الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

16 tentera Mesir maut, 7 lagi parah diserang kumpulan tidak dikenali

06 Ogos 2012

Rampas dua buah kereta perisai, sebuah dibom pesawat zionis apabila merempuh sekatan ke tanah jajahan 1948

RAFAH, 06 Ogos - Sewaktu semua tertumpu kepada juadah berbuka puasa pada petang Ahad, 05/08/2012 (17 Ramadhan 1433), satu kumpulan bersenjata yang tidak dikenali menaiki kenderaan pacuan empat roda telah menyerang sebuah pusat kawalan 'checkpoint' Pasukan Keselamatan Persekutuan (Central Security Forces/قوات ألأمن المركزي/כוחות הביטחון המרכזי) yang dikawal oleh tentera Mesir di utara sinai. 

Sebuah kereta perisai Mesir yang didakwa dibom 
oleh pesawat zionis dalam kejadian semalam.

Muntahan peluru senapang, bom, dan tembakan peluru roket RPG ke atas 'checkpoint' di kawasan Al-Masurah, laluan bernombor 6 antarabangsa yang merupakan jalan masuk ke bandar Rafah dari arah selatan mengakibatkan kematian (syahid) 16 orang tentera Mesir termasuk pegawai dan 7 lagi tentera mengalami kecederaan yang parah, demikian laporan daripada agensi-agensi berita Palestin dan Mesir, di samping liputan daripada media Israel.

HAARETZ (Israel): Kereta perisai tentera Mesir
yang dibom pesawat zionis.
Kata saksi kejadian, selepas kejadian di 'checkpoint', kumpulan bersenjata terbabit merampas dua buah kereta perisai tentera Mesir dan meluru ke laluan sempadan Karem Abu Salem di selatan Semenanjung Gaza yang menemukan tiga penjuru sempadan; Mesir, tanah Semenanjung Gaza dan tanah jajahan 1948 yang dikuasai Israel, lantas tentera rejim zionis (penjajah/Israel) yang berada di sekatan tentera Karem Abu Salem melepaskan tembakan ke udara sebagai peringatan dan juga dikerahkan helikopter dan trak pengangkut tentera ke sempadan. 
HNN (Israel): Sisa kereta perisai Mesir yang dirampas
kumpulan berkenaan.

Laporan terkini yang turut diakui tentera zionis bahawa sebuah kereta perisai yang dirampas oleh kumpulan tersebut telah dibom oleh pesawat zionis.

Seorang penduduk tempatan Mesir, Abu Ahmad yang dihubungi pada waktu tengahari tadi menceritakan, kejadian serangan yang membunuh berbelas-belas tentera Mesir berlaku berhampiran tempat tinggalnya di kawasan Al-Masurah. 

Jarak Al-Masurah dari terminal sempadan Rafah Mesir sejauh dalam lingkungan 5 hingga 6 kilometer, menurut Abu Ahmad.
(Gambar, sila klik untuk paparan lebih besar) Lokasi kejadian pada no.1, kemudian kumpulan tidak dikenali melarikan kereta perisai tentera Mesir ke lokasi no.2 yang jaraknya sejauh 2 kilometer.

Kecam serangan dan kawalan kecemasan

Serangan yang membabitkan kematian berbelas-belas tentera Mesir telah dikecam hebat semua pihak termasuk kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin dan terutamanya Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza. Sedemikian itu, Kementerian Dalam Negeri Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan keadaan cemas selepas kejadian semalam dan mengerahkan Pasukan Keselamatan Negeri (قوات الأمني الوطنى) bertebaran di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza-Mesir. Kawalan tersebut terus berlanjutan sehingga hari ini. Tambahan lagi, kesemua terowong bawah tanah telah ditutup dan menolak spekulasi yang mengatakan terowong bawah tanah akan dimusnahkan.

Pautan kaitan berita:

Laporan ringkas yang dikeluarkan, jurucakap Presiden Mesir, Yaseer Ali menafikan kesahihan laporan berita yang mengatakan Presiden Muhammad Morsi mengeluarkan keputusan rasmi bagi memusnahkan kesemua terowong bawah tanah yang menghubungkan antara tanah Semenanjung Gaza dengan Rafah Mesir.

Berhubung kejadian ini, Mesir turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup terminal sempadan Rafah Mesir sehinggalah keadaan kembali pulih. 

Presiden Mesir turut mengadakan perjumpaan tergempar semalam dengan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, dan Badan Perisikan Am Mesir.

Dalam kenyataan Jabatan Presiden Mesir, Dr. Muhammad Morsi mengesahkan bahawa serangan biadap ini tidak akan terlepas tanpa balasan dan sesiapa yang terlibat dalam jenayah ini akan membayar harganya yang mahal meskipun dalam apa jua keadaan.

Presiden Mesir mengucapkan takziah kepada keluarga syuhadak.


Kenyataan Presiden Mesir berhubung kejadian serangan di utara Sinai.

Dalam sidang media hari ini, jurucakap Presiden, Yaseer Ali berkata, Presiden Mesir telah memutuskan hari pengkabungan selama 3 hari kepada syuhadak Sinai.

Kata Ali, Presiden telah memutuskan untuk memberi anugerah kepada tentera yang syahid atau cedera dalam kejadian Sinai sebagaimana penganugerahan yang diberikan kepada mereka yang syahid semasa Revolusi 25 Januari.

Dalang di sebalik serangan

Sementara itu, para pakar strategi dan keselamatan mengingatkan hal ini seumpama konspirasi yang menyasarkan keamanan Mesir. Sebahagian penganalisis politik dan ketenteraan menuduh Israel dalang di sebalik kejadian ini. Di samping itu, sebahagian yang lain pula menuduh kumpulan 'jihadiah' yang melancarkan serangan. 

Semalam, para pegawai pemimpin tentera Mesir mengadakan perbincangan berhubung kejadian ini. Menurut sumber agensi berita AL-AHRAM AL-MASA'I, sebilangan skuad khas (قوات الصاعقة) telah pun dikerahkan ke kawasan kejadian dan mengumumkan keadaan cemas dengan sempadan tanah jajahan 1948. Jelas lagi, kawasan berkenaan yang menyaksikan berlakunya serangan telah dikenakan perintah berkurung.

Laluan bawah tanah, As-Syahid Ahmad Hamdi di Suez turut dikawal ketat bagi mengenal pasti setiap pihak yang keluar masuk di situ.

Mengenai kejadian serangan, gerakan-gerakan revolusi menggesa kandungan Perjanjian Camp David dinilai semula bagi membolehkan Mesir mengerahkan pasukan tentera bantuan untuk mengawal keamanan di Kepulauan Sinai.

Gesa bentuk Panitia Keamanan Bersekutu

Di pihak Palestin khasnya Semenanjung Gaza, Perdana Menteri juga mengadakan perjumpaan dengan Menteri Dalam Negeri dan Ketua-ketua Pasukan Keselamatan Palestin semalam.
SAFA (Palestin): Pasukan Keselamatan Negeri Palestin 
semasa meronda laluan sempadan.
Pada hari ini, usai perjumpaan Majlis Kabinet Menteri, Ismail Haniyeh mendesak supaya dibentuk panitia keamanan bersekutu antara Palestin dan Mesir demi untuk mengawal keamanan.

Kata beliau lagi, "tidak boleh ada mana-mana rakyat Palestin yang sengaja menjebakkan diri atau memberi sokongan atau mengiakan pembunuhan ke atas saudaranya Mesir."

Beliau berharap media massa di Mesir agar tidak memainkan sentimen di sebalik pembohongan dan mencetuskan sebarang provokasi.

Read more...

Kerah kawal sempadan selepas kematian 15 tentera Mesir

RAFAH - Berikutan kejadian serangan yang dilakukan kumpulan yang tidak dikenali ke atas dua 'checkpoint' keselamatan yang mengakibatkan 15 tentera Mesir maut dan sebilangan yang lain ada yang cedera parah menjelang waktu berbuka puasa semalam, 05/08/2012, Pasukan Keselamatan Negeri (قوات الأمن الوطني) Palestin mengerahkan anggota-anggotanya berkawal di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza (selatan) dan Mesir. Kelihatan dalam rakaman gambar/foto ini, Jeneral Jamal Al-Jarah meninjau sempadan bagi menjamin keselamatan. Tambahan lagi, Kementerian Dalam Negeri Palestin di Semenanjung Gaza turut menutup kesemua terowong bawah tanah yang menghubungkan tanah Gaza - Mesir. Sumber 06/08/2012, web berita Paltimes











Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS