الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Haniyeh: Kapal Qatar yang membekal bahan bakar tiba di Gaza dua hari lagi

17 April 2012

Laporan jam 09:35 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:35 malam, waktu Mesir

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkata, kapal muatan bahan bakar yang disumbangkan oleh Qatar untuk penjanaan stesen janakuasa elektrik di Semenanjung Gaza telah tiba di pelabuhan Suez petang Selasa, 17 April 2012. Jelas beliau, bahan bakar yang dibawa oleh kapal akan dimasukkan ke ke Gaza dalam tempoh dua hari lagi.

Tambah beliau ketika slot wawancara pemberita stesen televisyen AL-AQSA pada petang Selasa bahawa nilai bahan bakar dalam muatan kapal mencecah USD35 juta sambil itu, beliau menerangkan kuantiti ini memadai untuk mengalirkan bekalan elektrik dari stesen janakuasa selama dua bulan.

Beliau menyatakan Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani telah berjanji untuk meneruskan pembekalan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Isu lain:
Perisikan Mesir lengahkan ketibaan Kapal Qatar


Haniyeh menjelaskan krisis bekalan elektrik di Semenanjung Gaza menemui jalan penyelesaian, "itu pun jika apa yang telah dipersetujui dengan saudara kita di Mesir terlaksana, dan pembekalan bahan bakar ke Gaza ini berterusan dari saudara kita, Qatar dan selainnya."

Sebelum wawancara bermula, Ismail Haniyeh merasmikan studio baru stesen televisyen AL-AQSA yang diberi nama 'Ar-Rantisi', sempena memperingati ulang tahun ke-8 kesyahidan pucuk pimpinan gerakan HAMAS, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi. Sumber 17/04/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

Penjajah belasah tahanan Palestin dalam penjara padang pasir

Laporan jam 05:22 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:22 petang, waktu Mesir

Sepasukan unit khas pihak berkuasa penjajah telah merempuh masuk ke bilik kurungan penjara padang pasir 'Nafhah'. Semasa rempuhan sebelum tengahari tadi(Selasa, 17/04/2012), pihak berkuasa penjajah membelasah tahanan-tahanan Palestin dengan menggunakan belantan dan cotar, pada waktu yang sama tahanan Palestin mengadakan mogok lapar.

Nasr Abul Foul, aktivis yang bergiat cergas dalam isu tahanan menjelaskan bahawa pihak berkuasa penjajah merempuh masuk ke penjara serta membelasah tahanan-tahanan Palestin setelahmana mereka enggan mematuhi arahan menghentikan mogok lapar.

Salinan kenyataan Abul Foul yang diterima agensi berita PALTIMES menerangkan, kesemua para tahanan Palestin enggan menghentikan mogok lapar dan mereka masih kental mencabar dasar angkuh zionis yang menentang para tahanan.

Jelas Abul Foul, kejadian ini berlaku seiring sempena sambutan hari tahanan Palestin dan amat jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan perjanjian Geneva ke-4. Demikian itu, ia berlaku ketikamana keadaan dan layanan buruk jabatan penjara terhadap tahanan Palestin malah tuntutan mereka bagi mendapatkan keperluan asasi juga tidak diendahkan.

Abul Foul menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Palang Merah menetapkan pendiriannya dengan jelas ke atas setiap perkara berhubung isu tahanan ini serta campurtangan bagi menghalang layanan buruk yang diberikan kepada tahanan Palestin. Beliau merayu Yayasan-yayasan dan Pertubuhan Hak Asasi agar bertindak segera campurtangan bagi menghentikan kesengsaraan para tahanan Palestin malah kerap kali penjajah melanggar piagam antarabangsa dan kemanusiaan. Sumber 17/04/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

Noktah pejuang: Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi

Sempena hari tahanan Palestin pada 17 April 2012 yang turut disambut dengan mogok lapar, hari ini juga merupakan ulangtahun ke lapan(17/04/2004) pemergian seorang mujahid Palestin yang lebih rela mati syahid dengan bedilan peluru dari helikopter Apache dari disebabkan penyakit kanser. Beliau diibaratkan helang kepada pejuang Palestin dan gerakan HAMAS, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi.

Read more...

Cedera terkena tembakan zionis

Laporan jam 08:50 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:50 pagi, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Seorang penduduk Palestin tercedera akibat terkena tembakan tentera zionis pagi tadi (Selasa, 17/04/2012). Kejadian ini berlaku di sebelah timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Penyampai berita agensi SAFA menjelaskan bahawa mangsa berkenaan, Hasan Ashninuh, 25 pekerja syarikat pertanian Khuza'ah(مؤسسة خزاعة للزراعة المستمرة) mengalami kecederaan di bahagian paha yang disifatkan pertengahan akibat terkena tembakan dari menara kawalan tentera rejim zionis sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Selepas kejadian, mangsa dibawa dengan ambulan ke hospital Eropah.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, menara-menara kawalan tentera zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah rumah-rumah awam dan tanah pertanian yang berada di sebelah timur bandar Khan Younis. Sumber 17/04/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS