Penjajah bebaskan tahanan yang luka parah
12 April 2012
KHAN YOUNIS - Pihak berkuasa penjajah telah membebaskan seorang tahanan Palestin, Ahmad Samir Asfour, 23 yang sedang mengalami luka parah petang ini(Khamis, 12/04/2012). Asfour dibebaskan setelah meringkuk selama dua tahun enam bulan dalam penjara penjajah.
Asfour ditangkap penjajah sewaktu menuntut di universiti Al-Aqsa dalam fakulti kewartawanan ketikamana pergi ke salah sebuah hospital dalam garisan jajahan 1948 untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Penjajah tidak menghiraukan keadaan dirinya yang mengalami luka parah semasa perang Gaza pada akhir tahun 2008 - awal 2009, lalu mangsa terus disumbat ke dalam sel kurungan serta dipaksa menjalani soal jawab dengan cara yang keras.
Ahmad Samir Asfour mengalami luka parah di beberapa bahagian tubuhnya dan sebahagian besar saki-baki serpihan peluru roket yang ada dalam ususnya telah pun dibuang, manakala pankreas mangsa diganti dengan pankreas tiruan. Sumber 12/04/2012, web berita Safa.ps