Ketua Umum Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim memberi perhatian sepenuhnya untuk memburu agensi perisikan Israel(Mossad) yang dikenalpasti pihak yang dikehendaki polis Dubai malah akan didakwa mengikut perundangan Negara Emiriah Arab Bersatu berikutan terjebak dalam pembunuhan ke atas salah seorang pemimpin HAMAS, Mohammad Abdul Rauf Al-Mabhuh.
Sumber memetik kenyataan dari Khalfan bahawa Ketua Mossad, Meir Dagan adalah dikehendaki dan kami menanti masa yang sesuai untuk menahannya dengan kerjasama INTERPOL(International Criminal Police Organization).
Gambar kiri: Dhahi Khalfan dan atas, sebelah kanan adalah Meir Dagan
Beliau menyatakan, pihaknya akan memburu Ketua Mossad dengan apa cara sekalipun, 'sama ada Negara Barat setuju atau tidak, ataupun Polis Antarabangsa(INTERPOL) memberi kerjasama atau tidak, kami tetap memburunya kerana jenayah ini berlaku di dalam Negara Emiriah Arab Bersatu.'
"Jika benar Ketua Mossad, seorang lelaki yang berani, dia kena mengakui kepada dunia dia bertanggungjawab ke atas pembunuhan ini", Desak Khalfan serta membangkitkan persoalan, "bagaimana individu yang penakut sebegini boleh memegang jawatan Ketua Mossad?"
Legenda Mossad
Dengan maklumat yang diperolehi Polis Dubai telah meletupkan satu legenda Mossad(gambar di bawah:logo Mossad), sesiapa yang merasai Mossad adalah agensi perisikan yang hebat atau tidak pernah melakukan kesalahan, maka dia sedang berangan-angan.'
Khalfan menganggap bahawa 26 individu yang membunuh seorang mangsa tanpa senjata adalah pengecut dan penakut.
Ketua Polis itu menerangkan tentang peningkatan jumlah individu yang disyaki terlibat kepada 26 orang tetapi tidak mungkin akan melebihi 30 individu mengikut siasatan sekarang.
Unit siasatan Polis Dubai menemui bukti terbaru yang mempastikan lagi beberapa individu dari 26 yang telah diumumkan sebelum ini terlibat dalam komplot pembunuhan. Khalfan menjelaskan, antara bukti tersebut adalah cap jari.
Kerjasama dari Eropah
Sepanjang proses timbal balas dengan Negara-negara Eropah mengenai kes ini, Khalfan berkata ,'Duta-duta Israel yang dipanggil wakil-wakil Negara Eropah telah dikecam kerana pasport Eropah yang digunakan dalam pembunuhan ini adalah sangat baik', jelas beliau lagi, kami(Emiriah Arab Bersatu) dan Eropah telah diperlakukan begini, maka kita semua kena menjejaki dan memburu mereka yang melanggar undang-undang Negara kita."
Berhubung laporan yang diterbitkan akhbar tempatan Emiriah mengenai penangkapan invidu ketiga(Palestin) yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Mabhuh telah dinafikan Khalfan.
Bagaimanapun, beliau mendedahkan dengan terperinci mengenai dua individu dari Palestin yang berada dalam tahanan Pihak Berkuasa Emiriah Arab Bersatu.
Khalfan menjelaskan, seorang dari individu Palestin itu telah ditetapkan hukuman mati oleh salah sebuah kumpulan pembebasan Palestin kerana adanya hubungan dengan salah seorang yang disyaki membunuh Mabhuh.
Gambar di sebelah: logo INTERPOL
Beliau menyatakan, individu tersebut yang juga terjebak dalam jenayah pembunuhan itu telah bertemu dengan salah seorang yang berkedudukan tinggi dalam kumpulan terbabit. Selain itu, Polis Dubai dapat merakam pertemuan mereka.
Jelas beliau, tidak syak lagi adanya pertalian dengan pihak yang melaksanakan operasi pembunuhan.
Sebelum ini, HAMAS dan Kerajaan Palestin di Gaza menuntut dari Polis Dubai agar menyerahkan Palestin yang disyaki terlibat, namun Khalfan juga tidak menafi sememangnya boleh tetapi Khalfan menjelaskan, 'kami tidak dapat memutuskan keputusan sebegini kerana perkara ini akan dibawa ke pengadilan yang lebih berautoriti'. Sumber 27/02/2010, web berita al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan