Bendung tentangan sengit, lanjutkan lagi serangan
08 April 2011
UMMUL-FAHM, - "Serangan sengit ke atas sasaran kumpulan sayap bersenjata di Gaza akan berlanjutan selama beberapa hari tanpa melibatkan operasi ketenteraan yang lebih meluas," kata Netanyahu malam ini.
Tambah Perdana Menteri rejim zionis, "tentera tidak akan melengah-lengahkan menyerang sesiapa yang sengaja bertindak menyakiti warga Israel."
Sebagaimana yang dijadualkan, menurut radio 'Suara Israel' versi hebrew, Netanyahu akan mengadakan pertemuan peringkat ketenteraan dan keselamatan esok hari dengan beberapa pegawai tertinggi bagi menilai kedudukan dan keadaan di Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).
Ketua Turus Angkatan Tentera zionis, Benny Gantz telah mengeluarkan taklimat kepada Ketua-ketua tentera zon selatan supaya teruskan melancar serangan ke atas lokasi-lokasi pejuang Palestin dan jangan menghentikan lagi serangan di masa ini, serta menyerang apa jua yang dimiliki gerakan HAMAS.
Gambar(wikipedia): Benny Gantz, Ketua Turus Angkatan Tentera zionis.
Di peringkat ketenteraan zionis membuat penilaian bahawa beberapa hari akan datang adalah hari yang terlalu sulit kerana terikat dengan tentangan yang lebih panas.
Bendung tentangan sengit
Siaran 10 televisyen Israel berkata, Ketua-ketua tentera tertinggi dalam tentera zionis sedang berusaha membendung dan menghentikan serangan-serangan dari pejuang Palestin ke kawasan selatan tanah jajahan 1948 sebelum menjelang hari Paskah Yahudi pada 18 April ini(rujuk di sini).
Menurut siaran itu lagi, peringkat ketenteraan melihat tentangan sengit pejuang seperti yang disebutkan mesti dihentikan dalam beberapa hari akan datang dan sebelum menjelangnya perayaan Pesakh Yahudi. Hal tersebut bagi menenangkan warga Israel di selatan tanah jajahan 1948 meraikan perayaan itu.
Ketika dihubungi, Presiden rejim zionis, Simon Perez telah berbincang dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon.
Perez meminta PBB tidak mengambil keputusan berdiam diri berhubung serangan-serangan roket dari Gaza yang menyerang Israel. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan