Penasihat Presiden: Fayyad bukan satu-satunya calon kami
13 Jun 2011
RAMALLAH - Penasihat Presiden Mahmoud Abbas, Sabri Sidam menafikan bahawa gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني) memilih Salam Fayyad sebagai satu-satunya calon bagi mengetuai Kerajaan Perpaduan yang bakal diumumkan terdekat ini.
Gambar(arkib Safa): Salam Fayyad, Ketua Kerajaan Sementara Palestin di Ramallah. Sebelum ini, beliau pernah menjawat Menteri Kewangan Palestin dan pernah bekerja di Bank Dunia.
Kenyataan akhbar Sidam kepada radio BBC menyatakan bahawa berita ini melencong dari yang sebenar, sambil menegaskan bahawa pihaknya telah menemui beberapa cadangan nama lain. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti nama-nama yang dicadangkan.
Beliau menyatakan, nama-nama ini akan dikemukakan di hadapan jawatankuasa dialog yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa di Kaherah.
Sementara itu, seorang dari anggota jawatankuasa pusat gerakan FATAH, Abbas Zaki dalam kenyataan khas kepada agensi berita Safa menyatakan satu-satunya calon yang kami ada adalah Salam Fayyad. Beliau berkata sedemikian pada petang Sabtu lalu sebelum jawatankuasa pusat gerakan FATAH bersidang.
HAMAS tidak terima Salam Fayyad
Berhubung pencalonan ini, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyatakan bahawa pihaknya telah menetapkan keputusan akhir tidak akan menerima pencalonan Salam Fayyad mengetuai Kerajaan Perpaduan yang bakal diumumkan.
Salah seorang dari pemimpin HAMAS, Salah Bardawil dalam kenyataan khas semalam, berkata, "Fayyad telah menyiksa masyarakat Palestin, bukan sahaja dari peringkat keselamatan dan tahanan politik malah dari sudut kemasyarakatan, pekerja-pekerja juga dipecat dan menenggelamkan masyarakat dengan hutang-hutang yang amat membebankan."
Ketua Kerajaan mengikut persetujuan bersama
Sementara itu, jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu(gambar) mengesahkan bahawa gerakan HAMAS bersungguh-sungguh melaksanakan persetujuan yang terkandung mengikut dokumen persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin sepertimana yang telah ditangatangani kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) di Kaherah.
Nunu berkata semalam, persetujuan yang telah ditandatangani menetapkan penamaan Perdana Menteri yang akan memimpin sepanjang proses peralihan adalah mengikut persetujuan bersama.
Tegas beliau lagi bahawa HAMAS membantah Salam Fayyad ditentukan(pencalonan) sebagai Ketua Kerajaan Peralihan.
"Kami tidak mahu Perdana Menteri yang membebankan Kerajaannya dengan hutang-piutang, melanggar hak-hak terhadap anak-anak Palestin di Tebing Barat, meneruskan kekangan dari sudut politik dan menjebakkan ekonomi tanahair dengan hutang," kata beliau.
Lambakan defisit
Pemimpin HAMAS, Salah Bardawil menjelaskan bahawa walaupun Gaza dikenakan sekatan Israel, Kerajaan Palestin ke-10 yang diketuai HAMAS telah melangsaikan bebanan kewangan sebanyak USD105 juta dari USD 1 bilion yang ditinggalkan oleh Salam Fayyad sewaktu menjawat Menteri Kewangan sebelum ini.
Pada hari Rabu lalu, Salam Fayyad mendedahkan kepada beberapa wartawan di Ramallah bahawa Kerajaannya mengalami lambakan defisit hampir USD 1 bilion, sambil menjelaskan sejak pertengahan tahun ini, Kerajaannya terpaksa berhutang dengan dengan bank-bank tempatan berjumlah hampir USD30 juta bagi menampung defisit belanjawan.
Sedemikian itu, jumlah defisit pada tahun lepas dan tahun ini yang dihadapi Kerajaan Palestin di Ramallah meningkat kepada USD 1,300,000,000(1.3bilion).
Bardawil harap gerakan FATAH tidak menumpukan kepada kebijaksanaan ekonomi Fayyad atau menggunakan nada bicara bahawa Fayyad adalah satu-satunya calon bagi FATAH untuk mengetuai kerajaan. Sumber 12-13/06/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan