الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Udwan gesa perbetulkan perjanjian sempadan Rafah

27 Mac 2012

Gerbang utama ke terminal Rafah Mesir(sempadan Rafah Mesir)

Seorang ahli parlimen Palestin yang mewakili التغيير والإصلاح, Dr. Atif Udwan (gambar bawah) menggesa supaya mengkaji semula perjanjian sempadan Rafah dengan pihak Mesir.


Kenyataan beliau dalam siaran radio malam ini, 27/03/2012 Selasa, berkata, sewaktu perjanjian yang dimeterai pada waktu itu adalah ketikamana Israel menjajah Semenanjung Gaza, perlu difahami bahawa perlaksanaannya sekarang terbatal kerana penjajah telah kalah dan keluar dari Gaza.

Tambah beliau, "secara realitinya, sekarang telah berjalan proses keluar masuk dari penduduk Palestin ke Mesir dan sebaliknya tanpa menetapkan apa-apa perjanjian," jelas lagi, kata beliau, perjanjian sempadan ini perlu dirombak secara keseluruhan dan memasukkan sebahagian penambahan ke dalam perjanjian.

Beliau menyatakan, kerajaan Palestin di Gaza membantah kewujudan pemerhati antarabangsa antara sempadan Palestin-Mesir dan campurtangan Eropah antara dua buah negara Arab.

Tegas beliau, kerajaan Palestin(Semenanjung Gaza yang ditadbir HAMAS) mampu mengurus tadbir terminal sempadan Rafah, kata beliau lagi, "semasa zaman pemerintah yang disingkir(merujuk kepada Mubarak), kerajaan Palestin di Gaza telah menguruskan dengan baik sehinggalah ke peringkat ini kerajaan menguruskan ia dengan teratur dan berjaya tanpa sebarang masalah yang timbul."

Seperti yang disebutkan, Pemerintah Palestin(Ramallah, Tebing Barat) telah menandatangani satu perjanjian dengan Israel pada tahun 2005 yang dikenali dengan nama 'perjanjian sempadan-sempadan'. Perjanjian tersebut telah dinaskan syarat-syarat dan garis panduan birokrasi laluan keluar masuk dari tanah Palestin malah turut dinaskan dengan adanya pemerhati antarabangsa di terminal Rafah bagi menyelaraskan operasi sempadan bersesuai dengan piawaian antarabangsa.

Terminal sempadan Rafah Mesir

Delegasi Turki tiba di Gaza


Sementara itu, laporan berita dari sumber SAFA, Hatim As-Sheikh Khalil selaku Pengerusi Hubungan Luar Daerah Gaza menerangkan bahawa sebuah delegasi dari Pertubuhan 'تيكا' Turki telah tiba di Semenanjung Gaza melalui terminal sempadan Rafah Mesir.

As-Sheikh menjelaskan dalam salinan keterangan beliau kepada SAFA, Pengerusi daerah Gaza dan beberapa orang wakil lagi menyambut delegasi Turki di sempadan Rafah(Gaza).

Kunjungan delegasi Turki ke Gaza untuk meninjau beberapa buah projek(program) pembangunan yang dijalankan oleh daerah berkenaan pada masa lalu yang dibiaya oleh Kerajaan Turki, secara khususnya melalui pertubuhan tersebut. Sumber 27/03/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Al-Ghissin nafi tangkap anggota FATAH di Gaza

Laporan jam 06:41 malam, waktu Palestin

GAZA - Kerajaan Palestin di Gaza menafikan sekeras-kerasnya yang mengatakan pihaknya telah menangkap jurucakap gerakan FATAH di Semenanjung Gaza, Faiz Abu Aitah atau mana-mana anggota serta pemimpin gerakan FATAH.

Jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri di Gaza, Ihab Al-Ghissin berkata, "tidak ada penangkapan ke atas mana-mana pendokong ataupun pemimpin gerakan FATAH di Semenanjung Gaza malah nama-nama diwar-warkan juga tidak betul, saya cabar dan saya boleh pergi dengan pihak-pihak media ke rumah-rumah individu yang didakwa oleh FATAH bahawa mereka telah ditangkap di Gaza dan kamu akan semua akan mendapati mereka hanya berada di rumah-rumah mereka, tidak ada langsung penangkapan ke atas mereka semua."

Dalam keterangan rasmi, FATAH telah menuduh pihak keamanan di Semenanjung Gaza menangkap Abu Aitah serta puluhan lagi pemimpin gerakan FATAH di Semenanjung Gaza yang mana bilangan mereka mencecah 50 individu.

Jelas Al-Ghissin dalam kenyataan akhbar kepada agensi berita QUDS PRESS, 'FATAH membuat lagi pendustaan sebegini bagi menutup jenayah-jenayah yang dilakukannya sekalipun ia terlibat meningkatkan sekatan atau penangkapan di Tebing Barat'.

Beliau menilai bahawa apa yang dikemukakan gerakan FATAH berhubung penangkapan dikalangan anggotanya di Gaza hanya mahu menutup persekongkolan konspirasi dari FATAH bagi mengetatkan lagi sekatan ke atas Semenanjung Gaza.

Kata beliau lagi, "perkara ini membuktikan bahawa individu-individu yang berada dalam pemerintah Palestin di Ramallah tidak berkeinginan berbaik-baik(usaha baik pulih dalaman Palestin) dan juga tidak mahu menyelesaikan persengketaan(konflik dalaman), malah mereka ada kepentingan bilamana persengketaan dan kekangan ke atas Semenanjung Gaza berterusan, dan mereka yakin dengan peningkatan sekatan di Gaza akan membolehkan mereka kembali dari atas kereta kebal ke Semenanjung Gaza, maka hal ini akan menggagalkan mereka dan pada masa ini mereka juga akan gagal."

Berhubung tangkapan ini, menukil dari laporan web berita YOUM7, pihak polis Palestin di Gaza melepaskan jurucakap FATAH pada pagi tadi selepas beberapa jam beliau dipanggil lapor diri, jelas sumber keselamatan kepada agensi berita AL-SHARQ AL-AWSAT.

Polis Palestin di Gaza memanggil jurucakap FATAH untuk menyoal siasat berhubung pendustaan yang dilakukan dan dokumen yang disebutkan oleh HAMAS mengenai 'sebaran dalaman'(lampiran di bawah) gerakan FATAH kepada penyokong-penyokong FATAH supaya memainkan provokasi di pertengahan masyarakat bagi menentang Kerajaan Palestin di Gaza, lalu dinafikan oleh Abu Aitah. Kata beliau, dokumen ini palsu dan tidak dikeluarkan pun oleh gerakannya.

FATAH menganggap tindakan Pihak Keselamatan di Gaza yang menangkap jurucakap gerakan FATAH adalah tindakan bahaya. Kata FATAH, hal ini bertujuan menegangkan suasana serta mengembalikan keadaan ketikamana sebelum Deklarasi Doha malah menggambarkan sejauhmana ketakutan HAMAS dari ungkapan 'bebas' dan 'kebenaran' yang cuba disembunyikannya.

Keselamatan Ramallah tangkap 7 pengikut HAMAS

Gerakan HAMAS di Tebing Barat mendakwa Pihak Keamanan Pemerintah Palestin telah menangkap tujuh orang pengikut(penyokong) gerakan HAMAS dalam masa 24 jam yang lalu.

Kenyataan rasmi HAMAS hari ini, Selasa, 27/03/2012 berkata, pasukan keselamatan dari Badan Keselamatan Negara telah menyerbu masuk ke dalam rumah salah seorang pemimpin gerakan HAMAS, Fadi Al-Amuri, 34 di perumahan selatan, kemudian Fadi ditangkap. Sebagaimana dimaklumkan bahawa Fadi bekas dari tahanan penjara penjajah dan sebelum ini telah beberapa kali ditangkap serta disiksa dalam penjara Keselamatan Palestin Ramallah. Kejadian yang sama, Pihak Keselamatan yang sama juga menangkap dua pemuda, Ja'far Audah, 23 dan Muhammad Jalad, 31 setelah kedua-duanya dipanggil lapor diri.

Di Nablus pula, HAMAS dalam keterangannya menjelaskan Keselamatan Negara menangkap seorang penuntut Universiti Kebangsaan An-Najah, Ubadah Duweikat dari daerah Beita selatan Nablus. Mangsa ditangkap selepas dipanggil lapor diri. Badan Perisikan turut menangkap seorang tahanan yang dibebaskan, Ali Abbas dan seorang lagi penuntut di Universiti An-Najah, Salahuddin Mu'la selepas dipanggil lapor diri dua hari yang lepas. Salahuddin merupakan saudara kandung kepada Nuruddin Mu'la yang telah dilanjutkan 15 hari tempoh tahanan dalam penjara.

Kata HAMAS lagi, Badan Perisikan Palestin di Jenin telah menangkap Imaduddin Abul Haija seiring dengan tekanan yang dikenakan oleh tentera penjajah ke atas bapanya, Jamal Abul Haija yang kini ditahan dalam kurungan berasingan penjara penjajah. Jamal salah seorang dari tahanan Palestin dalam penjara penjajah yang mengadakan mogok lapar. Sumber 27/03/2012, web berita Paltimes.net, web berita Youm7.com dan web rasmi HAMAS

Lampiran salinan 'sebaran dalaman'

Read more...

Ditangkap penjajah selepas bebas dari penjara Palestin

Laporan jam 09:32 pagi, waktu Palestin

TEBING BARAT - Tentera rejim penjajah menculik seorang pemuda Palestin selepas beberapa jam mangsa dibebaskan dari penjara Pihak berkuasa Palestin di Khalil, Tebing Barat.

Sumber tempatan berkata, tentera penjajah menculik pemuda berkenaan, Bajas Amru, 29 di rumahnya sendiri di Hayyu Wad Al-Huryah selatan bandar Khalil sewaktu operasi serbuan penjajah pada jam 1 pagi tadi, kemudian Bajas diperiksa dan ditangkap.

Menurut sumber yang sama, Bajas meringkuk dalam penjara Pihak berkuasa Palestin lebih setahun 6 bulan akibat ditangkap oleh Keselamatan Negara atas dakwaan menganggotai gerakan HAMAS. Bajas dibebaskan setelah lama meringkuk dalam penjara meskipun menerima dakwaan yang berbagai-bagai. Sewaktu dalam penjara, Bajas telah beberapa kali disiksa. Sumber 27/03/2012, web berita Paltimes.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS