Warga zionis, tentera penjajah ceroboh ke Al-Aqsa
28 Mac 2012
BAITULMAQDIS - Berpuluh-puluh individu yang terdiri dari tentera penjajah dan warga zionis menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa pagi Rabu, 28/03/2012 melalui Bab Al-Magharibah.
Berhubung kejadian, Yayasan Waqaf dan Peninggalan Al-Aqsa dalam kenyataan rasminya berkata, sewaktu laporan ini diterbitkan, mereka yang menceroboh masuk ke perkarangan Al-Aqsa meninjau keseluruhan kawasan dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa, kelihatan sebilangan dari warga zionis turut cuba mengadakan ritual keagamaan Yahudi dalam Masjid Al-Aqsa.
Kejadian ini ketikamana sepasukan tentera penjajah bertebaran di setiap sudut berasingan dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa. Namun, pada waktu yang sama puluhan dari penduduk Palestin terdiri dari jemaah dan penuntut program ilmuan di Masjid Al-Aqsa sedang berkawal di pertengahan keadaan yang diselubungi ketegangan.
Hampir 100 orang yang merempuh masuk ke perkarangan Al-Aqsa. Mengulas kejadian ini, Yayasan Al-Aqsa berkata, rempuhan Israel ke Masjid Al-Aqsa ekoran dari peningkatan mendadak rempuhan-rempuhan Israel akhir-akhir ini ke Al-Aqsa, khususnya dari unit-unit perisikan Israel.
Pautan lain:
Polis penjajah: Rempuhan ke Al-Aqsa akan diteruskan
Jumaat selamatkan Al-Aqsa dan rakyat Syria
Dalam kenyataan itu, Yayasan Al-Aqsa menyeru kepada umat Islam dan kerajaan umat Islam agar melaksanakan tanggungjawab terhadap Masjid Al-Aqsa, qiblat pertama dan BaitulMaqdis, tambahan lagi sering menjadi sasaran perlanggaran. Sumber 28/03/2012, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan