Tangkap, serbu di Tebing Barat
03 Ogos 2011
Jam 09:40 pagi, waktu Mesir
TEBING BARAT - Tentera rejim penjajah menangkap seorang penduduk Palestin awal pagi Rabu(hari ini) dari daerah Al-Khadr, selatan wilayah Bet Lehem di Tebing Barat. Sementara itu, Safa melaporkan tentera rejim menyerbu masuk ke kawasan perumahan di wilayah Nablus dan Khalil.
Berbalik kepada penangkapan di Bet Lehem, media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew berkata, tentera rejim menangkap seorang penduduk Palestin yang 'dikehendaki' oleh badan keselamatan penjajah. Bagaimanapun, mangsa yang ditangkap tidak didedahkan identitinya dan dibawa pergi untuk siasatan.
Serbuan di Nablus dan Khalil
Pagi ini, tentera rejim menyerbu masuk ke beberapa buah kawasan perumahan di bandar Nablus, timur Tebing Barat.
Saksi kejadian berkata, selepas waktu tengah malam, sejurus beberapa buah jentera perang rejim merempuh masuk ke daerah Blata, tentera rejim menggeledah rumah-rumah penduduk Palestin atas alasan mencari senjata.
Tambah saksi lagi, sepasukan tentera rejim yang berkumpul berdekatan 'Kubur Yusuf' tanpa menunjukkan sebarang kewujudan warga-warga zionis telah beredar awal pagi.
Di Khalil, tentera rejim melancarkan operasi keselamatan di beberapa buah perumahan pertengahan bandar Khalil. Awal pagi tadi, turut kelihatan tentera rejim meronda-ronda di kawasan perumahan berkenaan. Begitu juga, sekatan-sekatan tentera turut diadakan di persimpangan jalan daerah Ad-Dhahiriyah dan daerah Izna. Sumber 03/08/2011, web berita Safa.ps