الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Rempuh Silwan tembak membabi-buta

28 Mac 2011

Laporan asal jam 11.10 malam, Palestin/Mesir
Jam 05.10 pagi(29/03/2011), waktu Malaysia

AL-QUDS, - Tentera penjajah telah merempuh masuk ke Hayyu Silwan yang terletak di bahagian timur bandar Baitulmaqdis(Al-Quds) malam ini sambil melepaskan tembakan membabi-buta.

Berhubung kejadian, Pengerusi Pusat Media Al-Quds, Muhammad Sadiq ketika dihubungi agensi berita 'safa', berkata, ketika rempuhan, tentera penjajah melepaskan tembakan, bom pemedih mata serta gas beracun.

Jelas beliau, pertempuran sengit meletus antara pemuda-pemmuda Palestin dengan tentera penjajah dari unit khas di Hayyu Bustan dan Bi'ru Ya'akub yang berhampiran Silwan.

Tentera penjajah mendakwa pemuda Palestin melontar molotov ke atas dua buah kereta, salah satunya kereta pengawal sempadan dan sebuah lagi kereta pasukan keselamatan ketika melalui Hayyu Silwan, Baitulmaqdis.

Petikan kenyataan yang dinukilkan dari radio Israel bahawa dalam dua kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah. Tambahan pula, tentera penjajah membalas dengan melepaskan tembakan ke udara.

Warga haram serang petani di Khalil

Laporan safa pada jam 12.29 petang, Palestin/Mesir menyebut bahawa seramai puluhan warga haram Israel sambil diiringi tentera penjajah menyerang para petani dan penternak haiwan di kawasan timur Yataa, selatan Khalil.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Rakyat, Azmi As-Shuyukhi mengungkapkan beliau bimbang dari kesan dasar penjajahan dan warga haram yang bertindak kasar menentang penduduk Palestin di kawasan berkenaan. Jelas beliau, hal tersebut adalah bertujuan bagi menghalau penduduk Palestin serta mengosongkan kawasan tersebut dari Palestin.

Beliau mendesak kesemua pihak yang berwajib dan Hak Asasi Manusia segera campur tangan bagi menyelamatkan penduduk Palestin di timur Yataa dari pembersihan etnik ekoran dasar penjajahan.

Warga haram langgar kanak-kanak Palestin

Sebelum itu, laporan pada jam 09.39 pagi, Palestin/Mesir, Safa menukilkan kejadian mengenai seorang warga haram melanggar seorang kanak-kanak Palestin ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah di kampung طرامة, selatan daerah Dura, Khalil.

Sumber keamanan berkata, kanak-kanak itu, Syahid Muhammad Abdul Karim Ghanaam, 8 mengalami kecederaan setelah dilanggar seorang warga haram Yahudi di sebatang jalan utama. Jelas sumber itu lagi, kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurut saksi, Syahid Muhammad adalah anak kepada Muhammad Abdul Karmi Ghanaam yang kini berada dalam penjara penjajah di kawasan gurun Naqab. Bapa mangsa ditahan tanpa bicara.

Penjajah tangkap 16 Palestin

Penindasan terhadap Palestin dan penafian hak terus berlanjutan. Laporan pada jam 06.44 pagi, Palestin/Mesir, Safa melaporkan bahawa tentera penjajah telah menangkap 16 penduduk Palestin.

Jelas Safa, penangkapan tersebut ekoran dari operasi serbuan di beberapa buah bandar Tebing Barat, iaitu Ramallah, Qalqiliah dan Khalil.

Media Israel 'Yediot Ahronout' versi hebrew dalam webnya berkata, penangkapan yang dijalankan tentera penjajah itu ke atas mereka yang 'dikehendaki'. Sumber 28/03/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS