5 pejuang syahid dibom pesawat pengintip
19 Disember 2010
GAZA - Semalam, seramai 5 pejuang Palestin menemui syahid apabila menjadi sasaran pengeboman rejim zionis di selatan Der Balah, pertengahan Semenanjung Gaza.
Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Ketenteraan di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, kelima-lima mayat pejuang yang dikenali, Khalil Taufiq At-Tawil, Muhammad Mu'in Al-'Assar, Abdullah Ash-Shuraihi, Asyraf Abu Sabt dan Ahmad Al-Za'lan telah tiba di hospital.
Jelas Abu Salmiah, empat dari pejuang yang syahid dibawa ke hospital Syuhada Al-Aqsa di Der Balah, manakala satu lagi mayat, iaitu Khalil Taufiq At-Tawil telah dibawa ke hospital Naseer di Khan Yunus.
Sumber perubatan menyatakan tempat kecederaan pada mayat kesemua pejuang adalah dari bahagian bawah menandakan mereka dibom secara langsung.
Berhubung pengeboman, sumber dari laporan khas pihak keamanan kepada agensi berita 'Safa' berkata, pasukan unit siasatan polis Gaza telah menemui serpihan peluru misil yang ditembak dari pesawat pengintip zionis. Jelas sumber itu lagi, roket buatan tempatan tidak meletup.
Menurut Al-Jazeerah dari saksi di lokasi kejadian, berkata, pejuang-pejuang yang berada di sebuah tanah lapang sedang bersiap untuk melancarkan serangan roket ke arah pos-pos tentera zionis berdekatan garisan sempadan.
Sumber keamanan Palestin turut menyatakan, pejuang tidak sempat melancarkan serangan roket setelah menjadi sasaran pesawat pengintip.
Pengeboman dari pesawat pengintip zionis mengakibatkan kawah besar terbentuk sedalam 3 meter, sementara diameternya sekitar 50 cm.
Sejurus selepas itu, tentera rejim zionis mengesahkan bahawa sebuah dari pesawat pengintipnya telah mengebom sekumpulan pejuang yang terdiri dari 5 individu yang bertekad melancarkan roket ke penempatan-penempatan zionis.
Sehingga kini, belum lagi dilaporkan kumpulan pejuang yang menjadi sasaran serangan pesawat zionis semalam.
Hal yang sama, Abu Salmiah berkata, jumlah penduduk Palestin yang syahid semalam telah meningkatkan bilangan yang syahid dalam bulan Disember sahaja kepada 12 mangsa. Berikutan itu, telah mencatatkan nisbah jumlah tertinggi yang syahid dalam tahun ini.
Secara jelas, peningkatan jenayah rejim zionis ke atas penduduk Palestin termasuk dalam konteks jenayah perang, sehari sebelum ini, kejadian di perairan laut Gaza apabila seorang remaja Palestin syahid dikejar bot laju zionis. Sumber 18-19/12/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan