الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

3 serangan zionis malam ini di Gaza

06 Januari 2011

Laporan asal jam 11.24 malam, Palestin/Mesir

GAZA - Pesawat tempur zionis melancarkan 3 serangan ke atas lokasi berlainan di Semenanjung Gaza malam ini.

Pemberita 'Safa' melaporkan, pesawat tempur jenis F-16 telah mengebom sebuah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) di Hayyu Zaitun, berhampiran dengan bandar Gaza.

Lokasi tersebut yang turut berhampiran dengan sekolah Tunis kali ketiga dalam tempoh tidak lebih 20 hari.

Sumber menyatakan, serangan tersebut mengakibatkan sekolah dan beberapa lagi buah rumah yang berdekatan dengan lokasi yang diserang mengalami kerosakan.

Seiring serangan di lokasi terbabit, satu letupan kuat bergema dari arah timur bandar Gaza berpunca dari serangan zionis ke atas sebuah rumah di Jabal Reis.
_____________________________________________
Catatan serangan zionis:

11.10 malam, Palestin/Mesir: Keamanan Mesir mengosongkan pos-pos kawalan tenteranya dan beredar dari sempadan kerana khuatir pengeboman zionis.

11.22 malam, Palestin/Mesir: Pesawat F-16 zionis mengebom satu sasarannya di Haiyu Zaitun.

11.28 malam, Palestin/Mesir: Serangan tersebut mensasarkan sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS). Tiada kecederaan dilaporkan.

11.30 malam, Palestin/Mesir: Serangan kedua zionis mensasarkan sebuah rumah di kawasan As-Shaukah yang terletak di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

_____________________________________________

Serangan ketiga, sebuah lagi rumah di kawasan As-Shaukah menjadi sasaran pengeboman zionis. Kawasan tersebut terletak di timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Sehingga kini, tiada laporan mengenai luka parah atau kecederaan. Sumber 06/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(11)

6 Januari 2009
HARI KE-11 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-3 serangan darat di Gaza)
~ Sama sengit medan perang dan politik ~

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 660 orang
Cedera, kritikal: 3000 orang

Situasi terkini

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): 21 tentera Israel dibunuh, manakala 79 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangan darat di Gaza.

Serangan Israel

- Setelah Israel menyerang, mengebom dan membedil hanya dalam masa beberapa jam dari semalam hingga awal pagi tadi, seramai 60 penduduk Palestin telah syahid.

- Sumber akhbar "al-quds arabi" London mengatakan Israel menggunakan bahan kandungan senjata yang dilarang, iaitu uranium.

- Serangan Israel masih berterusan. Begitu juga pejuang Palestin terus mempertahankan kedudukan dan menyerang setiap kemaraan tentera Israel. Dari semalam, pertempuran masih berlarutan hingga saat ini.

- Seorang pegawai dari pasukan payung terjun Israel terbunuh apabila terkena tembakan kereta kebal Israel.

- 13 orang dari sebuah keluarga syahid setelah rumah mereka dibedil dalam satu serangan dari Israel. Lebih menyedihkan lagi, ada sebuah rumah di dalamnya 30 penduduk Palestin juga tidak terlepas dari bedilan Israel. Menurut sumber, hanya beberapa orang sahaja yang terselamat dari serangan tersebut, selebih itu syahid.

- Sebuah sekolah bawah seliaan UNRWA dibom Israel. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

- Serangan Israel mengorbankan 40 orang Palestin, kebanyakannya adalah kanak-kanak. Manakala jumlah yang cedera pula sebanyak 30. Serangan Israel ini disifatkan membuta-tuli. Pengerusi UNRWA Gaza mempertikaikan tindakan Israel yang menyerang sekolah.

Usaha diplomasi respon ulamak

- Pihak Arab yang berada di Washington dalam pertemuan dengan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu PBB juga tidak memberi kesan terhadap Israel. Cadangan yang masih lagi difikir dan diperbahaskan, iaitu menghantar tentera antarabangsa di sempadan-sempadan Gaza-Israel bagi mengekang peperangan ditolak oleh HAMAS dan JIHAD ISLAMI. HAMAS menyatakan, pihaknya tidak dapat terima kerana tidak ada jaminan untuk Palestin. JIHAD ISLAMI pula menyatakan, kami akan tentang jika tentera antarabangsa dihantar ke Gaza.

- Persidangan kemuncak Arab akan diadakan bagi menghentikan peperangan ini jika usaha mereka di Washington tidak berjaya. Simon Peres, Presiden Israel berkata, pihak Arab perlu menekan HAMAS agar tidak melancarkan serangan roket ke Israel.

- Semalam, keterangan dari 42 ulamak di Mesir: Jihad fi sabilillah, iaitu penentangan bersenjata adalah langkah dan strategi bagi mengembalikan semula tanah-tanah Palestin yang dirampas. Keterangan itu juga menyebutkan, kewajipan umat Islam adalah memberikan bantuan dan pertolongan kepada Palestin malah memulaukan Israel termasuklah sebarang tindakan yang menyokong Israel.

- Semalam, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani(pendakwah Yaman) meminta Negara-negara Arab membuka pusat latihan ketenteraan sukarela kepada pemuda-pemuda untuk berjihad. Tambahnya, jika berjuta pemuda ke Gaza dan menyerang Israel, barulah Israel akan menghentikan serangan.

Pejuang Palestin balas serangan

- Penjuru sasaran serangan Israel tidak sahaja dari serangan darat, malah melalui jalan laut. Menurut sumber, pejuang-pejuang Palestin berjaya menggagalkan sepasukan tentera Israel yang cuba memasuki Gaza melalui pantai Gaza di Der Balah. Dinyatakan, sebaik sahaja tentera Israel mendarat, pejuang-pejuang Palestin menghujani mereka dengan ledakan peluru namun 2 pejuang Palestin syahid dalam pertempuran itu.

- Bagaimanapun, pasukan tentera Israel terpaksa berundur dan pulang ke kapal perang akibat gasakkan pejuang Palestin yang terlalu sengit.

- Seorang tentera Israel yang berpangkat briged jeneral mengalami kecederaan dalam pertempuran sengit dengan pejuang Palestin semalam. Menurut AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), pembantu briged jeneral itu terbunuh dalam pertempuran tersebut.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah pengkalan tentera Israel, Hertselim.

- Radio Israel, 3 serangan roket yang dilancarkan dari Gaza gugur di Sderot.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan seorang dari pejuangnya syahid setelah melaksanakan misi 'amaliat istihadiah' apabila melompat masuk ke dalam sebuah kereta kebal Israel dan meletupkan dirinya. Turut berada dalam kereta kebal itu adalah tentera Israel. As-syahid bernama Sami Subuh.

- Pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan 40 serangan roket ke Israel hari ini.

Medan rundingan dan politik

- Inisiatif Eropah yang dibawa oleh Presiden Perancis, Nicholas Sarkuzi bagi menghentikan perang ini juga masih belum menunjukkan sesuatu yang positif. Terbaru, Sarkuzi menyalahkan HAMAS yang menjadi punca berlaku peperangan ini. Israel pula menyatakan pihaknya tidak mahu menakluk Gaza. Ada desakan supaya Israel hentikan peperangan, tetapi Israel menolak dengan meletakkan syarat. Antaranya:

1. Ingin menghentikan penyeludupan senjata dari Gaza-Mesir melalui terowong bawah tanah.
2. Menghentikan serangan roket ke Palstin.


- Nicholas Sarkuzi, Presiden Perancis dalam kenyataannya di Syria menyatakan perlu ada tindakan yang memberi jaminan keamanan kepada Israel atau mencari pandangan yang boleh menyamakan isu, antara Israel-HAMAS. Bagaimanapun, beliau menyatakan HAMAS bertanggungjawab.

- Bashar Asad, Presiden Syria pula memberi cadangan supaya hentikan peperangan, bebaskan Gaza dari sekatan dan minta Israel berundur dari Gaza dengan segera sebagai mengakhiri konflik dan peperangan ini. Selain itu, Asad juga mencadangkan diadakan sidang kemuncak Arab.

- Setakat ini, sepakat cadangan dari Erdogan, Asad dan Amir Qatar bagi menghentikan peperangan ini, namun sukar untuk Israel terima, malah Amerika sekalipun tidak mungkin akan terima.

Bantuan kemanusiaan

- Sekumpulan doktor perubatan berkumpul di sempadan Rafah mendesak agar dibenarkan memasuki Gaza.

Respon pemerintah Gaza

- HAMAS: Serangan Israel secara membuta-tuli yang membunuh awam dan mengebom rumah, masjid malah sekolah adalah bukti kegagalan Israel.

Bantahan penduduk dunia

- Di Tebing Barat, tentera penakluk(Israel) menangkap 530 penduduk Palestin yang berada di tanah jajahan 1948 kerana mengikuti tunjuk perasaan membantah peperangan Israel di Gaza.

- Sementara itu, Israel turut menangkap anggota Majlis Legislatif Palestin, Abd Jabir Fuqaha yang juga merupakan pemimpin HAMAS di Tebing Barat. Di kawasan yang lain, seorang lagi pemimpin HAMAS yang merupakan jurucakap HAMAS ditangkap.

- Ketika jutaan penduduk dunia enak dibuai mimpi, beribu-ribu penduduk Turki pula mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan konsul Israel di Istanbul, Turki. Menurut sumber, para penunjuk perasaan mengecam tindakan Israel yang menyerang Gaza.

Read more...

Tangkap 13 Palestin, roket gugur di Ushkul

Laporan asal jam 07.03 pagi, Palestin/Mesir

TEBING BARAT - Kejadian awal pagi ini, tentera rejim zionis menangkap 13 penduduk Palestin dari berlainan tempat di Tebing Barat.

Radio am zionis dalam liputannya mendakwa, penduduk Palestin yang ditangkap adalah dikehendaki oleh tentera zionis. Kesemua yang ditangkap telah dibawa badan keamanan zionis untuk siasatan.

Sementara itu, melepasi detik tengah malam semalam, tentera zionis mengumumkan bahawa satu serangan roket buatan tempatan telah gugur di kawasan Majlis Daerah 'Ushkul'(penempatan haram) di barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dilaporkan akibat serangan roket.

Jelas radio tentera zionis, roket yang gugur di sebuah tanah lapang ditembak dari arah utara Semenanjung Gaza.

Dengan sedemikian, jumlah serangan roket yang dilancarkan ke tanah jajahan pada hari rabu, semalam meningkat kepada tiga serangan. Sumber 06/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Netanyahu akan bertemu Mubarak hari ini

Laporan asal jam 07.01 pagi, Palestin/Mesir

AL-QUDS, - Perdana Menteri Kerajaan zionis hari ini dilaporkan akan berlepas ke pusat peranginan Sharm El-Sheikh untuk bertemu dengan Presiden Republik Arab Mesir, Muhammad Housni Mubarak.

Gambar(Safa): Mubarak, kanan dan di kiri, Netanyahu dalam pertemuan lalu.

Radio zionis berkata, Benjamin Netanyahu akan membincangkan dengan Mubarak mengenai perkembangan terkini usaha damai dan hubungan dua hala antara Israel-Mesir. Berikutan itu, Netanyahu akan mengakhiri lawatannya di Mesir hari ini pada sebelah petang.

Turut mengiringi Netanyahu, penasihatnya bagi Hal Ehwal Keamanan Negara serta Timbalan Perdana Menteri, Silvan Shaloum dan juga Benjamin Elezzar, Menteri Perindustrian dan Perdagangan.

Sejak akhir ini seperti yang dinyatakan, para pemimpin parti buruh Israel mengugut akan menarik diri dari Kerajaan Netanyahu pada april hadapan sekiranya usaha rundingan dengan Palestin tidak diadakan semula. Lantaran itu, tujuan digabungkan juga Benjamin Elezzar dalam lawatan ini adalah bagi menghalang perpecahan Kerajaan campuran. Sumber 06/01/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS