[Terkini] Syahid, cedera dalam serangan sengit zionis
07 April 2011
Jam 08.36 malam, waktu Malaysia
GAZA - Empat penduduk Palestin syahid, manakala puluhan lagi cedera dalam pengeboman zionis petang ini. Serangan zionis yang menyasarkan beberapa buah sasaran di Semenanjung Gaza(ada media menyebut Genting Gaza, Jalur Gaza).
Menurut saksi kejadian, tentera rejim zionis melepaskan lebih lima tembakan artileri(meriam) di sekitar markaz Keselamatan Dalam Negeri Palestin dan beberapa buah rumah penduduk di Hayyu Shuja'ieyah.
Gambar(Safa): As-syahid Munasarah, 60 ketika diusung pasukan penyelamat.
Selang beberapa detik, dua lagi penduduk Palestin cedera apabila kereta kebal zionis mengebom Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Sumber perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital Kamal Udhwan untuk rawatan.
Setelah itu, sebuah lagi lokasi Abu Grad dan tempat peranginan di tenggara bandar Gaza turut dibom. Tambahan lagi, sebuah lokasi tentera di kawasan At-Tawwam yang terletak di barat bandar Gaza juga dibom, ekoran itu satu lagi peluru meriam gugur berhampiran timur perlintasan Al-Mintar. Tidak ada laporan mengenai kecederaan.
Menurut saksi lagi, helikopter rejim zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah beberapa buah rumpah penduduk di Hayyu Shuja'ieyah. Waktu yang sama, peluru meriam zionis gugur pula di lokasi Abu Grad, tenggara Gaza.
Tambah saksi lagi kepada agensi berita 'Safa', bot-bot laju tentera laut zionis mara dengan tiba-tiba di persisiran laut Gaza tengah(Pertengahan Gaza).
Menjelang beberapa detik, pesawat pengintip tanpa pemandu mengebom daerah Bet Lahiya, utara Gaza. Seorang lagi penduduk di Shuja'ieyah cedera dalam pengeboman terbaru.
Sasaran di selatan
Kejadian pengeboman yang menyasarkan sebuah Masjid At-Taqwa di Hayyu Jradat, timur bandar Rafah telah mengakibatkan dua penduduk syahid, manakala 17 cedera.
Pemberita 'Safa' berkata, mangsa yang syahid, Musab Muhammaf Sufi, 18 dan Muhammad Iyadah Al-Mahmum, 22.
Sejurus selepas kejadian, beberapa lagi peluru meriam kereta kebal zionis gugur di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(tidak beropasi), timur Rafah.
Menurut pemberita Safa, 13 penduduk termasuk seorang pemandu ambulan cedera dalam beberapa serangan berterusan di sekitar Lapangan Terbang Gaza. Seiring serangan ini, tentera rejim zionis yang berpengkalan sementara di garisan sempadan melepaskan tembakan ke arah ambulan yang sedang berkejar-kejaran mendapatkan penduduk yang cedera. Dilaporkan, kereta ambulan mengalami kerosakan teruk, manakala pemandunya parah.
Di Qararah, pemberita Safa menyebut pasukan penyelamat memindahkan seorang kanak-kanak yang tercedera akibat tiga serangan meriam di timur daerah.
Lagi seorang penduduk cedera apabila menara kawalan tentera zionis yang bertentangan kawasna Syeikh Hamudah timur Qararah melepaskan tembakan ke arahnya.
Kereta kebal zionis mengebom pula bangsal pertanian di kawasan 'الزنة', timur Khan Yunus. Bagaimanapun, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.
Sebuah rumah penduduk, Raed Qudaih yang terletak di timur daerah Qararah turut dibom dengan tiga serangan meriam kereta kebal zionis. Serangan tersebut mengakibatkan dua dari ahli keluarga saudara Raed cedera ringan.
Terkini, rejim zionis mengebom pula berhampiran hospital Syuhada Al-Aqsa di Der Balah, Gaza Tengah. Sumber tidak melaporkan sebarang kecederaan.
Setelah itu, empat buah terowong bawah tanah di selatan Rafah Gaza diserang pesawat tempur zionis, lantas mengakibatkan kemusnahan yang teruk.
Sebagaimana dijelaskan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, berkata, pengeboman zionis mengakibat tiga penduduk syahid, mereka, Mahmud Al-Munasarah, 60, Musab As-Sufi, 18, Saleh Turabain, 38 dan Muhammad Al-Mahmum, 22.
Tambah beliau, semua jumlah mangsa yang cedera mencapai jumlah 36 orang, di antaranya kanak-kanak, wanita hamil, pemandu ambulan dan wartawan.
Penangkis pesawat dan roket hadang serangan zionis
Jelas pemberita Safa, helikopter perang zionis yang berterbangan rendah di ruang udara dari beberapa buah daerah Khan Yunus sambil melepaskan tembakan mesingan terpaksa berundur dari ruang udara setelah dihadang penangkis udara pejuang Palestin.
Dalam laporan lain, kumpulan-kumpulan sayap bersenjata Palestin di Gaza membalas serangan zionis dengan mengebom beberapa buah lokasi rejim zionis yang berhampiran Gaza.
Kenyataan dari sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, bahawa pejuangnya telah mengebom sebuah pos tentera Isnad Sufa. Berikutan dua serangan roket jenis 'Al-Qassam', rejim zionis mengakui bahawa sebuah rumah di Naqab mengalami kerosakan.
"Apabila kami dari pejuang AL-QASSAM telah mengumumkan bahawa kami berpegang teguh dengan misi jihad, maka pejuang kami telah bersedia dengan apa yang kami miliki bagi membalas serangan zionis dan menghadang tindakan bodoh dari perompak," jelas AL-QASSAM.
Selain itu, pejuang KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA turut melancarkan serangan peluru mortar 'hawn' ke Netivot. Seiring dengan mortar, dua serangan roket jenis 'tabah' dan dua roket jenis '107' ke atas Nehal Auz dan Miftahim di timur Semenanjung Gaza.
Sebelum itu, pejuang ini telah mengumumkan pihaknya melancarkan dua serangan peluru mortar 'hawn' 80mm ke atas pos kawalan tentera Al-Farahain di Khan Yunus. Pada waktu tengahari tadi(waktu Palestin), pejuang kumpulan ini menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis, bagaimanapun mereka terselamat.
Namun, laporan dari pejuang itu mengatakan kumpulannya membuat keputusan yang tepat membantah dari sikap bertenang(gencatan senjata) dengan rejim penjajah. Ruang ini(tenang) telah diperalatkan zionis bagi meneruskan pembunuhannya ke atas kanak-kanak dan golongan tua.
Sebuah lagi kumpulan pejuang, KATAIB AL-MUQAWAMAH SHA'BIAH, berkata, 'pejuang Palestin berhak membalas penjenayahan yang dilakukan zionis', seraya itu, pejuang tersebut menyeru kepada semua sayap senjata agar meneruskan usaha yang benar ini serta menggempur rejim zionis dengan meningkatkan lagi serangan dari pihak pejuang.
KATAIB AL-MUQAWAMAH menggesa masyarakat Palestin berpadu tenaga di belakang sayap-sayap tentera pejuang Palestin serta memberi sokongan dengan mendoakan sepenuhnya kepada pejuang.
2 warga haram cedera
Tentangan sengit zionis di Gaza ekoran serangan peluru mortar yang mencederakan dua warga haram Israel. Lapor sumber, awal pagi tadi pesawat tempur zionis menyerang beberapa sasaran di Gaza.
Baca lagi:
4 serangan selepas 'si dengung' intip ruang udara Gaza
_________________________________________________
Menurut media Israel 'Jerusalem Post' versi hebrew, serangan peluru mortar hawn yang dilepaskan pejuang Palestin di Gaza gugur ke atas sebuah bas Israel. Lantas mencederakan pemandu dan seorang kanak-kanak yang dikatakan kritikal.
Gambar(Safa): Bas pengangkutan Israel yang terkena serangan roket.
Berikutan itu, ambulan Israel telah memindahkan mangsa yang tercedera ke hospital tentera 'Suruka'.
Sebaik serangan mortar, tentera rejim zionis terus membidas beberapa tentangan yang sengit ke Gaza.(laporan di atas)
Respon balas awal berhubung kecederaan yang dialami warga haram Israel, media Israel menukilkan bahawa Perdana Menteri Kerajaan zionis, Benjamin Netanyahu sedang memantau perkembangan terkini. Laporan utama berhubung serangan mortar turut dipersembahkan ketika pertemuan Netanyahu dengan Canselor Jerman, Angela Dorothea Merkel.
Netanyahu berkata sambil mempastikan kepada tetamu kehormat dari Jerman, bahawa Israel tidak dapat menerima pihaknya yang terdedah kepada serangan-serangan ini.
Sementara itu, Menteri Perang Zionis, Ehud Barak telah mengeluarkan perintah kepada Ketua-ketua tentera zionis agar membalas seberapa segera ekoran sebuah bas Israel yang terkena serangan mortar. Barak menuding ke arah HAMAS di Gaza dan mendakwa bahawa gerakan itu bertanggungjawab akibat dari serangan-serangan zionis ini. Sumber 07/04/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan