SALAHUDDIN lancar mortar ke penempatan haram Nehal Auz
20 Mac 2011
GAZA - Sayap tentera kepada LIJAN AL-MUQWAMAH SHA'BIAH(لجان المقاومة الشعبية), ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dilaporkan melancarkan serangan peluru mortar 'hawn' 80mm ke atas penempatan haram Israel, Nehal Auz yang terletak bersebelahan timur Gaza.
Kenyataan rasmi SALAHUDDIN yang disampaikan kepada agensi berita 'safa' mengesahkan bahawa selepas berjaya misi tersebut, pejuangnya dapat kembali dengan selamat. Jelas kenyataan itu, para pejuang SALAHUDDIN bersiap sedia dalam apa jua keadaan bagi menghadang sebarang pencerobohan dan serangan dari tentera zionis.
Gambar(arkib): Pejuang Palestin dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.
"Bersandarkan keimanan kepada Allah Ta'ala serta bekal senjata yang digalas, kami yakin kemenangan akan diberikan kepada orang beriman yang sentiasa sabar", tegas kenyataan itu.
SALAHUDDIN turut memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin rejim zionis bahawa Gaza tidak mudah menjadi mangsa zionis, akan tetapi Gaza adalah kubur zionis. Sumber 20/03/2011, web berita safa.ps