الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Tentera Israel beri amaran kepada armada laut LL4G

26 Mei 2010

AL-QUDS, - Tentera Israel memberi lagi amaran hari ini kepada armada laut Lifeline4Gaza(LL4G) yang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza.

Sumber yang dipetik dari akhbar "Yediot Ahronot" Israel bahawa kenyataan rasmi dari pihak tentera telah mengeluarkan satu amaran kepada kapal-kapal yang menyertai armada laut itu supaya berpatah-balik.

Tentera Israel turut mengugut para aktivis jika mereka masih meneruskan pelayaran tersebut, maka angkatan tentera laut Israel tidak teragak-agak untuk menahan dan mengembalikan mereka ke Negara masing-masing, itupun setelah selesai langkah-langkah pemeriksaan dari sudut undang-undang dari Kementerian Dalam Negeri Israel.

Disebutkan juga mengenai bantuan-bantuan yang dibawa dalam kapal-kapal armada laut tetap akan disampaikan ke Gaza setelah langkah pemeriksaan dan penelitian dijalankan oleh Israel.

Sebagaimana dijadualkan, armada laut pemecah sekatan akan tiba di Gaza menjelang minggu akan datang, namun para aktivis dan pihak-pihak yang mengikuti pelayaran tetap meneruskan pelayaran meskipun menerima ancaman yang tidak putus-putus dari Israel. Sumber 26/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Gaza yang disayangi

Sumber karikatur, 26/05/2010 web berita (albayan)

Adakah Arab sahaja yang di'perboleh'kan menyelamatkan Gaza ketika mereka dilanda kesengsaraan? Adakah Arab sahaja yang berhak menyayangi Gaza? Adakah Gaza hanya boleh di'pergantung'kan kepada Arab?

Kini, Turki tiba dengan peranannya bagi mengembalikan semula peranan Empayar Uthmaniyyah yang telah di'sembam'kan pada 1924, lalu lemas dan tenggelam. Bagaimanapun, ruh Islam masih ada dan bekas itu kembali menempel di dalam jiwa-jiwa umat Islam yang masih berpegang kuat dan beriman sepenuhnya kepada Allah Ta'ala. Lantas, jiwa-jiwa itu timbul di permukaan dan mula bernafas. Mereka bangkit dengan keberanian.

Nuklear Iran, ketidakstabilan keamanan Timur tengah dan ekonomi..Turki terus mengambil tempat serta mempamerkan rentaknya, malah dalam sektor kebudayaan dan pendidikan, Turki tidak segan-silu mengagungkan bahasa arab meskipun lidah terbelit atau tergeliat tika menuturkan bahasa syurga, namun hasilnya ada kesan yang baik. Tujuan minda dan tulisan MAP bukan mencetuskan 'provokasi', 'kontroversi' atau 'hasutan' tetapi tidak sanggup melihat isu-isu yang berkait dengan sekatan, keganasan Israel, janji-janji manis US dan sekutunya dan apa jua isu lain menjadi perbahasan serta perbincangan yang hanya bercakap tetapi tiada tindakan tegas, lalu basi.

Read more...

Abbas tiba di Malaysia

BET LEHEM - Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) telah tiba di Kuala Lumpur hari ini. Kunjungan Abbas ke Malaysia adalah destinasi yang kedua dalam lawatannya ke asia meliputi, Vietnam, Malaysia dan Indonesia.

Gambar(daylife.com): Mahmoud Abbas ditengah, sambil diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom(kiri) dan Menteri Perdagangan, Ismail Sabri Yaakob(kanan).

Sebagaimana dilaporkan, Abbas tiba dengan pesawat khas ke Kuala Lumpur pada jam 6.15 petang(Malaysia/ 1.15 petang Mesir/Palestin) selepas mengadakan kunjungan ke Vietnam semalam.

Memetik dari sumber web rasmi 'Berita Harian' Malaysia, bahawa agenda utama Mahmoud ialah mengadakan perbincangan dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, esok.

Semalam, Wisma Putra menyatakan perbincangan itu menyediakan peluang untuk pemimpin kedua-dua negara membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa bagi kepentingan bersama khususnya mengenai perkembangan terbaru di Palestin.

Kunjungan yang disifatkan lawatan kerja Abbas ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 3 hari, beliau dijadualkan berlepas ke Indonesia pada hari Jumaat. Sumber 26/05/2010, web berita maannews.net dan web berita 'Berita Harian'

Read more...

Penjajah tangkap 21 penduduk Palestin, Keamanan Palestin tangkap 3 pemimpin HAMAS di Tebing Barat

KHALIL - Sumber dari agensi berita melaporkan, tentera penjajah(Israel) mendirikan 2 buah pagar keselamatan tentera di utara dan barat Wilayah Khalil, selatan Tebing Barat pagi tadi.

Sumber keamanan memberitahu kepada agensi berita, bahawa "tentera penjajah mendirikan sebuah pagar keselamatan di lalukan masuk kota kecil Halhoul di utara Khalil dan sebuah lagi pagar keselamatan didirikan di Wadi Quf di barat Khalil. Dinyatakan, pihak tentera penjajah mengadakan operasi pemeriksaan ke atas penduduk Palestin yang melalui dua pagar keselamatan itu serta identiti mereka turut diteliti".

Laporan lain menyebut, beberapa jam awal pagi tadi, sepasukan tentera penjajah merempuh masuk ke dua buah kota kecil, Tarqumiyah dan Nuwaiya.

Satu kejadian di bandar Khalil, sekumpulan penduduk Israel membakar sebuah kawasan minyak yang dimiliki keluarga Abu Haikal, malah tentera penjajah turut menghalang pasukan bomba dari memasuki kawasan terbabit sehingga terpaksa menanti beberapa jam dari tentera penjajah untuk dibenarkan masuk.

Sementara itu, ketika tentera penjajah membuat operasi rempuhan dan pemeriksaan di beberapa kawasan di Bet Lehem, selatan Tebing Barat, seramai 12 penduduk Palestin telah ditangkap.

Kelmarin, 9 Palestin ditangkap

Akhbar Mesir hari ini melaporkan, dalam satu operasi penangkapan dan rempuhan pada awal pagi semalam di Tebing Barat, seramai 9 penduduk Palestin telah ditangkap.

Sumber ketenteraan Israel menjelaskan, kesemua yang ditangkap itu adalah atas dakwaan 'dikehendaki'. Menurut akhbar 'Yediot Ahronot' Israel, penangkapan tersebut ketika tentera penjajah menjalankan operasinya di Bet Lehem dan Ramallah.

Akhbar Israel itu menjelaskan, pihak tentera tidak mendedahkan Palestin yang ditangkap dari mana-mana parti atau gerakan pembebasan Palestin, bagaimanapun kesemua dibawa ke jabatan berkenaan untuk siasatan.

3 pemimpin HAMAS ditangkap

Dalam laporan yang lain, gerakan HAMAS menuduh Pihak Keselamatan Palestin menangkap 3 pemimpinnya di Wilayah Ramallah, Tebing Barat. Sumber 26/05/2010, web berita safa.ps, suratkhabar Shorouk(Mesir)

Read more...

3 petani parah akibat ditembak penjajah

GAZA - Dalam satu kejadian di timur Jabaliya(utara Semenanjung Gaza), 3 orang petani Palestin mengalami luka parah akibat ditembak tentera penjajah pagi tadi.

Pengerusi Bantuan Cemas, Dr. Muawiyah Husnain menjelaskan kepada agensi berita, bahawa 3 petani yang parah itu telah dibawa hospital Mustafa Kamal Udwan di utara Gaza. Luka yang dialami 3 petani itu disifatkan pertengahan.

Menurut saksi, sebuah menara kawalan tentera Israel yang bertentangan dengan garisan sempadan Gaza-Israel telah melepaskan tembakan secara bertubi-tubi ke arah petani dan rumah-rumah penduduk di kawasan terbabit.

Sumber menyatakan, tentera penjajah kerap-kali melepaskan tembakan ketika para petani dan penduduk Palestin turun ke tanah pertanian dan ladang yang berdekatan dengan garisan sempadan.

Sebelum ini, penjajah telah melarang mendekati garisan sempadan dalam jarak 300meter yang diiktibarkan zon keselamatan. Sumber 26/05/2010[11.58 tengahari/Mesir dan Palestin], web berita safa.ps

Read more...

Israel serang Gaza

11.25 : (25/05/2010), Radio Israel menyebut 2 serangan roket "hawn" dilancarkan dari Gaza ke arah barat Naqab, selatan Israel.

12.21[Palestin/Mesir] (26/05/2010): Pesawat tempur Israel berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza.

12.53 pagi : Pesawat tempur penjajah melepaskan 3 serangan peluru ke atas sebuah balai bomba di lapangan terbang antarabangsa Gaza(sudah tidak beroperasi) di Rafah.

Menurut saksi, beberapa buah yang berhampiran lapangan terbang antarabangsa Gaza turut mengalami kerosakan.

Menurut berita Al-Jazeerah, pesawat tempur Israel turut mengebom kawasan terowong bawah tanah di sempadan Gaza-Mesir.

Memetik sumber Israel yang mengatakan, kawasan yang wujud terowong bawah tanah ini sebagai persediaan untuk mensasarkan tentera-tentera Israel.

12.56 pagi : Kedengaran bunyi beberapa dentuman letupan di bandar Gaza ketika pesawat Israel berlegar di ruang udara Gaza.

01.03 pagi : Setelah penjajah mengebom Rafah, pesawat tempur Israel jenis F-16 melancarkan 2 serangan peluru ke atas sebuah tempat ketenteraan KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) di Bet Hanoun, utara Gaza. Menurut sumber, seorang dari pejuang Al-Qassam dan seorang anggota polis parah dalam serangan itu.

Berikutan serangan itu juga, sebuah kelab sukan di Bet Hanoun musnah teruk, dan berpuluh buah rumah penduduk yang berjiran roboh di beberapa bahagian sekaligus menimbulkan kepanikan di kalangan penduduk di situ.

Sebaik serangan udara, web berita Al-Jazeerah melaporkan, sepasukan tentera Israel menceroboh timur Bet Hanoun berskala terhad, bagaimanapun tentera Israel dihadang pejuang Palestin. Pertempuran meletus antara pejuang dengan tentera penjajah, menurut saksi.

01.11 pagi : Dr.Muawiyah Husnain menyatakan, 15 penduduk mengalami luka parah dan 2 dari jumlah itu kritikal akibat serangan Israel yang mensasarkan Bet Hanoun.

Kemaskini, 1.00 petang Mesir/5.00 petang Malaysia. Sumber 26/05/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS