak bersemuka dengan Israel melainkan perkara yang melibatkan isu kemanusiaan semata-mata.

"Contohnya, jika berlaku penularan wabak penyakit seperti influenza, maka pada ketika itu kami terpaksa menarik Israel untuk berunding tetapi dijalankan secara tidak langsung," ujar beliau.

Beliau berkata, Israel memilih kepada agenda rundingan kerana ini juga pilihan dari Presiden Mahmoud Abbas(Abu Mazen).

"Untuk apa kita mahu berunding, adakah kita mahu mengulangi eksperimen Abu Mazen yang ternyata gagal?," persoal beliau secara menyindir.

Sedemikian itu, beliau memberikan pandangan bahawa suara-suara yang bercakap-cakap boleh jadi HAMAS akan mengadakan rundingan dengan Israel adalah suara-suara yang tidak cerdik, dan apa yang telah tersebar mengenai hal ini hanyalah semata-mata belon ujian yang tidak ada nilai, lantaran sedemikian, beliau mengungkapkan bahawa rundingan dengan Israel hanya membuang masa.

Bantah kaitkan gencatan dengan tukar tahanan-tawanan

Az-Zahar membantah apabila mengaitkan antara gencatan senjata dengan perjanjian penukaran tahanan-tawanan kerana jelas beliau, dua isu ini adalah terpisah sama sekali. Berikutan itu, gencatan adalah taktik untuk melindungi gerakan tetapi ini bukanlah strategi mutlak.

Beliau juga mempertahankan gerakan JIHAD ISLAMI dari tohmahan-tohmahan sebahagian pihak yang mengatakan JIHAD ISLAMI sengaja menggegarkan keadaan pada akhir-akhir ini(merujuk serang balas roket SARAYA AL-QUDS yang bertubi-tubi ke Israel akhir-akhir ini) di Semenanjung Gaza sebagai melaksanakan agenda Syria-Iran bertujuan ketegangan di Gaza mengalih perhatian dengan apa yang berlaku di Syria.
___________________________________________
Laporan permulaan Israel cetuskan pertempuran:

5 pejuang AL-QUDS syahid dibom zionis

Diikuti serangan balas ke Israel(tanah jajahan 1948):

Balas pembunuhan, AL-QUDS lancarkan 5 roket grad
AL-QASSAM: Kami bincang bentuk balasan jenayah di Rafah
___________________________________________

"JIHAD ISLAMI bukanlah yang mula melancarkan serangan roket ke daerah-daerah Israel(tanah jajahan 1948), tetapi Israel lah yang mengheret SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) dalam pertempuran, itupun setelahmana beberapa pemimpin utama tentera SARAYA syahid," jelas Az-Zahar. Pun begitu, tambah Az-Zahar, Israel sedang menghadapi krisis dalaman dan Israel berkeyakinan bahawa tentangan sengit ketenteraan di Semenanjung Gaza menepati kepentingannya dan memberikan kebaikan kepada Israel.

Sekatan Israel di Semenanjung Gaza

Berhubung sekatan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza bukanlah natijah dari penawanan tentera Israel, Gilad Shalit. Bagaimanapun, kata beliau, "kami telah dikenakan sekatan menjelang operasi penawanan Shalit dan perkara ini berlaku selepas HAMAS memenangi majoriti undi dalam pilihanraya."

Pemimpin HAMAS ini mendakwa gerakan FATAH masih berusaha mencari keuntungan(peribahasa melayu, 'menangguk dalam air keruh') dari hasil telah tercapai melalui perjanjian penukaran tahanan-tawanan. Kata beliau, "di sana adanya dasar politik tersusun untuk mendapatkan keuntungan dari perjanjian ini."

Rentetan sedemikian, sebahagian pihak menyebarkan khabar angin yang dusta. Sebagaimana perumpamaan kecaman-kecaman yang sengaja dibuat untuk memperlekehkan perjanjian penukaran, kata sebahagian dari pihak terbabit bahawa salah seorang pemimpin gerakan FATAH, Marwan Al-Barghousi tidak dibebaskan melalui perjanjian ini meskipun HAMAS telah menjanjikan sedemikian kepada keluarga Al-Barghousi.

Az-Zahar mendedahkan bahawa Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS telah berkata kepada isteri Marwan Al-Barghousi, Puan Fadwa bahawa memang nama Marwan Al-Barghousi telah disebut-sebut dalam rundingan pembebasan tahanan Palestin tetapi tidak pula dikatakan bahawa perjanjian penukaran tidak akan sempurna tanpanya.
___________________________________________
Laporan terkini perjanjian penukaran tahanan-tawanan:

Baki dari tahanan wanita Palestin akan dibebaskan 15 hari lagi
AL-QASSAM jelaskan nilai-ukur peringkat kedua dari perjanjian 'tebus bebas'

___________________________________________

Tambah Az-Zahar, 'ketika rundingan, Israel telah setuju membebaskan Marwan, kemudian Israel membantah pula'. Jelas beliau, medan tempur sewaktu rundingan telah menampakkan dengan jelas mentaliti Israel yang dijelmakan dengan janji-janji bohong. Sumber 12/11/2011, web berita ALHAYAT

Read more...

AL-QASSAM: Kami bincang bentuk balasan jenayah di Rafah

29 Oktober 2011

Abu Ubaidah(gambar), jurucakap KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS menyatakan bahawa rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya berhubung jenayah keji yang dilakukannya di Rafah, sambil menegaskan musuh telah menanggung apa yang bakal tersusun sebagai balas dari melakukan jenayah biadab seumpama ini.

Abu Ubaidah berkata dalam kenyataan khas kepada media penerangan AL-QASSAM, "Sayap-sayap tentera(pejuang) Palestin dan di barisan hadapannya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM tidak sekali-kali mengabaikan lelehan darah para syuhadanya malah darah rakyat-rakyat Palestin dan pejuang-pejuang yang mempertahankannya."

Beliau menjelaskan lagi, penjenayahan ini datang merampas kegembiraan besar rakyat Palestin sempena pembebasan para tahanan, dan ia juga cuba merentap perayaan besar yang disambut girang oleh Palestin disebabkan perjanjian 'tebus-bebas'(perjanjian penukaran tahanan-tawanan). Namun, melalui penjenayahan ini musuh berusaha menyembunyikan rasa kekecewaan dan kekalahan yang dialaminya dari setiap peringkat setelahmana perjanjian yang mulia ini(perjanjian penukaran tahanan-tawanan) tercapai.

Jelas Abu Ubaidah, KATAIB AL-QASSAM akan mengadakan perbincangan, bahkan memang telahpun mula berbincang dengan sayap-sayap tentera Palestin mengenai bentuk dan cara balasan ke atas jenayah keji yang dilakukan oleh rejim zionis di Rafah.

Tambahan lagi dari salah seorang pemimpin HAMAS, Dr.Salah Bardawil menekankan bahawa penjajah tidak boleh melepaskan diri dari perjanjian 'tebus-bebas'.

Lantaran itu, beliau menegaskan tentangan sengit yang terkini di Semenanjung Gaza tidak dan takkan sesekali menjadi punca membatalkan penyempurnaan perjanjian penukaran tahanan-tawanan.

Kenyataan media Dr.Salah Bardawil pada petang tadi turut berkata bahawa musuh membalas dendam terhadap maruahnya yang telah hilang dalam perjanjian penukaran tahanan-tawanan dengan menggiatkan serangan. Sebaliknya, jika penjajah mengelak dari penyempurnaan perjanjian penukaran ini juga pasti akan menimbulkan kesan negatif ke atas hubungannya dengan Mesir. Sumber 29/10/2011, media penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS