Memboikot barangan Israel dan Amerika menurut Islam
18 Januari 2010
1.MUKADDIMAH
Saya ada menerima foward mesej yang menunjukkan kepada artikel tentang face book. Saya tidak mahu membincangkan adakah ia adakah face book itu yahudi atau pun bukan dan apakah hukum menggunakan face book. Namun mata saya terpaku pada kenyataan dalam artikel tersebut yang berbunyi:
"Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM."
Saya agak terkejut dengan kenyataan dari pendakwah terkemuka di malaysia ini. Ini kerana kenyataan ini telah bertentangan dengan ulama-ulama di seluruh dunia. Oleh itu di sini saya ingin mengemukakan pandangan ulama terhadap boikot barangan Amerika dan Israel.
2.BOIKOT ADALAH SENJATA DI ZAMAN NABI
Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:
"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."
Hadis SAHIH Bukhari Muslim.
Sepertimana di ketahui beliau adalah penghulu Yamamah.
Dalam hadis lain menyebut:
"Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."
hadis HASAN riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.
INI ADALAH DALIL YANG KUKUH TERHADAP PENSYARIATAN BOIKOT TERHADAP MUSUH-MUSUH ISLAM. KALAULAH ORANG MUSYRIKIN MASIH MENINDAS NABI DAN PARA SAHABAT KETIKA ITU MESTILAH NABI SAW AKAN MENERUSKAN PEMBOIKOTAN ITU.
3. MELEMAHKAN EKONOMI MUSUH ISLAM ADALAH SUNNAH NABI
Cara melemahkan ekonomi musuh yang dilakukan pada zaman Nabi saw ada dua cara.
Cara pertama:
Dengan menghantar pasukan tentera untuk peperangan badar bagi menghalang rombongan perniagaan mereka. Begitu mengambil harta orang kafir (ghanimah) setiap kali lepas perang juga adalah bertujuan melemahkan ekonomi mereka. Nabi saw dan para sahabat juga telah memusnahkan tanaman orang yahudi Bani Nadhir sedangkan asalanya Nabi saw menegah untuk dimusnahkan tanaman orang kafir. Ini semua adalah untuk melemahkan ekonomi mereka.
Cara kedua: Dengan doa
Nabi saw telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:
"Ya Allah bantulah aku untuk memusnahkan mereka dengan engkau menjadikan mereka فtujuh tahun mereka seperti mana tujuh tahun yang menimpa Nabi Yusuf (tujuh tahun kemarau)."
Maka mereka ditimpa dengan kemarau sehinggalah ada yang makan bangkai. Lalu Abu Sufyan berkata kepada Nabi saw: "Hai Nabi, sesungguhnya Kaum mu telah binasa. Doalah supaya Allah menghilangkan kemarau ini."
Hadis SAHIH riwayat Bukhari dan Muslim.
4. MEMANGLAH ASAL BERMUAMALAH DENGAN MEREKA ITU HALAL TAPI IA BERUBAH DENGAN KEADAAN
Pihak yang tidak mahu memboikot menyatakan bahawa tidak perlu boikot kerana Nabi saw juga bermuamalah dengan orang yahudi. Ini memang jelas bahawa kita boleh berusan dengan orang kafir tidak kira apa agama sekalipun. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan kemanusian. Ini jelas melalui Firman Allah swt:
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 kafir yang tidak memerangimu kerana agamamu dan tidak mengusirmu dr kampung halamanmu.ssghnya ALLAH mencintai org2 yg berlaku adil." (8 : al-Mumtahanah)
Namun dalam ayat seterusnya menjelaskan kita dilarang untuk berbaik dengan orang yang memerangi dan mengusir umat Islam. Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah hanya melarangkamu menjadikan orang-orang yangg memerangimu kerana agamamu dan mengusirmu dari kampung halamanmu dan membantu untuk mengusirmu sebagai kawanmu (dengan membantu mereka).barangsiapa yg menjdkan mereka sbg kawan, mereka itulah org yg zalim." (9: al-Mumtahanah)
Penindasan dan kezaliman Israel dan Amerika terhadap umat Islam adalah perkara yang amat jelas. Oleh itu kita jangan bermudah-mudah untuk keluarkan hukum. Setiap keadaan dan masa itu mempunyai hukum yang tersendiri. Kita hendaklah menyerahkannya pada Ulama.
5. PANDANGAN ULAMA TERHADAP BOIKOT
Para ulama seluruh dunia menyatakan kewajipan boikot baragan Yahudi dan Israel. Di antaranya ialah Bekas mufti Mesir Dr.Nasr Farid al-Wasil, Ulama Saudi albani dan Syeikh Abdullah Jibrin, ulama Lubanan, Syeikh Faisal Maului, Ulama-ulama India dan yang paling tegas ialah ulama haraki DR.YUSUF QARDAWI.
Dr.Yusuf Qardawi berkata:
"Di antara cara membantu umat Islam di Palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih-pilih). Setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah di anggap peluru yang menembusi dada-dada saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin. Oleh kerana yang demikian wajib atas kita untuk tidak membantu musuh-musuh yang menindas Umat Islam dengan membeli barangan mereka. Ini kerana ia termasuk dalam perkara membantu di atas perkara permusuhan dan dosa.Barang-barang buatan Amerika seumpama barang-barang Israel dari segi wajib diboikot. Pada hari ini Amerika adalah Israel yang kedua."
6. KESIMPULAN
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keberanian seorang doktor dari Jordan yang telah meletupkan dirinya di Afghanistan yang membunuh tujuh pegawai perisikan Amerika CIA. Umurnya masih muda (30an) dan mempunyai isteri yang cantik(orang turki). Doktor ini sanggup mengorbankan jiwanya demi Islam tetapi mengapa kita tidak mampu walau hanya dengan memboikot barangan musuh Islam kerana tuntutan Nafsu. Firman Allah swt:
"Maka kamu akan lihat orang-orang yang berpenyakit nifak dalam hati mereka segera menjadikan orang-orang yahudi dan nasrani sebagai teman dan membantu mereka, mereka berkata sebagai alasan, "Kami takut akan ditimpa bencana atau mereka mengalahkan orang-orang Islam." Maka pastilah Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam atau Allah akan memusnahkan orang-orang yahudi dan nasrani yang menyebabkan orang-orang munafik itu menyesal terhadap apa yang mereka lakukan(menolong yahudi dan nasrani)." (52 : al-Maidah)
JADI JELAS DARI AYAT INI MEMBANTU YAHUDI DAN NASRANI YANG MEMUSUHI DAN MENINDAS UMAT ISLAM ADALAH PERBUATAN ORANG-ORANG MUNAFIK.
Rujukan: al-Quran , al-Muqataah as-Syariyyah wa Dawabitul Mumarasah oleh Dr Khalid Abdul Qadir dan Fatawa min Ajli Palastin oleh Dr Yusuf Qardawi.
Sumber: Blog Ustaz Salman Mashkuri(klik). Pihak MAP telah memohon kebenaran daripada beliau untuk menerbitkan artikel tersebut di sini.
0 comments:
Catat Ulasan