الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Udwan gesa perbetulkan perjanjian sempadan Rafah

27 Mac 2012

Gerbang utama ke terminal Rafah Mesir(sempadan Rafah Mesir)

Seorang ahli parlimen Palestin yang mewakili التغيير والإصلاح, Dr. Atif Udwan (gambar bawah) menggesa supaya mengkaji semula perjanjian sempadan Rafah dengan pihak Mesir.


Kenyataan beliau dalam siaran radio malam ini, 27/03/2012 Selasa, berkata, sewaktu perjanjian yang dimeterai pada waktu itu adalah ketikamana Israel menjajah Semenanjung Gaza, perlu difahami bahawa perlaksanaannya sekarang terbatal kerana penjajah telah kalah dan keluar dari Gaza.

Tambah beliau, "secara realitinya, sekarang telah berjalan proses keluar masuk dari penduduk Palestin ke Mesir dan sebaliknya tanpa menetapkan apa-apa perjanjian," jelas lagi, kata beliau, perjanjian sempadan ini perlu dirombak secara keseluruhan dan memasukkan sebahagian penambahan ke dalam perjanjian.

Beliau menyatakan, kerajaan Palestin di Gaza membantah kewujudan pemerhati antarabangsa antara sempadan Palestin-Mesir dan campurtangan Eropah antara dua buah negara Arab.

Tegas beliau, kerajaan Palestin(Semenanjung Gaza yang ditadbir HAMAS) mampu mengurus tadbir terminal sempadan Rafah, kata beliau lagi, "semasa zaman pemerintah yang disingkir(merujuk kepada Mubarak), kerajaan Palestin di Gaza telah menguruskan dengan baik sehinggalah ke peringkat ini kerajaan menguruskan ia dengan teratur dan berjaya tanpa sebarang masalah yang timbul."

Seperti yang disebutkan, Pemerintah Palestin(Ramallah, Tebing Barat) telah menandatangani satu perjanjian dengan Israel pada tahun 2005 yang dikenali dengan nama 'perjanjian sempadan-sempadan'. Perjanjian tersebut telah dinaskan syarat-syarat dan garis panduan birokrasi laluan keluar masuk dari tanah Palestin malah turut dinaskan dengan adanya pemerhati antarabangsa di terminal Rafah bagi menyelaraskan operasi sempadan bersesuai dengan piawaian antarabangsa.

Terminal sempadan Rafah Mesir

Delegasi Turki tiba di Gaza


Sementara itu, laporan berita dari sumber SAFA, Hatim As-Sheikh Khalil selaku Pengerusi Hubungan Luar Daerah Gaza menerangkan bahawa sebuah delegasi dari Pertubuhan 'تيكا' Turki telah tiba di Semenanjung Gaza melalui terminal sempadan Rafah Mesir.

As-Sheikh menjelaskan dalam salinan keterangan beliau kepada SAFA, Pengerusi daerah Gaza dan beberapa orang wakil lagi menyambut delegasi Turki di sempadan Rafah(Gaza).

Kunjungan delegasi Turki ke Gaza untuk meninjau beberapa buah projek(program) pembangunan yang dijalankan oleh daerah berkenaan pada masa lalu yang dibiaya oleh Kerajaan Turki, secara khususnya melalui pertubuhan tersebut. Sumber 27/03/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS