الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Perpaduan Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Perpaduan Palestin. Papar semua catatan

Kaherah jemput Abbas dan Meshaal umum pembentukan Kerajaan

14 Jun 2011

Laporan jam 05:24 petang, Palestin/Mekah
Jam 04:24 petang, Mesir

KAHERAH - Perbincangan hari pertama antara jawatankuasa dialog gerakan HAMAS dan FATAH yang mengambail masa selama enam telah selesai. Pertemuan kedua-dua gerakan ini berhubung penyelesaian isu tahanan politik dan pembentukan Kerajaan Palestin sebagai perlaksanaan dari persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin yang ditandatangani awal Mei lalu.

Sumber-sumber khas berkata kepada agensi berita Safa petang ini, kedua-dua pimpinan dua gerakan ini telah mengadakan dua pertemuan hari ini dengan membincangkan kes tahanan politik di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza) serta pembentukan Kerajaan.

Laporan dari berita Al-Jazeerah dan web berita Safa menyifatkan pertemuan yang berlangsung hari ini positif.

Jelas sumber, Kaherah akan menjemput Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, iaitu Pengerusi gerakan FATAH dan Ketua Biro Politik gerakan HAMAS, Khaled Meshaal ke Kaherah pada hari Selasa minggu hadapan bagi mengumumkan pembentukan kerajaan.

Sisih halangan

Sebelum ini telah wujud jawab balas kenyataan berhubung Salam Fayyad adalah satu-satunya calon FATAH bagi memegang jawatan ketua kerajaan, lantas dinafikan FATAH dan HAMAS menjawab tidak bersetuju dengan nama Salam Fayyad.

Berhubung pencalonan nama ketua kerajaan, tambah sumber lagi telah dipersetujui antara Kaherah, HAMAS dan FATAH bahawa Salam Fayyad tidak akan dipilih memimpin kerajaan dan persetujuan Perdana Menteri akan datang berbalik kepada pandangan yang dipersetujui sama ada calon yang dikemukakan oleh FATAH atau HAMAS. Sekaligus, persetujuan ini telah menyisihkan halangan pembentukan kerajaan dalam waktu terdekat ini. Bagaimanapun, menurut berita Al-Jazeerah, HAMAS dan FATAH tidak akan mengumumkan lagi nama-nama berkenaan sehinggalah pembentukan kerajaan diumumkan.

Sumber yang menyebut kepada Safa, sebelum ini telah ada senarai nama-nama yang telah dicalonkan menjawat kabinet menteri kerajaan dan kemungkinan akan ditambah lagi nama-nama lain.

Nama-nama sebelum ini, Mazen Sanaqrat, Salam Al-Khudri, Muhammad Mustafa dan Makmun Abu Shahla.

Setuju tidak tangkap lagi

Sebagaimana yang dijelaskan, pertemuan pada hari ini telah bersetuju kepada beberapa penyelesaian(mekanisme) tahanan politik, antaranya tidak boleh lagi menangkap penduduk Palestin yang lain, sama ada di Tebing Barat atau Gaza.

Dua pertemuan FATAH dan HAMAS yang berlangsung hari ini di pejabat Badan Perisikan Mesir turut disertai Perisikan Mesir, Murad Mawafi dan wakil biro Hal-Ehwal Palestin dalam badan perisikan Mesir, Muhammad Ibrahim. Pihak Mesir merupakan perantaraan bagi menyelesaikan konflik perselisihan dalaman Palestin. Sumber 14/06/2011, berita Al-Jazeerah dan web berita Safa.ps

Read more...

Penasihat Presiden: Fayyad bukan satu-satunya calon kami

13 Jun 2011

Laporan 12:01 tengah malam, Palestin/Mekah
Jam 11:01 malam(12/06/2011), Mesir

RAMALLAH - Penasihat Presiden Mahmoud Abbas, Sabri Sidam menafikan bahawa gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني) memilih Salam Fayyad sebagai satu-satunya calon bagi mengetuai Kerajaan Perpaduan yang bakal diumumkan terdekat ini.

Gambar(arkib Safa): Salam Fayyad, Ketua Kerajaan Sementara Palestin di Ramallah. Sebelum ini, beliau pernah menjawat Menteri Kewangan Palestin dan pernah bekerja di Bank Dunia.

Kenyataan akhbar Sidam kepada radio BBC menyatakan bahawa berita ini melencong dari yang sebenar, sambil menegaskan bahawa pihaknya telah menemui beberapa cadangan nama lain. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti nama-nama yang dicadangkan.

Beliau menyatakan, nama-nama ini akan dikemukakan di hadapan jawatankuasa dialog yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa di Kaherah.

Sementara itu, seorang dari anggota jawatankuasa pusat gerakan FATAH, Abbas Zaki dalam kenyataan khas kepada agensi berita Safa menyatakan satu-satunya calon yang kami ada adalah Salam Fayyad. Beliau berkata sedemikian pada petang Sabtu lalu sebelum jawatankuasa pusat gerakan FATAH bersidang.

HAMAS tidak terima Salam Fayyad

Berhubung pencalonan ini, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyatakan bahawa pihaknya telah menetapkan keputusan akhir tidak akan menerima pencalonan Salam Fayyad mengetuai Kerajaan Perpaduan yang bakal diumumkan.

Salah seorang dari pemimpin HAMAS, Salah Bardawil dalam kenyataan khas semalam, berkata, "Fayyad telah menyiksa masyarakat Palestin, bukan sahaja dari peringkat keselamatan dan tahanan politik malah dari sudut kemasyarakatan, pekerja-pekerja juga dipecat dan menenggelamkan masyarakat dengan hutang-hutang yang amat membebankan."

Ketua Kerajaan mengikut persetujuan bersama

Sementara itu, jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu(gambar) mengesahkan bahawa gerakan HAMAS bersungguh-sungguh melaksanakan persetujuan yang terkandung mengikut dokumen persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin sepertimana yang telah ditangatangani kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) di Kaherah.

Nunu berkata semalam, persetujuan yang telah ditandatangani menetapkan penamaan Perdana Menteri yang akan memimpin sepanjang proses peralihan adalah mengikut persetujuan bersama.

Tegas beliau lagi bahawa HAMAS membantah Salam Fayyad ditentukan(pencalonan) sebagai Ketua Kerajaan Peralihan.

"Kami tidak mahu Perdana Menteri yang membebankan Kerajaannya dengan hutang-piutang, melanggar hak-hak terhadap anak-anak Palestin di Tebing Barat, meneruskan kekangan dari sudut politik dan menjebakkan ekonomi tanahair dengan hutang," kata beliau.

Lambakan defisit

Pemimpin HAMAS, Salah Bardawil menjelaskan bahawa walaupun Gaza dikenakan sekatan Israel, Kerajaan Palestin ke-10 yang diketuai HAMAS telah melangsaikan bebanan kewangan sebanyak USD105 juta dari USD 1 bilion yang ditinggalkan oleh Salam Fayyad sewaktu menjawat Menteri Kewangan sebelum ini.

Pada hari Rabu lalu, Salam Fayyad mendedahkan kepada beberapa wartawan di Ramallah bahawa Kerajaannya mengalami lambakan defisit hampir USD 1 bilion, sambil menjelaskan sejak pertengahan tahun ini, Kerajaannya terpaksa berhutang dengan dengan bank-bank tempatan berjumlah hampir USD30 juta bagi menampung defisit belanjawan.

Sedemikian itu, jumlah defisit pada tahun lepas dan tahun ini yang dihadapi Kerajaan Palestin di Ramallah meningkat kepada USD 1,300,000,000(1.3bilion).

Bardawil harap gerakan FATAH tidak menumpukan kepada kebijaksanaan ekonomi Fayyad atau menggunakan nada bicara bahawa Fayyad adalah satu-satunya calon bagi FATAH untuk mengetuai kerajaan. Sumber 12-13/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Al-Rashq : HAMAS jumpa FATAH Selasa akan datang

08 Jun 2011

Laporan jam 12.13 tengahari, Palestin/Mekah
Jam 11.13 pagi, Mesir

DAMSHIK - Salah seorang dari pemimpin gerakan HAMAS yang merupakan anggota Biro Politik HAMAS, Ezzat Al-Rashq(gambar kanan) telah mengumumkan bahawa perjumpaan antara HAMAS dan FATAH akan diadakan pada hari Selasa akan datang. Menurut beliau, pertemuan tersebut akan disertai beberapa orang pemimpin kedua-dua gerakan ini.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau menjelaskan perjumpaan(pertemuan) antara dua gerakan ini mengkhususkan bagi menilai perkembangan pembentukan Kerajaan Palestin, isu tahanan politik dan perlaksanaan dari persetujuan baik pulih hubungan Palestin(pembaikan).

Gerakan HAMAS dan FATAH telah bersetuju kerajaan Palestin yang bakal dibentuk adalah kerajaan mengikut persepakatan semua pihak yang terdiri dari kalangan teknokrat dan individu bebas(bukan dari kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin). Kerajaan tersebut akan menjalankan peranannya selama 1 tahun sebagai persediaan mengadakan pilihanraya presiden, parlimen(Majlis Legislatif Palestin), dewan rakyat dan proses membangunkan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Dari sudut lain, seorang dari anggota Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH, Azzam Al-Ahmad membuat jangkaan bahawa akan tercapai persefahaman bagi membentuk Kerajaan sewaktu perjumpaan ini yang bakal berlangsung di ibu negara Mesir, Kaherah.

Gambar: Azzam Al-Ahmad(kanan) semasa sidang akhbar sebelum ini, dan di sebelah kiri, Dr. Musa Abu Marzouq, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS.

Keseluruhan masyarakat Palestin ternanti-nanti pengumuman pembentukan kerajaan baru bagi memenuhi harapan mereka mengakhiri noktah perpecahan dan memulakan langkah untuk mengembalikan perpaduan dan penyatuan sesama mereka.

Kedua-dua gerakan ini sentiasa mengadakan perjumpaan bertujuan untuk membentuk kerajaan perpaduan hasil dari baik pulih hubungan. Pada waktu yang sama, tiga tugas utama dan penting menanti kerajaan yang bakal dibentuk, iaitu mematahkan sekatan serta membangunkan semula Gaza, menggabungkan agensi mahupun badan-badan kerajaan serta menyatukan badan keselamatan di Tebing Barat dengan Semenanjung Gaza. Sumber 08/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Mula kempen diplomasi menentang Kerajaan Perpaduan

01 Mei 2011

Laporan jam 10.45 pagi, Palestin/Mekah
Jam 09.45 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Rejim zionis(Israel) telah mula melancarkan kempen diplomasi menentang pengiktiran ke atas Kerajaan Perpaduan Palestin yang melibatkan gerakan HAMAS.

Menukil dari sumber rasmi rejim zionis yang disiarkan melalui radio penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri zionis(gambar) yang dijadualkan mengadakan lawatan rasmi dalam tempoh terdekat ini ke Paris dan London akan cuba membuatkan pemimpin-pemimpin Eropah mengikut kata Netanyahu agar tidak bersuara mengiktiraf penubuhan Negara Palestin tanpa ada persetujuan penyelesaian sebelum ini dengan rejim zionis.

Pada hari Rabu lepas, Kerajaan rejim zionis telah membuat ancaman sebaik sahaja gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persetujuan awal usaha baik pulih dalaman Palestin. Antaranya, rejim zionis mendesak Amerika Syarikat menghentikan bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin Ramallah.

Netanyahu turut mengancam dengan memberi pilihan kepada Pemerintah Palestin Ramallah sama ada mahu berdamai dengan 'rejim zionis' atau berbaik dengan HAMAS.

Laporan lain berhubung Kerajaan Perpaduan Palestin yang disyaratkan mengiktiraf kewujudan Negara Israel menurut asas-asas yang ditetapkan Kuartet Timur Tengah malah termaktub dalam piagam PBB(United Nation) mengiktiraf Israel bagi mendapatkan kelayakan antarabangsa, HAMAS berkata tidak akan mengiktiraf Israel.

Peta: Perbezaan ketara dari tahun 1947 sehingga 2003. Siapa yang memberi hak kepada zionis sehingga berdirinya Negara Israel sedang Palestin terus merana?

Kata Dr. Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, "dalam masalah ini, HAMAS ada pendirian asasnya, iaitu tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel, memang tidak masuk akal hendak iktiraf rejim zionis kerana semua ini berkait dengan tanah-tanah kami yang dirompak sedang dalam masa yang sama masyarakat kami hidup di kem-kem pelarian." Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS