الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Bendung tentangan sengit, lanjutkan lagi serangan

08 April 2011

Laporan asal jam 10.18 malam, Palestin/Mekah
Jam 09.18 malam, Mesir

UMMUL-FAHM, - "Serangan sengit ke atas sasaran kumpulan sayap bersenjata di Gaza akan berlanjutan selama beberapa hari tanpa melibatkan operasi ketenteraan yang lebih meluas," kata Netanyahu malam ini.

Tambah Perdana Menteri rejim zionis, "tentera tidak akan melengah-lengahkan menyerang sesiapa yang sengaja bertindak menyakiti warga Israel."

Sebagaimana yang dijadualkan, menurut radio 'Suara Israel' versi hebrew, Netanyahu akan mengadakan pertemuan peringkat ketenteraan dan keselamatan esok hari dengan beberapa pegawai tertinggi bagi menilai kedudukan dan keadaan di Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Ketua Turus Angkatan Tentera zionis, Benny Gantz telah mengeluarkan taklimat kepada Ketua-ketua tentera zon selatan supaya teruskan melancar serangan ke atas lokasi-lokasi pejuang Palestin dan jangan menghentikan lagi serangan di masa ini, serta menyerang apa jua yang dimiliki gerakan HAMAS.

Gambar(wikipedia): Benny Gantz, Ketua Turus Angkatan Tentera zionis.

Di peringkat ketenteraan zionis membuat penilaian bahawa beberapa hari akan datang adalah hari yang terlalu sulit kerana terikat dengan tentangan yang lebih panas.

Bendung tentangan sengit

Siaran 10 televisyen Israel berkata, Ketua-ketua tentera tertinggi dalam tentera zionis sedang berusaha membendung dan menghentikan serangan-serangan dari pejuang Palestin ke kawasan selatan tanah jajahan 1948 sebelum menjelang hari Paskah Yahudi pada 18 April ini(rujuk di sini).

Menurut siaran itu lagi, peringkat ketenteraan melihat tentangan sengit pejuang seperti yang disebutkan mesti dihentikan dalam beberapa hari akan datang dan sebelum menjelangnya perayaan Pesakh Yahudi. Hal tersebut bagi menenangkan warga Israel di selatan tanah jajahan 1948 meraikan perayaan itu.

Ketika dihubungi, Presiden rejim zionis, Simon Perez telah berbincang dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon.

Perez meminta PBB tidak mengambil keputusan berdiam diri berhubung serangan-serangan roket dari Gaza yang menyerang Israel. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Masyarakat kami tidak akan tunduk - Haniyeh

Laporan asal jam 09.08 malam, Palestin/Mekah
Jam 08.08 malam, Mesir

GAZa - Ismail Haniyeh, Ketua Kerajaan Palestin di Gaza menyatakan malam ini bahawa tentangan dari rejim zionis ke atas masyarakat kami di Gaza akan gagal membuatkan kami tunduk malah semangat kami tidak akan dapat dipatahkan.

Beliau(gambar) ketika memberikan kenyataan menyebut, keimanan masyarakat Palestin dan semangatnya lebih besar berbanding pembunuhan yang dilakukan rejim zionis. Beliau turut menggesa supaya hentikan segera serangan-serangan ini ke atas penduduk Palestin.

Semalam, Ketua Kerajaan Palestin itu menghubungi kesemua pihak berkenaan bagi menghentikan serangan zionis di Gaza.

Sehingga saat ini bermula dari petang semalam, seramai 14 penduduk Palestin telah syahid, antaranya dua wanita, wanita berumur, kanak-kanak dan 5 pejuang AL-QASSAM. Mangsa yang cedera seramai 60 orang penduduk, 14 darinya kritikal. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Tunjuk perasaan depan kedutaan Israel

Laporan asal jam 06.29 petang, Palestin
Jam 05.29 petang, Mesir

KAHERAH - Selepas Jumaat tadi, beratus-ratus pemuda Mesir mengadakan tunjuk perasaan di hadaoan kedutaan Israel di Kaherah. Mereka mendesak supaya halau duta Israel dan menutup kedutaan Israel, malah juga membuat desakan agar bebaskan Gaza dari sekatan.

Para penunjuk perasaan ketika berdemontrasi membawa banting simpati untuk Gaza berikutan jenayah zionis yang berterusan di Gaza. Mereka turut membakar bendera rejim zionis(gambar).

Hari ini, kelihatan penyokong Ikhwan Muslimin memenuhi dataran Tahrir berbanding Jumaat lepas. Di samping itu, banyak tersebar bendera Palestin dan sepanduk-sepanduk yang mengajak penduduk Mesir menuju ke kedutaan zionis.

Beratus-ratus pemuda yang berada di dataran Tahrir bertindak membakar bendera rejim zionis. Mereka menyatakan perlu menyokong Intifadhah Palestin ketiga yang dijangkakan berlaku mengikut pelawaan yang tersebar luas di media internet. Hal itu sempena memperingati 'Nakbah Palestin' pada 15 Mei akan datang.

Salah seorang anggota Majlis Revolusi, Abdul Khalik Farouq menghentam kuat jenayah yang dilakukan rejim zionis. Jelas beliau, jutaan yang berada di Tahrir ini merupakan satu mesej terkuat membalas serangan-serangan zionis di Gaza, malah turut cuba campurtangan dalam kedaulatan Mesir. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Serang balas 16 roket ke tanah jajahan

Laporan jam 02.51 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.51 petang, Mesir

TANAH JAJAHAN - Sejak semalam, rejim zionis melancarkan berbelas-belas serangan, udara dan darat di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan 10 penduduk syahid dan lebih 40 cedera.

Memetik laporan Safa pada 27/03/2011, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang(gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama.

Mengikut arkib maklumat, serangan roket Palestin ke Israel(tanah jajahan 1948) bermula setelah zionis menceroboh Gaza.

Sejak dari itu, zionis kerap menggasak serangan dan menceroboh Gaza meskipun pada 27/03/2011, sayap-sayap senjata Palestin di Gaza sepakat untuk bertenang.

Beberapa jam yang terkini, radio Israel menghebahkan pada hari ini, bahawa 16 serangan roket dan peluru mortar dilepaskan dari Gaza menuju ke dalam tanah-tanah jajahan 1948. Semalam media Israel menyebut, 45 roket Palestin termasuk mortar menyerang tanah jajahan.

Salah satu dari serangan mortar dikatakan gugur ke atas ladang penternakan yang terletak dalam kawasan penempatan haram. Selain itu, serangan dari Gaza gugur di kawasan terbuka. Tidak ada sebarang luka parah mahupun kerosakan harta benda.

Berikutan itu, serangan roket dan mortar adalah bagi membalas serangan ganas zionis. Petang semalam, serangan AL-QASSAM kena tepat ke atas sebuah bas, lantas rosak teruk dan ada warga haram yang tercedera. Di samping, sebuah pos tentera zionis turut terkena serangan AL-QASSAM.
_________________________________________
Baca lagi:

Israel dakwa halang roket, AL-QASSAM sasar bas

_________________________________________

Laporan tengahari tadi, pejuang dari KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH, sayap tentera kepada BARISAN DEMOKRASI PEMBEBASAN PALESTIN mengumumkan pejuangnya telah mengebom penempatan haram zionis yang terletak di utara Semenanjung Gaza.

Salinan laporan kenyataan pejuang itu menjelaskan, pejuang KATAIB AL-MUQAWAMAH telah melepaskan serangan roket pada jam 05.30 pagi ke atas sebuah penempatan haram.

Jelas laporan, pengeboman ini adalah bagi membalas sikap zionis yang tidak memberi komitmen dan tidak mematuhi gencatan senjata(bertenang), malah terus mengebom secara ganas penduduk Palestin yang terasing.

Pejuang AL-MUQAWAMAH mengancam akan meningkatkan lagi pengeboman ke atas penempatan-penempatan haram. Mereka menegaskan penentangan terhadap penjajah terus menjadi pilihan sehinggalah hak-hak Palestin dikembalikan. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

[Karikatur] Terlalu lembap

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah.net

"Sepatutnya laporan Goldstone mengenai perang Gaza(akhir 2008- awal 2009) boleh menghukum kepala-kepala rejim zionis. Walaupun ada pihak yang menggesa agar dipercepatkan mengemukakan laporan tersebut ke Badan-badan antarabangsa untuk menghukum zionis, namun ada pihak yang menangguh dan teragak-agak kerana memikirkan kepentingan lain yang lebih menguntungkan. Tak dinafikan, laporan Goldstone hanya menjadi isu semata-mata mengutuk kekejaman rejim zionis ataupun rejim penjajah tetapi hanya sekadar mengutuk, tiada apa-apa tindakan perundangan yang sewajarnya perlu. Lebih cerdik lagi, Britain melindungi penjenayah perang dengan peruntukan undang-undang terbarunya.

Kini, yang melepas dan terlepas adalah Arab yang asyik dengan lamunan mimpi perdamaian yang tidak menjanjikan apa-apa erti, tambahan pula mengundang kutukan dan kritikan serta tohmahan. Mungkin tsunami Jepun boleh mengajar mereka setelah angin revolusi sedang ditiup pergi, itupun jika Arab terlalu lembab, kesannya yang sengsara terus disengsarakan".

حسبي الله و نعم الوكيل

Read more...

Lagi kekejaman terbaru zionis di Gaza

Laporan terkini jam 12.52 petang, Palestin/Mekah
Jam 11.52 pagi, Mesir

GAZA - Kekejaman terbaru zionis pada waktu tengahari tadi mengakibatkan tiga lagi syahid dan empat cedera dalam dua kejadian pengeboman berasingan di bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Pemberita Safa melaporkan pesawat pengintip tanpa pemandu zionis telah melancarkan beberapa serangan, salah satunya gugur ke atas rumah Ibrahim Qudaih. Akibatnya, rumah tersebut terjejas teruk. Tambahan pula, penghuni rumah itu, surirumah dan seorang anaknya syahid, dan dua lagi anaknya cedera.

Lapor Safa, satu lagi serangan mengakibatkan seorang lagi penduduk Palestin yang berusia syahid apabila kawasan Hayyu Al-Manarah yang berhampiran Masjid Said Qutub di selatan Khan Yunus menjadi sasaran serangan.

Berhubung kekejaman zionis, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, tiga penduduk syahid berikutan dibom, iaitu seorang yang berusia, Talal Abu Taha, 55, Najah Qudaih, 45 dan anaknya Nidhal Qudaih, 21 dan dua lagi cedera.

Jumlah terkini yang syahid sejak pagi tadi telah meningkat kepada lima yang syahid. sebelum itu, dua pejuang AL-QASSAM syahid.
________________________________________________
Baca lagi:

________________________________________________

Sejak serangan zionis di Gaza dari semalam yang tidak sampai masa 24 jam, jumlah penduduk Palestin yang syahid meningkat ke angka 10 dan mangsa yang cedera melebihi 40 orang penduduk. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Pesawat pengintip bunuh dua pejuang AL-QASSAM

Laporan asal jam 09.20 pagi, Palestin/Mekah
Jam 08.20 pagi, Mesir

GAZA - Pesawat pengintip tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung' telah melepaskan satu serangan peluru ke atas sekumpulan pejuang di kawasan Al-Hawuus yang merupakanan jalan masuk ke Khuza'ah, lalu mengakibatkan dua pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) syahid.

Jelas Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, dua pejuang yang syahid, Abdullah Mahmud Al-Qura berasal dari Khuza'ah dan Mu'taz Abu Jamie' dari Bani Suheila.

Memetik dari web rasmi penerangan AL-QASSAM yang telah mengesahkan kejadian turut mengucapkan takziah.

Laporan AL-QASSAM bersamaan 08/04/2011 menyebut dua pejuangnya, Abdullah Mahmud Al-Qura, 20 dari Masjid Ridhuan di Khuza'ah, dan Mu'taz Jamal Abu Jamie', 23 dari Masjid Hamzah, Bani Suheila, Khan Yunus.

Jelas Al-QASSAM, kedua-dua pejuangnya telah menemui Allah Ta'ala pagi Jumaat berikutan dibom pesawat pengintip zionis setelahmana kedua-dua pejuang itu menyelesaikan misi besar dan mulia di sisi Allah. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps dan web rasmi penerangan AL-QASSAM

Read more...

Krew Perubatan temui lagi mangsa yang syahid

Laporan asal jam 08.35 pagi, Palestin/Mekah
Jam 07.35 pagi, Mesir

GAZA - Seorang lagi mangsa yang syahid akibat pengeboman semalam ditemui krew perubatan pagi ini di bandar Khan Yunus.
______________________________________________
Baca lagi:

[Terkini] Syahid, cedera dalam serangan sengit zionis
Zionis serang lagi Gaza

______________________________________________

Mangsa yang syahid, Khalid Ad-Dabari, 23 terkena pengeboman semalam. Ketika kejadian, krew perubatan tidak dapat menuju ke lokasi disebabkan pengeboman dahsyat dari rejim zionis yang turut menyasarkan kereta ambulan.

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pemberita Safa melaporkan, rejim zionis melepaskan lagi tembakan meriamnya di bandar Khan Yunus. Tambahan lagi, kereta kebal yang berada di garisan sempadan dari arah timur Rafah melepaskan tembakan sengit ke arah Lapangan Terbang Gaza dan kawasan Qouz Abu Audah.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, pengeboman terbaru zionis mengakibatkan tiga penduduk Palestin cedera, dan mangsa telah dibawa ke hospital Abu Yusuf An-Najjar.

Ketika ini, pejuang-pejuang Palestin telah membalas serangan roket dan peluru mortar 'hawn' ke arah penempatan-penempatan haram zionis yang berdekatan Gaza. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS