الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Remaja syahid dikejar bot zionis

17 Disember 2010

RAFAH - Sumber perubatan dan saksi kejadian berkata, seorang remaja Palestin yang bekerja sebagai nelayan telah syahid malam ini dalam nahas sampan terbalik sejurus selepas dikejar bot laju tentera laut zionis.

Gambar(safa): Nelayan Palestin yang menjalankan rutin harian sering diancam rejim zionis.

Kejadian tersebut berlaku di perairan laut Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Saksi-saksi kejadian menerangkan kepada pemberita 'Safa' bahawa nelayan, Ziad Samir Ismail Al-Bardawil, 16 lemas selepas sampan yang dinaikinya terbalik. Ketika itu, mangsa dan beberapa lagi sampan dikejar bot-bot laju tentera laut zionis.

Menurut berita Al-Jazeerah, jam 10.50 malam, waktu Mesir menukil dari saksi kejadian bahawa mangsa ditembak tentera laut zionis, lantas mengakibatkan sampannya terbalik.

Peta Semenanjung Gaza. Fokus peta menunjukkan had/jarak yang dibenarkan kepada nelayan Palestin untuk menangkap ikan sejauh 3 batu nautika. Had tersebut ditetapkan sejak Januari 2009 selepas perang Gaza. Klik gambar untuk besar.

Sumber perubatan, jurucakap rasmi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Kecemasan, Adham Abu Salmiah mengesahkan kejadian tersebut.

Tambahan lagi dari kejadian, dua buah lagi sampan nelayan milik keluarga Al-Bardawil yang membawa beberapa orang nelayan turut terbalik, namun tidak ada laporan mengenai kehilangan nyawa.

Ketika ini, jenazah Ziad Samir telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar.

Kejadian seperti yang dilaporkan ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari, bot-bot laju zionis sengaja menjadikan para nelayan Palestin di laut Gaza sebagai sasaran. Zionis mendakwa, nelayan Gaza melanggar jarak yang dibenarkan menangkap ikan sejauh 3 batu nautika. Sumber 17/12/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Karikatur: Al-Quds hak Yahudi? & halatuju Palestin

Al-Quds(Baitul Maqdis) ibu Negara Palestin?

Hakikat yang perlu diketahui, Palestin belum diiktiraf sebuah Negara berdaulat. Yang ada kini, hanyalah tanah-tanah yang dijajah. Walaupun US sering menyalak mengenai pembentukan Negara Palestin, namun ia 'kabur'. Nasib Palestin kian malang di meja-meja rundingan damai yang terus meratah segenap inci dan sudut hak-hak Palestin. Terbaru, kongres US pertikai jika Palestin dari pihaknya sahaja mengumumkan tanah-tanah yang masih berbaki adalah Negara Palestin tanpa restu penjajah.

Sebagaimana dalam perjanjian lalu, timur Al-Quds adalah milik Palestin, namun baru semalam sahaja penjajah memulakan pembinaan perumahan yang baru di Jabal Zaitun, timur Al-Quds. Mungkin tidak melampau jika mengatakan rundingan dan perjanjian selama ini hanyalah sia-sia. Tambahan pula, sikap US yang terlalu menonjol kecenderungannya yang memihak kepada penjajah(Israel) meskipun secara jelas penjajah mempermainkan Palestin. Jika dilihat kepada situasi yang menimpa Iraq dan Iran, masing-masing dikenakan tekanan dan sekatan bahkan akhirnya, Iraq diperangi habis-habisan. Tetapi situasi yang sedang dipertontonkan dari reaksi galak rejim zionis ternyata tidak menerima apa-apa sekatan biarpun hanya riuh-rendah dengan kecaman dan kritikan sahaja. Jika ini terus berlaku, sukar untuk menjangka pada suatu hari nanti, kemungkinan besar Al-Quds akan menerima lebih sentuhan pengyahudian demi melenyapkan hak pensejarahan Palestin.


Halatuju Palestin ditangannya, namun .. ?

..lihatlah apa yang tertera di atas, anda pasti akan dapat gambarannya..


Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah
Press ENTER to look up in Wiktionary or CTRL+ENTER to look up in Wikipedia

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS