Mula kempen diplomasi menentang Kerajaan Perpaduan
01 Mei 2011
BAITULMAQDIS - Rejim zionis(Israel) telah mula melancarkan kempen diplomasi menentang pengiktiran ke atas Kerajaan Perpaduan Palestin yang melibatkan gerakan HAMAS.
Menukil dari sumber rasmi rejim zionis yang disiarkan melalui radio penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri zionis(gambar) yang dijadualkan mengadakan lawatan rasmi dalam tempoh terdekat ini ke Paris dan London akan cuba membuatkan pemimpin-pemimpin Eropah mengikut kata Netanyahu agar tidak bersuara mengiktiraf penubuhan Negara Palestin tanpa ada persetujuan penyelesaian sebelum ini dengan rejim zionis.
Pada hari Rabu lepas, Kerajaan rejim zionis telah membuat ancaman sebaik sahaja gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persetujuan awal usaha baik pulih dalaman Palestin. Antaranya, rejim zionis mendesak Amerika Syarikat menghentikan bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin Ramallah.
Netanyahu turut mengancam dengan memberi pilihan kepada Pemerintah Palestin Ramallah sama ada mahu berdamai dengan 'rejim zionis' atau berbaik dengan HAMAS.
Laporan lain berhubung Kerajaan Perpaduan Palestin yang disyaratkan mengiktiraf kewujudan Negara Israel menurut asas-asas yang ditetapkan Kuartet Timur Tengah malah termaktub dalam piagam PBB(United Nation) mengiktiraf Israel bagi mendapatkan kelayakan antarabangsa, HAMAS berkata tidak akan mengiktiraf Israel.
Peta: Perbezaan ketara dari tahun 1947 sehingga 2003. Siapa yang memberi hak kepada zionis sehingga berdirinya Negara Israel sedang Palestin terus merana?
Kata Dr. Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, "dalam masalah ini, HAMAS ada pendirian asasnya, iaitu tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel, memang tidak masuk akal hendak iktiraf rejim zionis kerana semua ini berkait dengan tanah-tanah kami yang dirompak sedang dalam masa yang sama masyarakat kami hidup di kem-kem pelarian." Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan