الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Cedera kena peluru getah

10 Mei 2011

Laporan jam 08.50 malam, Palestin/Mekah
Jam 07.50 malam, Mesir

BAITULMAQDIS - Pertempuran yang meletus di Hayyu El-Bustan, pertengahan daerah Silwan mengakibatkan 9 pemuda Palestin cedera akibat terkena tembakan peluru getah tentera penjajah. Pertempuran di selatan Masjid Al-Aqsa itu turut mengakibatkan berbelas-belas lagi penduduk asal BaitulMaqdis sesak nafas berikutan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah mereka.

Pemberita Safa melaporkan, selepas jip-jip tentera penjajah meluncur di jalan utama Hayyu El-Bustan, Bi'ru Ayub, sekumpulan pemuda Palestin menyalakan beberapa unggun api besar di sepanjang jalan tersebut.

Tambah Safa, pertempuran terus meledak ke dua buah kawasan, Jalan Syahid Sameer Sarhan dan Hayyu Batn Al-Hawa. Berhubung mangsa yang cedera, kereta ambulan tidak dapat tiba setelah dihalang tentera rejim penjajah. Sumber 10/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Meshaal: Pemuda revolusi kena hentikan fitnah di Mesir

Laporan jam 08.24 pagi, Palestin/Mekah
Jam 07.24 pagi, Mesir

KAHERAH - Ketua Biro Politik gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية), Khaled Meshaal melahirkan rasa bimbang dan sedih ekoran tragedi fitnah sehingga merebak saling berbunuhan yang menimpa di Imbaba, Giza Mesir, seraya menggesa pemuda revolusi Mesir bertindak bagi hentikan fitnah.

Keratan akhbar dari muka utama, suratkhabar Al-Ahram, 10/05/2011

Berhubung tragedi, menukil laporan dari surat akhbar Al-Ahram Mesir, bertajuk, '12 baki sisa Parti Kebangsaan Demokratik di sebalik fitnah Imbaba' bahawa 12 suspek tertuduh dari kalangan muslim dan masehi telah ditangkap atas dakwaan mencetuskan provokasi dan fitnah di Imbaba. Kesemua mereka dipercayai dari bekas menganggotai Parti Kebangsaan Demokratik yang telah dibubarkan.

Berbalik rasa bimbang dan risau, Khaled Meshaal berkata sedemikian ketika dalam satu pertemuan antara delegasi HAMAS dengan delegasi yang mewakili anggota Jawatankuasa Penyelaras Revolusi, gabungan utama barisan revolusi Mesir, gabungan pemuda revolusi, pendokong revolusi Mesir dan Majlis Pengawasan Revolusi.

Ketua Biro Politik HAMAS turut mengungkapkan rasa gembira dapat bertemu dengan barisan pemuda revolusi dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam, malah terus-terang beliau berkata, merasai hari-hari yang penuh mendamaikan dalam hidupnya di Mesir.

Perbualan kedua-dua belah pihak berkisar revolusi 25 Januari dan mengenai peringkat(proses) perubahan yang dilalui Mesir. Juga menumpukan proses yang dilalui pemuda revolusi satu peringkat yang dipenuhi kesukaran, iaitu proses untuk 'membina'.

Beliau menegaskan bahawa HAMAS tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal mana-mana Negara Arab dan, beliau menyangkal desas-desus yang mengatakan sewaktu revolusi wujudnya penyokong-penyokong HAMAS di kalangan demonstran(penunjuk perasaan). Tegas lagi, HAMAS dan semua penduduk Palestin harap Mesir mencapai kemajuan serta kemakmuran.

Gambar(arkib): Khaled Meshaal.

Pemimpin tertinggi gerakan HAMAS juga menyebut antara sebab penting berlakunya perubahan yang drastik dalam usaha baik pulih dalaman Palestin, oleh itu, Palestin tidak boleh melupakan revolusi Mesir. Harapan yang beliau ungkapkan, Palestin amat berharap Mesir berperanan kembali di rantau ini dan semua Negara Arab wajar berdiri teguh di sisi Mesir sehinggalah keadaan betul-betul pulih. Sumber 10/05/2011, web berita safa.ps dan suratkhabar Al-Ahram(Mesir)

Read more...

Utusan rejim zionis adakan perbincangan di Kaherah

Laporan jam 02.11 pagi, Palestin/Mekah
Jam 01.11 pagi, Mesir

KAHERAH - Sebuah delegasi utusan rejim zionis yang diketuai Ishak Molkho, penasihat politik kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu telah mengadakan lawatan singkat ke Kaherah semalam.

Menukil dari agensi berita Jerman, Molkho dan beberapa utusan yang mengiringinya mengadakan perbincangan dengan beberapa orang wakil keamanan Mesir mengenai kedudukan terkini usaha damai dari perspektif baik pulih hubungan dalaman Palestin.

Ishak Molkho, Penasihat politik Perdana Menteri rejim zionis.

Menurut sumber lagi, perbincangan tersebut turut menyentuh hubungan dua hala Israel-Mesir, eksport gas Mesir ke Israel, dan perkembangan isu tentera zionis yang ditawan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza), Gilad Shalit.

Lawatan penasihat politik Benjamin Netanyahu ke Kaherah setelahmana gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) dan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطني) mencapai persepakatan dengan menandatangani persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin serta mengakhiri konflik antara dua gerakan ini yang berlanjutan sejak tahun 2007.
__________________________________________
__________________________________________

Selepas revolusi 25 Januari di Mesir yang menggulingkan Muhammad Housni Mubarak, Kaherah menerima beberapa kunjungan dari utusan rejim zionis dalam waktu-waktu yang berlainan bagi membincangkan permasalahan terkini antara Mesir dan Israel. Kunjungan semalam adalah yang pertama dari wakil tertinggi rejim zionis. Sumber 10/05/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS