Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(10)
05 Januari 2011
HARI KE-10 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari kedua serangan darat)
~ Eksperimen senjata Israel di Gaza ~
Peningkatan mangsa perang terkini:
Cedera, kritikal: 2500 orang
Serangan Israel
- Israel berterusan mengebom beberapa sasaran di Gaza. Awal pagi tadi, apache Israel menggugurkan bom berangkai di bandar Gaza. Pejuang Palestin menembak ke arah apache menggunakan penangkis kapal terbang.
- Awal pagi tadi, Kapal perang Israel menembak ke arah penempatan penduduk Palestin di Mukhayyam Shatie(persisiran laut Gaza).
- Sebanyak 7 buah rumah lagi menjadi sasaran serangan Israel pagi ini.
- Menurut sumber, setakat ini masih ramai lagi penduduk Palestin yang parah dan cedera namun ambulan tidak mampu sampai ke kawasan-kawasan yang diserang Israel kerana terlalu bahaya disebabkan serangan membuta-tuli.
- Di Khan Yunus, sebuah rumah yang dipercayai dimiliki seorang pemimpin HAMAS turut menjadi sasaran serangan Israel. Sementara itu, Israel mengebom sebuah masjid dan sebuah yayasan kebajikan.
- Ummu Misr, Gaza. Beribu-ribu penduduk diancam serangan darat Israel. Serangan peluru Israel turut mengebom kawasan yang berhampiran dengan tembok pemisah. Dinyatakan, sebahagian besar tempat-tempat di Gaza terputus bekalan elektrik berikutan pengeboman dan serangan yang bertalu-talu.
- Serangan terbaru. F-16 dan kapal perang Israel. Dinyatakan, kapal perang Israel menembak di persisiran laut Gaza, barat laut Gaza. Sumber menjelaskan, sebuah rumah hancur akibat tembakan dari kapal perang Israel. Sejurus kejadian tersebut, sebuah keluarga Palestin(ayah, ibu dan 5 anaknya) terkorban.
- Israel telah mengebom sebuah kilang pemprosesan produk jus di Gaza
Bantuan kemanusiaan
- Penutupan sempadan Rafah Gaza berikutan pengeboman di garisan sempadan Mesir-Gaza sebelum ini. Semalam, Mesir membenarkan beberapa trak bantuan masuk ke Gaza. Bagaimanapun hingga setakat ini, sempadan Rafah Gaza terpaksa ditutup. Mesir akan membuka sekitar tempoh yang tidak lama selepas ini.
- Penutupan sempadan Rafah Gaza mendapat kecaman umum ekoran bantuan-bantuan kemanusiaan malah pasukan perubatan juga tidak dapat masuk ke Gaza.
Rundingan dan diplomasi
- Nicholas Sarkuzi, Presiden Perancis akan bertemu dengan Presiden Mesir, Housni Mubarak bagi mengemukakan dan membincangkan inisiatif Eropah berhubung keadaan di Gaza. Menurut sumber, Sarkuzi akan bertemu Mahmoud Abbas di Ramallah atas hal yang sama.
- Sarkuzi juga akan bertemu Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel.
- Hari ini, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin dijadualkan akan bertolak ke Washington selepas perjumpaan dengan Sarkuzi. Menurut sumber, Abbas akan berjumpa dengan Majlis Keamanan Antarabangsa di Washington.
- Dalam kenyataannya semalam, Abbas menyeru kepada semua penduduk Palestin agar bersatu. Tambahnya lagi, kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin juga seharus bersatu.
- Abbas juga meminta HAMAS dan JIHAD ISLAMI mengadakan dialog dengannya.
- Delegasi HAMAS akan mengadakan pertemuan dengan wakil Mesir hari ini di Kaherah. Dinyatakan, pertemuan ini adalah untuk mengemukakan cadangan-cadangan HAMAS dan perbincangan keadaan yang berlaku di Gaza.
Pejuang Palestin pertahan Gaza dan balas serangan
- Sementara itu, pejuang Palestin sempat melancarkan 5 serangan roket ke Ushkul, Israel.
- Selepas itu, pejuang Palestin melancarkan lagi 2 roket ke Israel.
- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menembak sebuah helikopter apache Israel dengan penangkis kapal terbang yang berterbangan di ruang udara Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.
- Abu Mujahid, jurucakap bagi kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) yang berada di kedudukan Jabal Kashif, menyatakan tentera Israel menyerang kawasan yang dikawal pejuang-pejuang Palestin dengan sokongan udara. Pejuang Palestin membunuh 2 tentera Israel dan mengasak sehingga kereta kebal Israel tidak dapat mara lebih mendalam ke kawasan penduduk Palestin. Sementara itu, SARAYA AL-QUDS mengebom sebuah kereta perisai pengangkut tentera Israel. Di kedudukan tersebut, AL-QASSAM dan SARAYA AL-QUDS dan kumpulan pejuang lain bergandingan bertahan dari serangan Israel.
- Malam. KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) telah memperdaya seorang tentera Israel yang menyebabkan 3 tentera Israel terbunuh dan 30 tentera Israel yang lain parah. Menurut sumber Israel, kejadian tersebut berlaku kerana kesilapan kereta kebal Israel yang mengebom sebuah rumah yang disangka adanya pejuang Palestin tetapi mangsanya adalah tentera Israel.
- Malam. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) menyatakan pihaknya meletupkan bom ke atas pasukan tentera Israel di Hayyu Zaitun, malah telah melancarkan serangan roket ke Sderot, Israel.
- AL-QASSAM melakukan 3 serangan roket RPG ke atas jip perang Israel di timur Hayyu Tufah.
- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah pengkalan tentera udara Hatsur dengan serangan roket jenis grad.
- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pihaknya menghalang kemaraan tentera Israel dengan menggunakan peluru mortar jenis hawn dan tembakan dari senjata berat.
- KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) mengebom sekumpulan kereta kebal di barat Gaza.
- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pihaknya telah menjatuhkan sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang di Rafah, barat Gaza.
- Siaran 10 televisyen Israel: Beribu penduduk Israel meninggalkan bandar 'Askalan setelah diancam serangan roket pejuang Palestin. Sebelum itu, 4 serangan roket Palestin telah gugur di 'Askalan, Israel.
Impak serangan Israel di Gaza
- Berikutan serangan Israel di Gaza, harga mentah petrol meningkat USD 47 setong.
kronologi sebelum ini:
1. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009
2. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(5)
3. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(6)
4. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(7)
5. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(8)
6. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(9)
0 comments:
Catat Ulasan