Haniyeh disambut delegasi Perisikan Mesir
26 Disember 2011
KAHERAH - Delegasi kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai Ketua Kerajaan, Ismail Haniyeh(Perdana Menteri Palestin) dalam lawatan rasmi ke negara luar telah tiba di Kaherah malam tadi.
Ketibaan delegasi ini disambut delegasi tertinggi Badan Perisikan Mesir yang diketuai Mejar Nadir Al-A'sar selaku pihak yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal Palestin. Al-A'sar mengalu-alukan kedatangan Haniyeh berserta delegasinya ke tanah Mesir.
Pertemuan kedua belah pihak ini turut membincangkan secara mendalam mengenai usaha baik pulih dalaman Palestin(perdamaian Palestin atau media lain menyebut rekonsilisi) dan hubungan dua hala antara Mesir dan Palestin.
Dari pihak Palestin, Ismail Haniyeh mengucapkan terima kasih dengan kemudahan yang diberikan oleh Mesir untuk beliau dan delegasinya masuk ke Mesir, malahan disambut sebagai tetamu kehormat.
Berhubung hubungan intim antara dua negara ini, tegas Haniyeh, beliau memuji peranan Mesir yang berada di jalan yang betul serta tetap menyokong permasalahan yang dilalui Palestin dan masyarakatnya dalam semua aspek perkara.
Gambar: Ismail Haniyeh, kiri dan kanan, Khairat Ash-Shatir.
Turut menyambut Haniyeh, delegasi dari Ikhwan Muslimin yang diketuai Khairat Ash-Shatir. Perbincangan kedua-dua pihak tertumpu kepada perkembangan terkini usaha baik pulih dalaman Palestin serta ancaman terhadap Al-Quds(BaitulMaqdis) yang berada dalam jajahan, lantaran itu, bandar suci ini dinoda tanpa henti.
Berikutan ancaman yang diterima Al-Quds, sebaik sahaja Ismail Haniyeh keluar dari Rafah Gaza, beliau berkata, penjajahan ke atas Al-Quds adalah tidak sah dan apa jua ketetapan yang dikeluarkan oleh penjajah berkaitan dengan Al-Quds juga tidak sah.
Gambar: Ismail Haniyeh ketika menjawab soalan wartawan di sempadan Rafah.
Menukil dari berita AL-JAZEERAH, 25/12/2011, Kerajaan Israel(penjajah/rejim zionis) telah mengumumkan perbincangan dari sudut perundangan untuk menjadikan bandar Al-Quds ibunegara kepada bangsa Yahudi.
Sementara itu, Majlis Perbandaran Al-Quds juga mengumumkan pihaknya telah merancang untuk memindahkan 70 ribu penduduk asal Al-Quds(Palestin) dari bandar tersebut. Sumber 26/12/2011, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net dan berita AL-JAZEERAH
Read more...