Remaja syahid dikejar bot zionis
17 Disember 2010
Gambar(safa): Nelayan Palestin yang menjalankan rutin harian sering diancam rejim zionis.
Kejadian tersebut berlaku di perairan laut Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Saksi-saksi kejadian menerangkan kepada pemberita 'Safa' bahawa nelayan, Ziad Samir Ismail Al-Bardawil, 16 lemas selepas sampan yang dinaikinya terbalik. Ketika itu, mangsa dan beberapa lagi sampan dikejar bot-bot laju tentera laut zionis.
Menurut berita Al-Jazeerah, jam 10.50 malam, waktu Mesir menukil dari saksi kejadian bahawa mangsa ditembak tentera laut zionis, lantas mengakibatkan sampannya terbalik.
Peta Semenanjung Gaza. Fokus peta menunjukkan had/jarak yang dibenarkan kepada nelayan Palestin untuk menangkap ikan sejauh 3 batu nautika. Had tersebut ditetapkan sejak Januari 2009 selepas perang Gaza. Klik gambar untuk besar.
Sumber perubatan, jurucakap rasmi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Kecemasan, Adham Abu Salmiah mengesahkan kejadian tersebut.
Tambahan lagi dari kejadian, dua buah lagi sampan nelayan milik keluarga Al-Bardawil yang membawa beberapa orang nelayan turut terbalik, namun tidak ada laporan mengenai kehilangan nyawa.
Ketika ini, jenazah Ziad Samir telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar.
Kejadian seperti yang dilaporkan ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari, bot-bot laju zionis sengaja menjadikan para nelayan Palestin di laut Gaza sebagai sasaran. Zionis mendakwa, nelayan Gaza melanggar jarak yang dibenarkan menangkap ikan sejauh 3 batu nautika. Sumber 17/12/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan