[Minda MAP] Wajar simpati terhadap penempatan haram?
04 Mac 2012
Mungkin gambaran dari karikatur ini boleh menimbulkan rasa simpati bagi meraih sokongan terhadap warga-warga haram Israel yang menduduki tanah-tanah Palestin secara zalim khususnya di Tebing Barat, jajahan tahun 1967.
Kartunis ini cuba membayangkan kepada pembaca bahawa sekiranya kerajaan rejim penjajah/zionis masih mahu menutup lubuk-lubuk penempatan(perumahan kecil bakal menjadi penempatan haram Israel), maka apakah pula nasib yang diterima oleh generasi warga haram Israel pada masa akan datang?. Lebih-lebih lagi, sinopsis karikatur ini menunjukkan seorang ibu(Israel) bersama tiga anaknya yang mana pada tahun-tahun tersebut, anak-anaknya bakal menjawat profesion penembak tepat, doktor perubatan tentera, dan juruterbang pesawat tempur F-35.
Realitinya, penempatan-penempatan haram Israel yang membiak aktif menjadi penghalang utama perdamaian antara PLO(Palestin) dengan perunding damai Israel, bahkan penempatan haram ini juga merupakan permasalahan asas yang tidak akan dapat diselesaikan dengan jalan rundingan semata-mata. Selagi rundingan damai berjalan, maka lebih bertambah lagi tanah-tanah Palestin tergadai.
Semoga tidak tersimpang dari isu sebenar, maka ini adalah hak Palestin dan sewajibnya dikembalikan kepada mereka yang lebih berhak(Palestin) bukannya menutup dengan isu yang lain.