الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Gambar: Pertempuran masih berterusan

28 Februari 2010




Sumber melaporkan pada 27/02/2010, pertempuran di antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah masih berterusan berikutan ketetapan Israel yang menggabungkan kawasan suci Islam ke dalam senarai/kawasan sejarah peninggalan Yahudi di Khalil dan Beit Laham. Bagaimanapun, Masjid Al-Aqsa turut diceroboh hari ini. Sebagaimana dilaporkan, waktu zohor tengahari tadi, penduduk Palestin tidak mendengar laungan azan dari Masjid Al-Aqsa berikutan tentera penjajah memotong wayar pembesar suara. Sumber gambar di atas klik di sini. Sumber 27-28/02/2010, berita al-Jazeerah dan koleksi gambar di flickr.com(zion's photos stream)

Read more...

4 hari sempadan Rafah dibuka

Pihak Berkuasa Mesir menetapkan sempadan Rafah Mesir yang menghubungkan Mesir dengan Semenanjung Gaza dibuka selama empat hari.

Pembukaan sempadan dari dua hala, Mesir-Gaza untuk bantuan kemanusiaan. Sumber 28/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Mabhuh dibius

Dhahi Khalfan Tamim, Ketua Umum Polis Dubai dalam kenyataannya yang terkini memaklumkan bahawa Mabhuh dibius terlebih dahulu lalu mengakibatkan beliau hilang kawalan meskipun cuba melawan pihak yang merancang untuk membunuhnya.

Sementara itu, sekumpulan unit keselamatan dari Britain telah tiba di Israel bagi menjalankan siasatan berhubung pemalsuan dan penggunaan pasport Britain dalam kejadian tersebut.

Sumber menyatakan, siasatan tersebut akan dijalankan ke atas 6 individu terbabit yang berada di Israel. Sumber 28/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Khalfan buru Ketua Mossad

27 Februari 2010

Ketua Umum Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim memberi perhatian sepenuhnya untuk memburu agensi perisikan Israel(Mossad) yang dikenalpasti pihak yang dikehendaki polis Dubai malah akan didakwa mengikut perundangan Negara Emiriah Arab Bersatu berikutan terjebak dalam pembunuhan ke atas salah seorang pemimpin HAMAS, Mohammad Abdul Rauf Al-Mabhuh.

Sumber memetik kenyataan dari Khalfan bahawa Ketua Mossad, Meir Dagan adalah dikehendaki dan kami menanti masa yang sesuai untuk menahannya dengan kerjasama INTERPOL(International Criminal Police Organization).

Gambar kiri: Dhahi Khalfan dan atas, sebelah kanan adalah Meir Dagan

Beliau menyatakan, pihaknya akan memburu Ketua Mossad dengan apa cara sekalipun, 'sama ada Negara Barat setuju atau tidak, ataupun Polis Antarabangsa(INTERPOL) memberi kerjasama atau tidak, kami tetap memburunya kerana jenayah ini berlaku di dalam Negara Emiriah Arab Bersatu.'

"Jika benar Ketua Mossad, seorang lelaki yang berani, dia kena mengakui kepada dunia dia bertanggungjawab ke atas pembunuhan ini", Desak Khalfan serta membangkitkan persoalan, "bagaimana individu yang penakut sebegini boleh memegang jawatan Ketua Mossad?"

Legenda Mossad

Dengan maklumat yang diperolehi Polis Dubai telah meletupkan satu legenda Mossad(gambar di bawah:logo Mossad), sesiapa yang merasai Mossad adalah agensi perisikan yang hebat atau tidak pernah melakukan kesalahan, maka dia sedang berangan-angan.'

Khalfan menganggap bahawa 26 individu yang membunuh seorang mangsa tanpa senjata adalah pengecut dan penakut.

Ketua Polis itu menerangkan tentang peningkatan jumlah individu yang disyaki terlibat kepada 26 orang tetapi tidak mungkin akan melebihi 30 individu mengikut siasatan sekarang.

Unit siasatan Polis Dubai menemui bukti terbaru yang mempastikan lagi beberapa individu dari 26 yang telah diumumkan sebelum ini terlibat dalam komplot pembunuhan. Khalfan menjelaskan, antara bukti tersebut adalah cap jari.

Kerjasama dari Eropah

Sepanjang proses timbal balas dengan Negara-negara Eropah mengenai kes ini, Khalfan berkata ,'Duta-duta Israel yang dipanggil wakil-wakil Negara Eropah telah dikecam kerana pasport Eropah yang digunakan dalam pembunuhan ini adalah sangat baik', jelas beliau lagi, kami(Emiriah Arab Bersatu) dan Eropah telah diperlakukan begini, maka kita semua kena menjejaki dan memburu mereka yang melanggar undang-undang Negara kita."

Berhubung laporan yang diterbitkan akhbar tempatan Emiriah mengenai penangkapan invidu ketiga(Palestin) yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Mabhuh telah dinafikan Khalfan.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan dengan terperinci mengenai dua individu dari Palestin yang berada dalam tahanan Pihak Berkuasa Emiriah Arab Bersatu.

Khalfan menjelaskan, seorang dari individu Palestin itu telah diteta
pkan hukuman mati oleh salah sebuah kumpulan pembebasan Palestin kerana adanya hubungan dengan salah seorang yang disyaki membunuh Mabhuh.

Gambar di sebelah: logo INTERPOL

Beliau menyatakan, individu tersebut yang juga terjebak dalam jenayah pembunuhan itu telah bertemu dengan salah seorang yang berkedudukan tinggi dalam kumpulan terbabit. Selain itu, Polis Dubai dapat merakam pertemuan mereka.

Jelas beliau, tidak syak lagi adanya pertalian dengan pihak yang melaksanakan operasi pembunuhan.

Sebelum ini, HAMAS dan Kerajaan Palestin di Gaza menuntut dari Polis Dubai agar menyerahkan Palestin yang disyaki terlibat, namun Khalfan juga tidak menafi sememangnya boleh tetapi Khalfan menjelaskan, 'kami tidak dapat memutuskan keputusan sebegini kerana perkara ini akan dibawa ke pengadilan yang lebih berautoriti'. Sumber 27/02/2010, web berita al-Jazeerah

Read more...

Al-Qassam dan Pejuang kebangsaan bertempur dengan Israel

26 Februari 2010

Sumber melaporkan dari KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengumumkan bahawa pejuangnya telah menghadang sepasukan unit dari tentera Israel berdekatan sempadan Karem Abu Salem(Kerem Shalom).

Web rasmi Al-Qassam melaporkan, bahawa pejuang-pejuang Al-Qassam berjaya dalam pertempuran dengan tentera Israel yang cuba menyelinap masuk melalui sempadan Karem Abu Salem awal pagi tadi(26/02/2010, Jumaat).

Dinyatakan, pejuang al-Qassam melepaskan tembakan dari senjata berat dan melancarkan 5 roket jenis 'hawn'(80 milimeter) ke arah tentera zionis dalam pertempuran yang meletus di timur Rafah.

Gambar di sebelah: Anak panah berwarna hijau menunjukkan lokasi Karem Abu Salem. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Jelas Al-Qassam bahawa pejuang-pejuangnya telah berjanji dengan nama Allah dan kepada penduduk Palestin untuk meneruskan 'jihad' dan menentang Israel serta mengharungi sebarangan penentangan dari pihak musuh. Dengan izin Allah, jenayah penjajah akan dibalas dalam waktu yang sewajarnya.

Dalam masa yang sama, tentera Israel mengumumkan pihaknya melepaskan tembakan ke arah 4 Palestin yang menghampiran garisan sempadan selatan Gaza-Israel mengakibatkan salah seorang darinya parah. Tentera Israel mendakwa, 4 penduduk Palestin yang menghampiri garisan sempadan cuba menanam peledak di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, sumber Palestin belum mengesahkan laporan ini.

Sementara itu, KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH(pejuang kebangsaan dari barisan pertahanan demokrasi) turut mengumumkan pejuangnya menghalang sepasukan dari unit khas tentera Israel yang mara di timur Rafah berdekatan kawasan 'Abu Mathbaq' dengan melepaskan tembakan dari 'machine-gun' dan melancarkan roket jenis RPG. Kejadian tersebut berlaku awal pagi tadi.

Dalam kenyataan pejuang kebangsaan yang disampaikan kepada sumber menyatakan, 'pejuangnya juga menyerang sepasukan tentera penjajah(Israel) yang berpengkalan sementara di kawasan terbabit dengan pelancar roket dan tembakan yang sengit' bagi menghalang kemaraan Israel dan balasan kepada dasar politik dengan usaha pengyahudian ke atas hak suci Islam, khususnya di bandar Al-Quds dan Masjid Nabi Ibrahim.

Pejuang kebangsaan mengakui bahawa 'penentangan' adalah satu-satunya jalan bagi mendapatkan semula hak-hak tanahair. Sumber 26/02/2010, web berita Maannews.net dan web rasmi Al-Qassam

Read more...

Operasi penggalian dan pembinaan jambatan yang baru berdekatan Masjid Al-Aqsa

Agensi berita "Naba'", media Palestin melaporkan operasi yang dijalankan Israel meliputi aktiviti penggalian dan membina jambatan baru, penjagaan kawasan serta memasukkan kabel elektrik ke dalam terowong bawah tanah jelas telah mengubah kedudukan di kawasan Tembok Buraq, barat Masjid Al-Aqsa.

Gambar di sebelah menunjukkan pembinaan yang baru dibangunkan berdekatan jambatan

Sumber daripada agensi tersebut menyatakan penyampai beritanya menyaksikan kerja dan operasi penggalian, usaha penjagaan dan perubahan kedudukan di sebuah kawasan yang luas di kawasan terbabit. Penyampai berita tersebut sempat menangkap beberapa keping foto dan membuat rakaman.

Dijelaskan lagi, 'aktiviti penggalian ini merangkumi jambatan yang baru dibina, pemindahan tenaga elektrik dan beberapa laluan di bawah tanah sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar'.

Perubahan

Agensi berita itu turut menyatakan pembinaan dan perubahan mengubah kedudukan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Israel sentiasa berterusan meskipun media mewar-warkan pembinaan jambatan di Bab Al-Magharibah telah selesai seperti yang ditunjukkan dalam foto.

Gambar di sebelah menunjukkan operasi Israel
sentiasa berterusan berhampiran Masjid Al-aqsa


Dinyatakan bahawa operasi penggalian ini dibangunkan sebaik sahaja pembinaan jambatan di Bab Al-Magharibah selesai. Hal ini menjelaskan lagi bahawa Pihak Berkuasa Israel sememangnya nekad mahu mengubah kedudukan kawasan secara keseluruhan dengan memberi alasan baik pulih dan sebagainya demi menjayakan perancangan sulit yang menentang dunia Islam.

Kesan dari penggalian Israel, beberapa kes yang melibatkan runtuhan dilaporkan bulan lalu. Antaranya, runtuhan ditengah jalan Silwan yang hanya berkedudukan 300 meter dari Masjid Al-Aqsa.

Sumber dari Palestin menjelaskan bahawa kejadian runtuhan di kawasan Wadi Helwah, di Hayyu silwan adalah kesan daripada operasi penggalian Israel yang bersambung dengan terowong bawah tanah. Jelas sumber lagi, kedudukan terowong bawah itu adalah di bawah sebuah kawasan perumahan yang menghala ke arah Masjid Al-Aqsa.

Saksi kejadian berkata, runtuhan itu kerana kerja penggalian Israel yang menyebabkan mendapan tanah sepanjang 4 meter, lebar 3 meter dan sedalam 1 meter.

Jawwad Shiam, Panitia yang mempertahankan Hayyu Wadi Helwah berkata, runtuhan itu berlaku di atas terowong yang digali Israel.

Beliau mengiktibarkan, kejadian runtuhan itu telah membongkar pembinaan terowong bawah tanah yang digali oleh sebuah Yayasan Israel. Sumber 25/02/2010, web berita al-Jazeerah

Read more...

Penduduk Palestin terus bertempur dengan tentera penjajah

25 Februari 2010

Israel melalui suara rasminya, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel telah menetapkan tempat suci umat Islam, Masjid Nabi Ibrahim di bandar Khalil dan Masjid Bilal bin Rabah di Bait Laham ke dalam senarai artifak sejarah Yahudi, lantas menimbulkan kemarahan umat Islam, khususnya Palestin.

Ketetapan ini adalah seiring bagi usaha pengyahudian Al-Quds sebagaimana yang dinyatakan oleh sumber media.



Sumber klip di sini, 24/02/2010

Berikutan ketetapan tersebut, penduduk Palestin bangkit meneruskan penentangan ke atas tentera penjajah(Israel) yang melaksanakan kawalan di kawasan suci umat Islam.

Sumber melaporkan(11.55 pagi/waktu Mesir) bahawa pertempuran(gambar di atas) antara pemuda-pemuda(sebahagiannya remaja yang masih bersekolah peringkat menengah dan rendah) Palestin yang bersenjatakan batu dengan tentera penjajah masih berterusan di pertengahan kawasan Masjid Nabi Ibrahim, di Khalil, Tebing Barat.
_________________________________________________________

22 Februari 2010 - Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel telah membuat ketetapan dengan menggabungkan Masjid Nabi Ibrahim dan 'Qubbah Rahil' atau dikenali dengan Masjid Bilal bin Rabah ke dalam senarai dan tempat artifak sejarah Yahudi.

Menurut siaran radio Israel, Netanyahu berjanji dengan memperuntukkan USD100 juta(400 juta shekel) bagi memperbaiki serta memelihara beberapa kawasan artifak sejarah di Israel, termasuk Masjid Nabi Ibrahim dan Masjid Bilal bin Rabah.

Netanyahu mengesahkan tindakannya itu ketika pertemuan khas yang diadakan Kabinet Menteri Israel. Netanyahu berkata, 'dengan penubuhan Negara Israel bukan sahaja bergantung kepada kekuatan tentera dan ekonomi yang teguh sahaja tetapi perlu kepada untuk membangkitkan perasaan dikalangan penduduk Israel dan mengembangkan kesedaran tentang artifak sejarah yang mereka miliki.
_________________________________________________________


Pemimpin agama dan politik mengecam tindakan Israel

Mufti Palestin, Syeikh Mohammad Husein dalam kenyataannya mengingkari berhubung ketetapan yang diumumkan Netanyahu dengan menguasai tempat suci ini.

Beliau berkata, Israel berusaha keras dengan merompak hak umat Islam di kesemua tanah-tanah mahupun bandar Palestin bertujuan untuk mengubah kedudukan bandar-bandar Palestin dari Islam mahupun Arab supaya dapat memastikan tanah itu adalah asal Yahudi.

Beliau menjelaskan, perang harini bukan sahaja dengan artileri atau roket tetapi perang agama, aqidah untuk memalsukan artifak sejarah Islam.

Ismail Haniah(gambar), Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza dalam ucapannya(Isnin/22 Februari) menyatakan ketetapan Israel itu adalah usaha mencuri tanah suci dan menghapuskan dentiti serta menghilangkan kedua buah masjid ini dari persekitaran Palestin, Arab malah Islam.

Beliau turut berkata, seiring dengan ketetapan ini adalah ucapan-ucapan mahupun perbualan di ruang media berhubung dengan kembali kepada rundingan yang disifatkan Haniah bahawa rundingan ini secara langsung atau tidak langsung adalah sia-sia.

Haniah menegaskan rundingan dengan Israel mesti dihentikan. Malah penyelarasan atau pemusatan keselamatan dengan Israel juga mesti dihentikan.

Ucapan beliau dalam mogok bantahan yang diadakan Majlis Legislatif Palestin di Gaza turut berharap kepada masyarakat Palestin agar bangkit mengadakan intifadhah Palestin menentang ketetapan Israel.

Sementara itu, Lajnah Eksekutif, Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) turut mengkritik keras sebagaimana disifatkan tindakan Israel adalah, 'lanun baru' ke atas ketetapan yang dikeluarkan oleh Netanyahu yang menggabungkan kawasan suci umat Islam ke dalam tempat yang didakwa artifak sejarah bagi Negara penjajah yang mengakui Israel satu-satunya mempunyai hak.

Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah pula mendesak masyarakat antarabangsa supaya melihat ketetapan Israel ini melibatkan kedudukan suci bagi Islam dan kristian.

Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(telah tamat tempoh menurut HAMAS) dalam kenyataannya mengingatkan tentang perang agama yang meletus.

Anggota Biro Politik gerakan Jihad Islami, Nafeez Azam berkata, 'ketetapan seumpama ini adalah perang baru yang dilancarkan ke atas penduduk Palestin dan jelas menentang hak asal dari peninggalan sejarah Islam.

Beliau mendesak dalam kenyataannya bahawa dengan ketetapan Israel supaya usaha pembaikan dalaman Palestin tercapai.

Di pihak Mesir, Lajnah Hal-Ehwal luar Arab dan Keselamatan Negara dalam Majlis Syura juga mengecam keras tindakan Israel.

Sementara itu, Jordan juga menuduh Israel sengaja melanggar ruang lingkup yang termaktub dalam usaha perdamaian dengan menggabungkan Masjid Nabi Ibrahim dan Masjid Bilal bin Rabah ke dalam senarai peninggalan Yahudi. Sumber 22/02/2010, suratkhabar Ad-Doustour, berita al-Jazeerah, 25/02/2010, berita al-Jazeerah, suratkhabar Al-Ahram dan web berita Rusiatoday

Read more...

15 lagi didakwa terlibat dalam pembunuhan Mabhuh

Dalam siasatan berhubung pembunuhan Mohammad Abdul Rauf Al-Mabhuh, salah seorang pemimpin HAMAS yang juga merupakan pemimpin tertinggi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), polis Dubai menjelaskan 15 lagi individu terlibat dalam kes berkenaan.

Gambar di sebelah menunjukkan hubungan dan kaitan suspek-suspek dalam pembunuhan Mabhuh

Berikutan itu, Polis Dubai menyenaraikan nama terbaru membabitkan 15 individu mengikut pasport Negara-negara berkenaan; 6 Britain, 3 Ireland, 3 Perancis dan 3 Australia.

Sementara itu, Kerajaan Australia meminta Duta Israel di Australia untuk memberikan penjelasan mengenai 3 individu terbabit yang menggunakan pasport Australia dalam pembunuhan Mabhuh. Australia juga meminta kerjasama yang sepenuhnya dari Israel bagi mendedahkan penggunaan pasport Australia dalam kes ini.


Sumber klip di sini melalui berita al-Jazeerah

Bagi membantu siasatan tersebut, Polis Dubai telah menahan seorang lagi Palestin. Bagaimanapun, polis Dubai tidak mendedahkan identiti Palestin yang ditahan itu. Sumber 24-25/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Lawatan Menteri Ireland ke Gaza

Sumber melaporkan, Menteri Luar Ireland hari ini mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza setelah penjajah(Israel) menghalang beliau dari memasuki Gaza melalui sempadan Beit Hanoun, utara Gaza.

Sementara itu di Israel, perbicaraan ke atas bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert disambung semula. Sebagaimana dinyatakan, Olmert dihadapkan ke pengadilan kerana dituduh melakukan penyelewengan. Sumber 25/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Israel terus menangkap penduduk Palestin

24 Februari 2010

Sumber melaporkan, tentera penjajah(Israel) menangkap 10 penduduk Palestin dalam operasi 'serbuan' di Tebing Barat.

Sementara itu, sepasukan tentera penjajah telah menceroboh Beit Lahiya, Gaza. Menurut sumber, dalam pencerobohan tersebut yang disifatkan terbatas di kawasan terbabit, buldozer penjajah melakukan operasi meratakan tanah. Sumber 24/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

3 Palestin parah dalam serangan Israel

20 Februari 2010

Menurut sumber, helikopter Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kawasan pertanian berdekatan Kissufim, selatan Semenanjung Gaza lantas mengakibatkan 3 penduduk Palestin parah.

Sementara itu, seorang komander KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), Atiyyah Abu Nuqairah terselamat dalam satu leputan di Rafah, selatan Gaza.

Sumber melaporkan, setelah kejadian itu, Sepasukan Keselamatan Palestin Gaza bergegas ke kawasan terbabit serta menjalankan siasatan. Sumber 20/02/2010, berita al-Jazeerah web berita al-Jazeerah

Read more...

Saintis Palestin diambang maut

Markaz Hak Asasi Palestin merayu kepada Badan-badan antarabangsa, Hak Asasi Manusia dan Badan Perubatan tanpa sempadan (Médecins Sans Frontières: Doctors Without Borders) agar campurtangan dengan segera bagi membebaskan saintis Palestin yang berada dalam tahanan Israel.

Wakil markaz 'Ahrar' berkata dalam kenyataannya hari ini, seorang saintis Palestin, 'Usam Rashid Al-Ashqar, 52 berasal dari kota kecil Soeda, Tulkram menghadapi kesengsaraan akibat penyakit yang dihidapinya. 'Usam yang merupakan pensyarah universiti dan ahli fizik menghadapi kesengsaraan(bertarung nyawa) tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dalam penjara Israel.

Sumber menjelaskan, Pihak Berkuasa Israel tetap memanjangkan tempoh penahanan Al-Ashqar meskipun beliau menghadapi kesengsaraan akibat penyakit yang dihidapinya, malah keadaan ini telah berlarutan dalam tempoh yang lama sepanjang menerima rawatan dalam hospital penjara.

Markaz Ahrar turut mendakwa Pihak Berkuasa Israel berusaha mengurangkan golongan cerdik pandai, kepimpinan, ulamak, saintis dan seumpamanya dengan meletakkan golongan tersebut ke dalam kegelapan penjara. Penangkapan Israel juga telah mensasarkan status Palestin yang berada dalam agensi pentadbiran Palestin. Sumber 20/02/2010, web berita al-Jazeerah

Read more...

Seorang anggota FATAH dipenjara

19 Februari 2010

Mahkamah Persekutuan Israel telah memutuskan hukuman penjara ke atas Mamduh At-Tanani selama 25 tahun atas pertuduhan sebagaimana yang dinyatakan oleh mahkamah bahawa tertuduh mengancam keamanan Israel.

Sumber dari radio Israel yang mendakwa, mahkamah persekutuan mengecam keras At-Tanani dari kumpulan pejuang Palesti, KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) yang melancarkan serangan roket ke Israel, malah cuba membawa masuk pejuang-pejuang Palestin ke Israel untuk melaksanakan beberapa serangan. Sumber 19/02/2010, suratkhabar Shourouk

Read more...

Masalah pelarian tidak akan memberi perdamaian

Filippo Grandi(gambar: sebelah kanan), Suruhanjaya Am, United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) berkata semalam, bahawa perdamaian tidak akan wujud di Timur Tengah tanpa adanya 'penyelesaian yang adil' bagi masalah pelarian Palestin.

Beliau menjelaskan ketika lawatannya yang pertama di Lubnan, bahawa 'perkara ini seumpama bencana dan perlu kepada masyarakat antarabangsa mencari penyelesaian bagi masalah ini', berikutan UNRWA tidak boleh bertindak sebagaimana badan politik, bahkan UNRWA adalah untuk kemanusiaan yang akan mengingatkan mana-mana pihak berkenaan termasuk Kerajaan yang berkaitan berhubung usaha perdamaian.

"Tidak akan wujud perdamaian selagimana penyelesaian yang adil tidak dijalankan dengan sempurna", ujar beliau. Sumber 19/02/2010, suratkhabar Shourouk

Read more...

Israel ceroboh Gaza

18 Februari 2010

Sumber menyatakan, sepasukan tentera Israel yang diiringi beberapa buah jentera perang telah menceroboh sebuah kawasan di Semenanjung Gaza. Dijelaskan, pencerobohan Israel mengakibatkan berlaku pertempuran antara pejuang Palestin dengan tentera Israel. Bagaimanapun, pertempuran tersebut meletus dalam jangka masa yang pendek.

Menurut sumber, selepas pertempuran itu, buldozer Israel meranapkan 3 buah rumah penduduk Palestin dan meratakan tanah pertanian Palestin. Sumber 18/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Israel bantah 250 ribu pasang pakaian masuk ke Gaza

Penyelaras Bantuan Palestin dari Kesatuan Perubatan Arab, Mustafa Mohammad At-Taayah berkata, 'Israel membantah 250 ribu pasang pakaian dibawa masuk ke Gaza'.

Menurut beliau, bantuan pakaian itu adalah dari Kuwait dan sekarang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kaherah.

Sumber 'Islam Online' melaporkan At-Taayah dalam kenyataannya, walaupun perkara ini telah diselaraskan dengan pihak Mesir, iaitu Bulan Sabit Merah tetapi Israel sengaja melengah-lengahkan kemasukan bantuan itu semenjak sebulan lalu bahkan Kesatuan Perubatan Arab terpaksa menanggung bebanan kos harian akibat bantuan yang tidak dapat disampaikan dengan segera ke Gaza.

Beliau menjelaskan pihaknya menerima untuk membawa masuk bantuan pakaian itu dari mana-mana sempadan; sama ada Aujah di pertengahan Sinai atau sempadan Karem Salom di Rafah. Kemudian, Mejar Ilhami Arif yang mengetuai Bulan Sabit Merah mengutuskan surat permohonan kepada Israel melalui Pihak Keselamatan untuk membawa masuk pakaian ke Gaza tetapi Israel sengaja melengah-lengahkan.

"Dari semasa, Israel menanyakan tentang jumlah pakaian, kemudian tanya lagi tentang saiz pakaian, selepas itu tanya lagi jenis pakaian dan pertanyaan yang tak munasabah dan tidak berperikemanusiaan seolah-olah sengaja menyukarkan usaha membawa masuk ke Gaza sehingga kos perbelanjaan Kesatuan meningkat beribu-ribu pound Mesir", jelas beliau lagi.

Beliau menyatakan lagi, bantuan ubat-ubatan yang berjumlah hampir 15 juta pound Mesir telah dibawa masuk ke Gaza minggu lepas. Dan sekarang, sedang bersiap sedia untuk membawa masuk beberapa buah ambulan melalui sempadan Rafah Mesir-Semenanjung Gaza.

Sementara itu, sumber melaporkan sempadan Rafah Mesir masih dibuka untuk hari yang kedua bagi laluan 250 penduduk Palestin. Sebagaimana dinyatakan, pada hari pertama, seramai 25 pesakit Palestin telah memasuki Mesir melalui sempadan tersebut. Sumber 18/02/2010, web berita islamtoday.net

Read more...

22 anggota FATAH dibebas, tangkap 5 anggota HAMAS

Menurut sumber, Kerajaan Palestin di Gaza telah membebaskan tengahari tadi 22 orang tahanan FATAH dari sebuah penjara 'ansar', barat bandar Gaza.

Pembebasan tersebut hasil dari janji Perdana Menterinya, Ismail Haniah dengan kunjungan delegasi Arab ke Semenanjung Gaza.

Petikan kenyataan Ismail Haniah, baca di sini

Kes yang melibatkan anggota FATAH

Ihab Ghasin(gambar: kanan), jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza berkata, 12 individu daripada jumlah yang dibebaskan kerana menggugat keamanan dengan menubuhkan kumpulan serta menghantar laporan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah. 10 individu yang lain pula kerana melakukan jenayah.

Ghasin menjelaskan, pembebasan ini adalah 'menghormati' delegasi Arab dan lawatan Nabil Sha'at ke Gaza.

"juga untuk bina kepercayaan antara kami dengan gerakan FATAH di Tebing Barat, malah memperbaiki keadaan agar lebih positif", ujar Ghasin.

Beliau menyatakan, pembebasan ini bukanlah kali pertama dan bukan yang terakhir kerana setiap langkah yang dilakukan Kerajaan Palestin Gaza adalah bertujuan meredakan keadaan supaya usaha pembaikan Palestin(dalaman) tercapai.

Ghasin turut berharap adanya langkah yang sama dari gerakan FATAH di Tebing Barat berikutan beratus-ratus anggota HAMAS yang telah ditangkap kerana 'menentang penjajah(Israel)' dan memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang miskin dan memerlukan bantuan, namun balasan yang diterima lagi banyak anggota HAMAS yang ditangkap dan tekanan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, salah seorang pemimpin FATAH, Faisal Abu Shahla(gambar : di bawah) menafikan kepada al-Jazeerah bahawa anggota FATAH yang ditahan dalam penjara HAMAS tidak berkait dengan masalah keselamatan atau jenayah tetapi kerana mereka menganggotai FATAH.

Abu Shahla berkata, langkah pembebasan ini 'baik' tetapi tidak memadai bagi meleraikan masalah tahanan politik secara keseluruhan.

Beliau menjelaskan, langkah yang betul dan penting bagi mengakhiri perpecahan dalaman Palestin adalah HAMAS perlu menandatangani dokumen pembaikan Palestin yang dicadangkan oleh Mesir. Maka langkah tersebut dapat menyelesaikan perpecahan dan mengakhiri permasalahan.

Berhubung tahanan politik yang telah dibangkitkan, Ihab Ghasin menafikan wujudnya tahanan politik dalam penjara Kerajaan Palestin di Gaza yang ditadbir HAMAS.

Beliau berkata, mereka yang ditangkap bukannya kerana menganggotai gerakan FATAH tetapi mereka telah kesalahan yang menentang undang-undang Palestin.

Di Tebing Barat, sumber melaporkan bahawa 5 pendokong HAMAS telah diculik Pihak Keamanan Palestin(agensi Al-Aqsa melabelkan Pihak Keselamatan FATAH). Dijelaskan, 5 pendokong HAMAS yang diculik adalah dari Qalqiliah, Nablus dan Tulkram. Bagaimanapun, selepas itu Pihak Keamanan Palestin melepaskan semula 2 pendokong HAMAS yang ditangkap di Qalqiliah. Sumber 18/02/2010, web berita al-Jazeerah dan web berita aqasatv.ps

Read more...

Rakaman konspirasi pembunuhan al-Mabhuh di Dubai

17 Februari 2010





Sumber video : youtube.com

Read more...

Pelampau Yahudi rempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa

Menurut sumber, sekumpulan pelampau Yahudi merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa hari ini melalui pintu al-Magharibah meskipun kawalan ketat Pasukan tentera penjajah di kawasan berkenaan.

Saksi kejadian berkata, pelampau Yahudi meninjau di beberapa perkarangan dan kawasan solat(khas untuk muslimah) di Masjid Al-Aqsa. Kemudian mereka berhenti di kawasan yang dikenali "al-Hursh" yang berdekatan dengan pintu az-zahbiah yang ditutup dari arah barat.

Jelas saksi lagi, sepasukan tentera penjajah menghalang pengawal Masjid Al-Aqsa mendekati kumpulan pelampau Yahudi, malah diancam dengan beberapa bentuk denda, antaranya dipukul atau tidak boleh mendekati, memasuki Masjid Al-Aqsa selama 6 bulan. Lebih dari itu, hukuman berupa tegahan dari mendekati Al-Aqsa akan diperbaharui setiap tempoh 6 bulan mengikut penjajah.

Sumber menyatakan, rempuhan dari pelampau Yahudi yang kerap kali ke Masjid Al-Aqsa menimbulkan kerisauan dikalangan penduduk Palestin yang menunaikan solat di situ malah turut merasai bahaya ke atas Masjid Al-Aqsa. Dinyatakan lagi, rempuhan itu sudah pasti menghina agama Islam. Tambahan pula, para pelampau Yahudi(lelaki dan perempuan) yang meninjau di beberapa perkarangan Masjid Al-Aqsa yang suci dengan berpakaian tidak sopan jelas membangkitkan kemarahan orang Islam. Sumber 17/02/2010, web berita islamtoday.net

Read more...

Haniah bebaskan 20 anggota FATAH yang berada dalam tahanan di Gaza

Ismail Haniah(gambar), Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza dalam kenyatannya kepada pemberita bahawa beliau mahu membebaskan 20 anggota FATAH dari tahanan di Gaza sebagai 'menghormati' kunjungan delegasi Arab ke Gaza.

'Pembebasan ini adalah untuk mencapai usaha pembaikan dalaman Palestin. Apabila kami telah membebaskan anggota FATAH dari tahanan Gaza, pihak Ramallah juga mesti membebaskan beratus-ratus anggota HAMAS yang ditahan dalam penjara Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat', ujar Haniah.

Sumber lain melaporkan, Pihak Keamanan Palestin(web berita Al-Aqsa melabelkan Pihak Keamanan FATAH) dalam usaha memerangi pendokong HAMAS telah menculik 10 dari pendokong HAMAS. Kejadian tersebut berlaku di Khalil, Qalqiliah dan Ramallah.

Sementara itu, di Tebing Barat, Pihak penjajah(Israel) menangkap 11 penduduk Palestin. Sumber 17/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita aqsatv.ps

Read more...

Israel culik 3 Palestin di Gaza

Beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh barat laut Beit Lahiya, Gaza serta melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin di situ. Dijelaskan, 3 penduduk Palestin parah dalam kejadian tersebut.

Sumber tempatan berkata , semalam, 'sepasukan unit khas tentera Israel yang diiringi beberapa buah jentera perang perang Israel menceroboh sebuah kawasan di barat laut Beit Lahiya dengan melepaskan tembakan dari 'machine-gun' yang mengakibatkan 3 penduduk Palestin parah, ketika itu sedang mengutip serpihan besi'.

Sumber tersebut menjelaskan, tentera penjajah menculik mereka yang ditembak dan dibawa ke kawasan yang tidak diketahui.

Menurut sumber, 3 hari yang lalu, tentera penjajah menculik 15 penduduk Palestin di kawasan yang sama dan membawa mereka ke tempat yang tidak di ketahui. Sumber 17/02/2010, web berita islamtoday.net

Read more...

Anggota Pihak Berkuasa Palestin terjebak dalam pembunuhan al-Mabhuh

15 Februari 2010

Ketua Umum Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim, berkata 'ada orang Palestin yang terlibat dalam pembunuhan al-Mabhuh(salah seorang pimpinan sayap tentera HAMAS di sebuah hotel Dubai bulan lalu)'.

Memetik sumber dari Ketua Polis Dubai, katanya 'salah seorang Palestin yang ditangkap mempunyai kedudukan dalam tentera Pihak Berkuasa Palestin kerana telah mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan yang merancang pembunuhan al-Mabhuh'. Ketua kumpulan tersebut dikenali Peter warganegara Perancis.

Sebagaimana dinyatakan, dua orang invidivu Palestin telah ditangkap kerana polis Dubai meyakini bahawa kedatangan dua individu ini adalah bagi menyokong operasi pembunuhan al-Mabhuh.

Jumlah anggota kumpulan terbabit yang terlibat dalam pembunuhan al-Mabhuh seramai 11 individu, sebahagiannya mempunyai status warganegara Eropah, di antaranya juga seorang wanita(Ireland). Kesemua mereka tiba di Dubai sehari sebelum operasi pembunuhan dilaksanakan. Sumber menjelaskan lagi dari polis Dubai bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka dalam terdekat ini.

Khalfan turut mengesyaki bahawa Mossad dalang di sebalik pembunuhan ini, di samping itu ada lagi kumpulan lain yang turut terlibat. Sumber 15/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Rakaman video Mahmoud Abd Rauf Al-Mabhuh, pemimpin tertinggi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS yang telah meninggal dunia dalam satu operasi pembunuhan ke atas beliau di Dubai.




Sumber klip dari al-Jazeerah

Read more...

Delegasi Arab pertama ke Gaza

Buat pertama kalinya, Gaza dikunjungi saudaranya dari sebuah delegasi Arab yang mewakili 15 buah Negara arab. Menurut sumber, delegasi tersebut disertai 24 ahli parlimen arab yang memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza.

Sekitar jam 2.15 petang tadi(waktu Mesir), persediaan di pihak Palestin yang diketuai Ahmad Bahr, Speaker Parlimen Kerajaan Palestin di Gaza menanti ketibaan delegasi tersebut.

Sumber menyatakan, lawatan delegasi Arab ke Gaza akan bertemu dengan Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin di Gaza.

Selain itu, delegasi tersebut dijadualkan bertemu dengan Badan-badan bukan Kerajaan di Gaza. Sumber 15/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Berpuluh buah rumah Palestin akan diroboh

Akhbar tempatan Israel, 'Jerusalempost' melaporkan semalam bahawa datuk bandar(penjajah yang berhaluan kanan) di Al-Quds mengarahkan kakitangannya agar melakukan persediaan dengan polis Israel mengikut penyelarasan bagi merobohkan berpuluh buah rumah Palestin.

Dijelaskan, tindakan meroboh rumah Palestin didakwa kerana rumah Palestin yang dibina di situ tanpa kebenaran. Kedudukan rumah-rumah Palestin tersebut di kota kecil Salwan, selatan Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak. Sumber 15/02/2010, suratkhabar Shourouk

Read more...

Curah air 'kebencian' kepada Israel, tangkap lagi 12 Palestin

Menurut sumber, sepasukan tentera penakluk(Israel) menangkap 4 penduduk Palestin pagi kelmarin di bandar Al-Quds, Bait Laham, dan Jenin. Sebagaimana yang dilaporkan, antara yang ditangkap adalah seorang wanita Palestin yang telah berumur, dikenali Hajah Fatimah Abu Diab.

Dinyatakan lagi, Pihak Berkuasa Israel berhasrat untuk membawa Hajah Fatimah ke muka pengadilan atas tuduhan 'mencurah air ke atas seorang ahli parlimen Israel yang berhaluan kanan, Mikha'il Ben Ara ketika melewati sekumpulan pelampau Yahudi yang menguasai beberapa buah rumah milik Palestin di Hayyu Syeikh Jarah, Al-Quds.

Awal pagi tadi, sepasukan tentera penakluk menangkap lagi 12 penduduk Palestin di Tebing Barat. Sumber 15/02/2010, suratkhabar Shourouk dan berita al-Jazeerah

Read more...

Amerika bincang halang persenjataan kepada HAMAS

Ketua turus angkatan tentera bersekutu Amerika, Brigedier Jeneral Micheal Mullen (gambar kanan) mengadakan lawatan ke Israel hari ini. Menurut sumber, lawatan Mike ke Israel bagi membincangkan usaha untuk menghalang sebarang sokongan persenjataan kepada HAMAS di Semenanjung Gaza.

Laporan media Israel menyatakan, Micheal dalam lawatannya ke Israel juga akan menyentuh usaha memperkukuhkan kekuatan tentera Israel bagi menghadapi Tehran yang disokong Hizbullah dan HAMAS.

Sebagaimana dijadualkan, Micheal Mullen akan bertemu dengan Ketua turus angkatan tentera Israel, Jeneral Gabi Ashkenazi, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dan beberapa anggota dari kakitangan turus am untuk membincangkan isu Nuklear Iran.

Gambar sebelah kiri, Gabi Ashkenazi, Ketua turus angkatan tentera Israel

Selain itu, perbincangan turut menumpukan penyelarasan dari sudut ketenteraan Israel, malah usaha yang bersungguh-sungguh bagi menghalang penyeludupan senjata kepada HAMAS dan Hizbullah.

Lawatan Brigedier Jeneral Micheal ini seiring dengan cengkaman sekatan Israel ke atas Gaza, di samping itu Kerajaan Mesir terus membina tembok keluli(akhbar tempatan menyebutnya 'tembok besi') di sepanjang sempadan Mesir-Gaza.

Memetik radio Israel dari sumber keamanan, katanya 'Israel mengambil berat lawatan ini yang disifatkan terlalu penting, malah hubungan antara Brigedier Jeneral Mullen dan Jeneral Ashkenazi amat dititikberatkan kerana melibatkan strategi persenjataan. Lebih-lebih lagi, Mullen juga antara pelaksana kepada polisi pentadbiran Amerika.

Peta di sebelah, warna biru menunjukkan kedudukan Negara-negara anggota Nato

Sebelum ini, Mullen telah bertemu dengan Ashkenazi ketika kedua pihak itu menyertai Persidangan tahunan Ketua turus angkatan tentera Negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) di Brussel, dua minggu yang lalu. Sumber 15/02/2010, web berita al-Jazeerah

Read more...

Pertemuan 13 kumpulan pembebasan Palestin di Gaza

14 Februari 2010

13 kumpulan/gerakan pembebasan Palestin, antaranya HAMAS dan FATAH telah mengadakan pertemuan di Semenanjung Gaza. Sumber menjelaskan, pertemuan tersebut membincangkan pelaksanaan usaha pembaikan bagi meleraikan krisis perpecahan dalaman Palestin.

Sumber menyatakan, pertemuan antara kumpulan/gerakan pembebasan Palestin diadakan pada tengahari di ibu pejabat Jabhah Sha'biah Li Tahrir Falastin(sebuah kumpulan pembebasan Palestin), Gaza yang disertai pemimpin-pemimpin utama dari setiap kumpulan pembebasan.

Dijelaskan dari anggota lajnah pusat Jabhah Sha'biah, Jamil Muzhar menyatakan perjumpaan yang diadakan itu adalah mengikut persepakatan dari Kumpulan dan Gerakan, khususnya FATAH dan HAMAS.

Tambah Muzhar, perjumpaan tersebut turut membincangkan perkembangan dan kedudukan terkini berhubung permasalahan Palestin serta meluahkan pandangan(idea) bagi menyelesaikan krisis yang berlaku sesama Palestin, seterusnya menandatangani dokumen usaha pembaikan Palestin yang dicetuskan oleh Mesir. Sumber 14/02/2010, web berita aqsatv.ps

Nota : Kumpulan / Gerakan Pembebasan Palestin turut diertikan oleh akhbar tempatan(Malaysia) dengan Kumpulan Pemisah Palestin

Read more...

Keamanan Palestin menangkap 9 anggota HAMAS, Israel menangkap 6 Palestin

10 Februari 2010

Sumber dari HAMAS mendakwa Keamanan Palestin telah menangkap 9 anggota HAMAS di Tebing Barat. Sebagaimana yang dijelaskan dalam kenyataan akhbar HAMAS bahawa penangkapan ke atas anggotanya meliputi beberapa tempat; Tulkram, Qalqiliah, Jenin(laporan United Press International).

Sementara itu, sumber turut melaporkan tentera Israel menangkap 6 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Yediot Ahronot(akhbar Israel) menjelaskan operasi penangkapan itu dijalankan di timur bandar Khalil. Bagaimanapun sumber tidak menyebutkan kesemua yang ditangkap menganggotai mana-mana parti atau gerakan politik. Sumber 10/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Keamanan Palestin menangkap 9 anggota HAMAS, Israel menangkap 6 Palestin

Sumber dari HAMAS mendakwa Keamanan Palestin telah menangkap 9 anggota HAMAS di Tebing Barat. Sebagaimana yang dijelaskan dalam kenyataan akhbar HAMAS bahawa penangkapan ke atas anggotanya meliputi beberapa tempat; Tulkram, Qalqiliah, Jenin(laporan United Press International).

Sementara itu, sumber turut melaporkan tentera Israel menangkap 6 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Yediot Ahronot(akhbar Israel) menjelaskan operasi penangkapan itu dijalankan di timur bandar Khalil. Bagaimanapun sumber tidak menyebutkan kesemua yang ditangkap menganggotai mana-mana parti atau gerakan politik. Sumber 10/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Israel bedil selatan Gaza

Sumber melaporkan pesawa tempur Israel membedil kawasan selatan di Semenanjung Gaza. Dijelaskan, Israel melancarkan beberapa serangan pada waktu tengah malam(selasa) sepertimana yang dilaporkan. Bagaimanapun, tidak ada kecederaan atau kehilangan nyawa.

Gambar(al-jazeera): Rakaman ini diambil ketika Israel menyerang kawasan terbabit minggu lalu.

Menurut sumber tempatan(Palestin), serangan Israel tersebut mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Yaser Arafat di Gaza yang terletak di timur bandar Rafah yang telah musnah teruk dalam perang tahun lalu.

Memetik agensi berita Jerman, 'pesawat tempur Israel melepaskan tiga serangan ke atas kawasan terbabit yang telah musnah menyebabkan letupan dan percikan api yang terlalu kuat'.

Sementara itu, pesawat tempur Israel terus melakukan rondaan di ruang udara Gaza, khususnya di Rafah dengan ketinggian yang sederhana.

Gambar(Ma'an): Keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Yaser Arafat, Dahaniya, Gaza yang berulangkali diserang Israel. Rakaman gambar diambil pada 03-04/02/2010.

Dari pihak Israel pula, serangan tersebut perlu dipertanggungjawabkan kepada HAMAS.

Jurucakap tentera Israel berkata dalam radio Israel, 'sasaran serangan Israel ini adalah ke atas golongan yang menimbulkan kekacauan.'

Jelas jurucakap tentera Israel, Israel melakukan serangan untuk membalas serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke selatan Israel malam kelmarin sambil menyalahkan HAMAS sebagai pihak yang bertanggunjawab di Gaza jika berlaku sebarang serangan ke Israel. Bagaimanapun, serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa. Sumber 10/02/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah dan web berita Ma'an

Read more...

50 Palestin ditangkap dalam operasi besar-besaran

09 Februari 2010

Siaran Televisyen, 'Rusia Today' yang berpejabat di Al-Quds melaporkan bahawa sejumlah besar anggota pasukan tentera Israel melaksanakan operasi besar-besaran yang meliputi kawasan Mukhayyam Sha'faat dan beberapa bahagi di kawasan lain; Mukhayyam 'Anata dan kawasan yang berjiran dengan utara bandar Al-Quds.

Sumber menjelaskan, operasi yang bermula sejak pagi kelmarin(08/02/2010) merangkumi pencerobohan yang meluas serta menangkap dalam lingkungan 50 penduduk Palestin yang sebahagian besarnya di bawah lingkungan umur 17 tahun.

Dinyatakan, kesemua yang ditangkap di bawa ke penjara Israel yang terletak di barat Al-Quds.

Menurut sumber, Israel memberikan alasan dengan melaksanakan operasi tersebut adalah mencari mereka yang bekerja tanpa permit, malah kenyataan Israel tersebut dibantah para ahli keluarga tahanan malah turut mengesahkan lagi bahawa anak-anak mereka yang ditangkap tidak menganggotai mana-mana gerakan politik. Sumber 08/02/2010, web berita Rusia Today

Read more...

HAMAS ke Rusia

Delegasi HAMAS yang diketuai Khalid Mash'al, Ketua Biro Politik HAMAS telah mengadakan kunjungan ke Rusia.

Sumber melaporkan bahawa Khaled Mash'al dalam kunjungannya telah bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov. Dinyatakan, kedua belah pihak berbincang mengenai usaha menyatupadukan HAMAS dengan FATAH.

Gambar(AFP): Khaled Mash'al kiri bersalaman dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, 08/02/2010

Lavrov menjelaskan di awal perbincangan beliau dengan Mashal kepada wartawan, "kami bertemu untuk berbincang, dan tujuan utama menyokong usaha yang sedang dijalankan oleh Mesir sebagai perantaraan agar tercapai penyatuan(damai) sesama Palestin."

Mash'al dalam kenyataannya yang disiarkan akhbar, "Firmia Novusti" mendakwa Amerika Syarikat cuba merosakkan usaha bagi mendamaikan Palestin(dalaman Palestin).

"Jika Mahmoud Abbas berdamai dengan kami, maka Amerika Syarikat akan menghentikan bantuannya kepada Pihak Berkuasa Palestin", ujar Mash'al.

Sumber lain menyatakan(dari Mashal) bahawa HAMAS amat bersungguh-sungguh dengan usahanya supaya dapat menyatupadukan Palestin.

Mashal turut berkata yang mengisyaratkan kepada Nabil Sha'at(anggota Lajnah Pusat FATAH) agar menjadi penghubung bagi menetapkan pendirian serta berbincang mengenai rombakan draf yang dicadangkan oleh Mesir.

Selain itu, Mash'al menyambut baik usaha Kerajaan Arab Saudi yang juga bertujuan bagi mendamaikan Palestin-Palesin.

Israel bantah lawatan HAMAS ke Rusia

Sumber Israel(09/02/2010) menyatakan bahawa Tel-Aviv menggesa supaya Rusia menilai semula jemputannya kepada Khaled Mash'al berserta delegasi yang mengiringinya berkunjung ke Rusia.

Israel telah meminta penjelasan kepada Rusia beberapa hari sebelum delegasi HAMAS sampai ke Rusia berhubung 'status pertemuan' yang akan diadakan ketika kunjungan tersebut.

Bibi Afifi, Timbalan Ketua Bahagian Hal-Ehwal Eropah dan Asia di Kementerian Luar Israel telah menghubungi(melalui telefon) Duta Rusia ke Israel, Beuter Stegney seperti kebiasaan yang dilakukan untuk membantah wakil Rusia menerima kunjungan dari delegasi HAMAS.

Dari pihak duta Rusia tersebut mengingatkan, kemungkinan Rusia mengadakan hubungan dengan HAMAS berikutan kemenandangan HAMAS dalam pilihanraya Palestin tahun 2006. Bagaimanapun, kunjungan ini tidak dinyatakan mengenai hubungan dua hala.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia pada minggu akan datang. Sumber 09/02/10, suratkhabar Shourouk dan web berita Rusia Today, 08/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Ban Ki Moon mencurigai kebenaran laporan Israel dan Palestin

05 Februari 2010

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon(gambar) mencurigai jawab balas dari pihak Israel dan Palestin berhubung penglibatan kedua belah pihak di dalam jenayah perang ketika Israel menyerang Gaza akhir 2008.

Ban Ki Moon berkata, beliau tidak dapat menetapkan sejauhmana kebenaran siasatan yang telah dibuat oleh Israel dan Palestin mengenai perang di Gaza. Jelas beliau lagi, tidak mungkin pihak yang berautoriti dapat mengambil sebarang ketetapan
_________________________________________________________
Berita al-Jazeera: Ban Ki Moon mencurigai kebenaran berhubung jawab balas Israel dan Palestin ke atas laporan Goldstone.
_________________________________________________________

Sumber menyatakan, Perhimpunan Agung PBB(UNGA) telah memberikan tempoh kepada kedua belah pihak; Palestin dan Israel sehingga hari jumaat bagi menjalankan siasatan sendiri(bebas) ke atas perang di Gaza.


Bencana perang


Sebagaimana yang dilaporkan, Ban Ki Moon telah menerima laporan siasatan dari Israel yang menafikan Israel melanggar undang-undang antarabangsa ketika melancarkan perang ke atas Gaza, bagaimanapun Israel mengakui "kesan bencana" disebabkan serangannya di kawasan yang dipenuhi penduduk.

Kerajaan Palestin di Gaza juga telah menyerahkan laporan siasatan(jawab balas) minggu lepas. Dinyatakan, jawab balas yang disampaikan kepada PBB turut disertakan jawapan setiap persoalan dan penjelasan berikutan Kerajaan Palestin di Gaza menerima berbagai persoalan dan pertanyaan.

Jelas wakil Kerajaan bahawa dalam jawab balas itu juga disertakan laporan yang telah diringkaskan dan dokumentasi bergambar mengenai jenayah perang Israel di Gaza.
Sumber, 05/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

11 anggota HAMAS ditangkap

Sumber dari HAMAS menyatakan, Pihak Keamanan Palestin telah menangkap 11 orang anggota HAMAS di Tebing Barat. Sumber 05/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Fayyad dihujum kerana sertai Persidangan Herzliya Israel

04 Februari 2010

Salam Fayyad(gambar: Salam Fayyad ketika memberikan ucapan di dalam Persidangan Herzliya), Ketua Kerajaan Pentadbiran Palestin(Kerajaan Palestin yang ditubuhkan tanpa sandaran perlembagaan Palestin menurut HAMAS) menerima hujuman keras dari beberapa Kumpulan dan Gerakan Pembebasan Palestin kerana menyertai Persidangan Herzliya, Israel.
___________________________________________________________
Berita al-Jazeerah: Persidangan Herzliya Israel telah berlangsung hari ini dengan penyertaan dari Salam Fayyad. Misi persidangan kali ini, adalah "Imbangan Kekuatan dan Keselamatan Negara".(31/01/2010)
___________________________________________________________

Hujuman tersebut mengungkapkan penyertaan Salam Fayyad dalam persidangan tersebut amat bahaya kerana turut disertai Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel(Menteri Perang Israel menurut web rasmi aqsatv.ps) yang merupakan pihak utama yang bertanggungjawab memerangi Palestin; di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Gambar: Salam Fayyad bersalaman dengan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel

Persidangan Herzliya bagi keselamatan Negara Israel yang diadakan setiap tahun di Al-Quds disertai ahli akademik dan ahli politik Israel dari berbilang-bilang parti di Israel. Menurut sumber, persidangan tersebut membincangkan permasalahan keselamatan yang berkaitan dengan kewujudan Israel.

Hujuman ke atas Salam Fayad

Wakil HAMAS berkata dalam kenyataannya, 'penyertaan sebegini amat merbahaya yang menandakan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah bersama dengan penjajah sehingga ke peringkat pembuat dasar politik penjajah.'

___________________________________________________________
Berita al-Jazeerah: HAMAS dan Jabhah Sya'biah Lil-Qiadah Ammah mengutuk penyertaan Salam Fayyad di dalam Persidangan Herzliya Israel. (02/02/2010)
___________________________________________________________

Sementara itu, Jabhah Sya'biah Li Tahrir Palestin turut mengecam penyertaan Fayyad yang mendesak supaya muhasabah Fayyad kerana melakukan jenayah secara terang dengan menyertai persidangan yang melakar perencanaan strategi menentang penduduk Palestin. Jabhah turut mempersoalkan PLO dan Lajnah Eksekutif kerana tidak menegah Fayyad yang statusnya adalah berada pucuk pimpinan Pihak Berkuasa Palestin.

Gambar: Pembela Palestin yang menggerunkan Israel

Selain itu, Nabil Amru, pemimpin FATAH yang merupakan bekas duta Palestin ke Kaherah mengecam keras kehadiran Fayyad di persidangan Israel. Beliau berkata dalam kenyataan akhbar bahawa Fayyad telah diperingatkan dengan kesan hadir ke persidangan tersebut supaya menjaga perasaan penduduk Palestin. Jelas beliau, Tel Aviv akan menggunakan peluang sebagaimana gambar yang ditangkap ketika Barak berbisik di telinga Fayyad, begitu juga sebelum ini gambar sentuhan pipi antara Ehud Olmert dengan Mahmoud Abbas yang pasti akan mengguris perasaan penduduk Palestin.

Memetik dari media Palestin yang melaporkan bahawa penduduk Palestin menyatakan kemarahan sebaik sahaja muncul ketua kerajaan mereka menyertai persidangan yang bertujuan menjaga keselamatan zionis.

Kaji selidik yang dibuat oleh Pusat Media Palestin mendapati kemarahan penduduk Palestin berhubung penyertaan Salam Fayyad yang juga adalah Palestin menyertai perancangan bagi keselamatan Negara penjajah yang telah membunuh dan menghalau Palestin dari tanahnya sendiri.

Sumber menyatakan, Persidangan Herzliya yang diadakan setiap tahun adalah persidangan yang amat penting kerana individu yang sertai adalah dikalangan pemimpin politik, ketenteraan, dan keselamatan zionis.

Dinyatakan lagi, status mereka yang hadir bermula Menteri Pertahanan, Ketua Taurus Angkatan Tentera Israel, Ketua-ketua Bahagian dan Perkhidmatan Keselamatan Israel, bekas-bekas Menteri Perang Israel(Pertahanan), Jeneral-jeneral dan pegawai Tertinggi Tentera malah Unit Kajian Strategik. Di samping itu puluhan ahli akademik Isrel yang juga dilaporkan turut serta, terdiri daripada pemikir, pengkaji dan wakil-wakil dari Pusat kajian Ketenteraan dan Politik malah wakil Pusat Kajian Strategi dari media massa.

Gambar: penunjuk perasaan Palestin diserang gas pemedih mata ketika mempertahankan tanah yang bakal dirampas Israel

Berikutan itu, penduduk Palestin mendesak supaya Fayyad diasingkan dari Pentadbiran Palestin kerana jenayah yang begitu jelas sekalipun menyertai persidangan yang merencana dasar strategi politik yang bukan sahaja menentang penduduk Palestin malah umat Islam dan Arab.

Sumber menjelaskan, kesemua ini terletak di bahu Gerakan FATAH yang memacu segala urusan Palestin di Tebing Barat, dan FATAH tidak boleh senyap begitu sahaja. Sekiranya, FATAH mendiamkan perkara yang sedang berjalan ini, maka FATAH turut dituduh bersekongkol. Sumber 04/02/2010, suratkhabar Ad-Doustour. Sumber gambar AP(assacioted press)

Read more...

Sha'at jumpa HAMAS

Anggota Lajnah Pusat Gerakan FATAH, Nabil Sha'at berjumpa dengan 2 pemimpin gerakan HAMAS, Khalil Hayyah dan Aiman Taha di salah sebuah hotel di Gaza.

Gambar: dari kiri, Nabil Sha'at dan
sebelah kanan, Khalil Hayyah

Menurut sumber, pertemuan ini adalah kali pertama sejak Oktober tahun lepas selepas gagal mencapai persetujuan menandatangani dokumen permeteraian pembaikan Palestin.

Sha'at berkata dalam sidang akhbar sebaik sahaja mengadakan pertemuan tersebut bahawa pertemuan yang diadakan itu adalah positif. Tambah beliau, Mahmoud Abbas yang memintanya menemui HAMAS, di samping keinginan beliau sendiri yang menghendaki berjumpa dengan HAMAS demi meleraikan konflik perpecahan Palestin.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dia bukan pihak yang dipertanggungjawabkan secara rasmi sebagai perunding dengan HAMAS berhubung usaha pembaikan Palestin.

Sha'at turut menolak dari memberi apa-apa penjelasan yang diperbincangkan ketika pertemuan tersebut. Beliau hanya menyatakan harapan kunjungan beliau ke Gaza dan bertemu dengan HAMAS adalah bagi mengakhiri konflik kerana Tebing Barat dan Semenanjung Gaza adalah sebuah tanahair.

"kami berusaha membebaskan Palestin dari penjajahan dan sekatan Israel supaya dapat menubuhkan sebuah Negara Palestin sebagaimana yang diimpikan, kami akan berjuang untuk Palestin", ujar beliau.

Harapan beliau dari pertemuan tersebut adanya pelaksanaan dari apa yang disepakati bagi menyatukan usaha atas nama Palestin.

Sementara itu, Khalil Hayyah dari pihak HAMAS mengalu-alukan kunjungan Sha'at. Khalil mengungkapkan pertemuan seumpama ini sebagai langkah awal khususnya hubungan dua hala antara gerakan HAMAS dan FATAH malah sebagai langkah agar tercapainya perpaduan Palestin.

Khalil Hayyah menjelaskan, HAMAS amat menyambut baik pertemuan ini yang menjadi harapan besar berikutan akan diadakan lagi perjumpaan- perjumpaan bagi membincangkan beberapa perkara dan isu berkaitan Palestin.

Sha'at yang mengunjungi Gaza melalui sempadan Erez, utara Gaza-Israel turut mengajak HAMAS menandatangani dokumen permeteraian yang dicadangkan oleh Mesir supaya usaha pembaikan Palestin tercapai.

Hari ini, Nabil Sha'at turut bertemu dengan Ismail Haniah(HAMAS), Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza.

Sha'at menjelaskan, dalam perbincangan dengan Ismail Haniah turut menyentuh hal bagi menjernihkan semula keadaan antara HAMAS dengan FATAH. Sumber 03-04/02/2010, berita al-Jazeerah dan web beria al-Jazeerah

Read more...

Israel tangkap 22 Palestin malam semalam, halang menonton siaran beria al-Jazeerah

Sumber melaporkan bahawa penjajah(Israel) telah menangkap 22 penduduk Palestin malam semalam di Tebing Barat.

Sementara itu, pihak pentadbiran penjara di Israel turut melarang penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara Israel daripada mengikuti siaran berita al-Jazeerah.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel berkata, pengharaman daripada menonton siaran berita al-Jazeerah disebabkan 'makna yang tersirat' di sebalik penyiaran berita.

Pada 23/01/2010, Pertubuhan Hak asasi Palestin melaporkan pihak pentadbiran penjara Israel mengenakan bayaran ke atas tahanan Palestin di penjara Israel.

Sumber 03-04/02/2010, beria al-Jazeerah

Read more...

Seorang pejuang Al-Qassam syahid

03 Februari 2010

Menurut sumber, seorang pejuang dari KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), Abu Dujanah Abdul Rahman Abdullah Abdul Rahman(23) dari Hayyu Syeikh Ridhuan, Gaza menemui syahid pagi tadi.

Memetik sumber dari web rasmi Al-Qassam, as-Syahid menemui Allah Ta'ala sewaktu menunaikan satu tanggungjawab; 'jihad'. Sumber 03/02/2010, web rasmi al-Qassam dan berita al-Jazeerah

Read more...

2 kanak-kanak parah dalam satu letupan

Menurut sumber, sebuah kereta seorang pemimpin HAMAS, Yusof Sorsur telah diletup, lantas mengakibatkan 2 kanak-kanak perempuan dari ahli keluarganya mengalami luka parah. Kejadian berlaku di kawasan Muaskar, barat Khan Yunus semalam.

Sementara itu, beberapa lagi laporan berhubung laporan letupan di beberapa kawasan di Gaza, iaitu pusat cyber cafe, restoran dan beberapa buah kereta.

Sumber polis mengesahkan bahawa siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti pihak yang melakukan kerja tersebut sebelum dikenakan tindakan undang-undang.

HAMAS mengecam keras 'kerja meletup' itu malah HAMAS mengungkapkan percubaan dari pihak penjajah dan pihak yang ada kaitan dengan penjajah bagi mencetuskan 'ketegangan'. Sumber 03/02/2010, suratkhabar Shourouk dan berita al-Jazeerah, 02/02/2010

Read more...

Mesir sambut baik seruan HAMAS

Jurucakap rasmi Kementerian Luar Mesir mengumumkan semalam bahawa Kaherah menyambut baik seruan yang terus-menerus dari pemimpin HAMAS(gambar di sebelah:logo HAMAS) yang mahukan usaha pembaikan Palesin tercapai. Bagaimanapun, Mesir menegaskan bahawa dokumen permeteraian bagi perpaduan Palestin yang dicadangkan oleh Mesir tidak boleh dirombak.

Berkata Husam Zaki dalam kenyataannya, 'Kenyataan yang terus-menerus dari pemimpin HAMAS yang mahukan usaha pembaikan Palestin tercapai amat dialu-alukan."

Jelas beliau, kemahuan seumpama ini bagaikan hilang setelah HAMAS berundur dari mempersetujui 'persepakatan' pada 10 Oktober tahun lepas dalam dokumen permeteraian yang dicadangkan oleh Mesir(gambar di sebelah: hijau, kedudukan Negara Mesir). Menurut beliau, HAMAS juga tidak hadir pada 25 Oktober tahun lepas untuk menandatangani cadangan Mesir, kemudian memberi hujah wujudnya perselisihan di dalam dokumen tersebut sekalipun telah dipersetujui.

Menjawab persoalan berhubung pendirian Mesir bagi membuka semula dokumen permeteraian untuk dilakukan rombakan, beliau menyatakan, tindakan seperti ini akan menggagalkan agenda pembaikan sehingga masa yang tidak diketahui.

Jelas beliau lagi, bila dokumen tersebut dibuka kepada satu-satu Kumpulan Pembebasan Palestin(Gerakan Pembebasan) untuk dirombak bermakna 'dibuka' untuk semua Kumpulan malah usaha seperti berundur ke belakang.

Jurucakap rasmi Kementerian Luar Mesir mempastikan bahawa kepentingan(usaha pembaikan Palestin) adalah keperluan pada masa ini bagi merencanakan agenda kebangsaan Palestin; iaitu mengembalikan semula hak-hak Palestin dan menubuhkan Negara Palestin sebagaimana yang dikehendaki oleh Kumpulan ataupun Gerakan Pembebasan Palestin. Matlamat Mesir pula adalah berusaha agar tercapai dan sesekali tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya.

Husam menegaskan, pendirian Mesir menggambarkan amat perlu kepada persetujuan sebagai langkah utama ke atas dokumen permeteraian ini sebelum mengambil semua 'pemerhatian' dari Kumpulan-kumpulan dan Gerakan Pembebasan untuk langkah perlaksanaan. Sumber 03/02/2010, suratkhabar Shourouk dan al-Ahram

Read more...

3 parah di sempadan Mesir-Gaza

Menurut sumber, 3 penduduk Palestin mengalami luka parah dalam beberapa serangan Israel yang mensasarkan terowong bawah tanah yang terletak di antara sempadan Mesir-Semenanjung Gaza.

Sumber Gaza pula melaporkan, seorang pemuda Palestin, Mahrous al-Nazr(22) dari Jabaliya telah syahid dalam pengeboman zionis ke atas garisan sempadan Mesir-Semenanjung Gaza.


Berdasarkan sumber Pihak Keselamatan Gaza berkata, pesawat tempur Israel jenis F-16 melancarkan 4-5 serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(bandar Rafah) dan beberapa serangan ke atas kawasan terowong bawah tanah awal pagi tadi. Serangan tersebut mengakibatkan, 3 penduduk Palestin parah, sejurus selepas itu, diumumkan Mahrous al-Nazr telah syahid.

Sumber menjelaskan, seiring dengan serangan tersebut, pihak penjajah turut menceroboh timur Beit Hanoun yang disokong beberapa buah kereta kebal dan buldozer. Selain itu, kawasan bebas di utara Gaza turut diceroboh Israel.
Sumber 03/02/2010, berita al-Jazeerah, web berita aqsatv.ps dan web berita IslamToday.net

Read more...

Abu Mazen sedia jalankan rundingan damai dengan Israel melalui perantaraan Amerika

02 Februari 2010

Presiden Palestin, Abu Mazen(Mahmoud Abbas yang telah berakhir tempoh penggal jawatan Presiden menurut HAMAS) menyatakan akan menerima diadakan semula rundingan damai dengan Israel beberapa hari lagi mengikut cadangan dan perantaraan Amerika.

Abu Mazen bersedia untuk mengadakan rundingan tersebut dengan syarat Israel membekukan kerja-kerja pembinaan penempatan yahudi dan mengiktiraf garisan sempadan 1967 hak Palestin sebagai asas penyelesaian. Selain itu, penetapan mekanisme dan jadual masa sebagai lanjutan dari rundingan damai.

Beliau menjelaskan ketika ditemubual akhbar 'Guardian' Britain, bahawa akan diadakan mesyuarat dengan beberapa pemimpin Arab sebelum mengambil sebarang ketetapan berhubung rundingan dengan Israel.

Berikutan kerja-kerja pembinaan penempatan Yahudi masih berterusan di Tebing Barat menandakan penyelesaian konflik perdamaian hanya dengan idea 'sebuah Negara'.

Abu Mazen dalam temubual membantah secara mutlak penentangan bersenjata ke atas Israel. Beliau mengungkapkan bantahan tersebut adalah kerana tindak balas ataupun kesan yang sebaliknya ke atas tanah-tanah Palestin. Malah beliau turut menyebut bahawa HAMAs juga menghentikan penentangan ke atas Israel di Semenanjung Gaza.

Rentetan dari usaha perdamaian yang tidak menatijahkan sebarang kemajuan, Abu Mazen mengancam dengan tekad untuk meletakkan jawatan.

Sumber dari HAMAs pula mengecam keras kenyataan Abu Mazen yang mengumumkan penerimaan diadakan semula rundingan damai dengan Israel dengan syarat Israel membekukan kerja pembinaan selama 3 bulan, malah turut berjanji tidak akan membenarkan penentangan bersenjata. HAMAS menyifatkan pendirian Abu Mazen yang sedemikian itu 'mudah mengaku kalah'.

HAMAS memberi peringatan "seruan ke meja rundingan adalah sia-sia kerana mengikut kehendak Amerika dan menjaga kepentingan zionis-Israel yang mahu menutup kerja pembinaan penempatan secara berterusan dan me'yahudi'kan Al-Quds."

Sumber menyatakan HAMAS dalam kenyataan akhbar berkata, "Abbas tidak lagi mewakili penduduk Palestin kerana telah mengubah harapan dan cita-cita Palestin."

"Abu Mazen menzahirkan dirinya yang mudah mengalah, manakala pandangannya juga menandakan yang sebaliknya seolah-olah bersikap mengecuali tidak sepertimana kecenderungan FATAH yang menginginkan penentangan", jelas HAMAS.

HAMAS turut mencela keinginan Abbas dan kumpulan 'Oslo'nya yang mahu mengadakan pertemuan dan berunding dengan zionis. Dalam masa yang sama membantah dialog sesama Palestin tanpa mengikut syarat Lajnah Kuartet Empat(The Quartet on the Middle East; اللجنة الرباعية الدولية; Kuartet Timur Tengah) yang menghendakki diiktiraf penjajahan Israel dan melucutkan senjata.

Akhbar 'Guardian' dalam terbitannya menyatakan, realiti Mahmoud Abbas adalah di bawah tekanan Amerika supaya memulakan perbincangan berhubung perdamaian dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Dijelaskan, Abbas dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dan Menteri Luar Britain David Miliband melahirkan kehairanan dengan sikap pentadbiran Amerika berikutan permintaannya mahu Israel membekukan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Al-Quds.

Menurut 'Guardian', Abbas akan menghubungi sekutunya Arab sebelum memberi jawab balas pada hari Khamis akan datang kepada Utusan Khas Amerika Syarikat di Timur Tengah, George Mitchell mengenai usaha mengadakan semula perbincangan dengan Israel.

(kemaskini, 03/02/2010)
Menurut sumber lain, bahawa Abbas akan memberikan jawab balas dalam beberapa minggu lagi.
Sumber 02/02/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah dan suratkhabar al-Ahram

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS