الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

22 anggota FATAH dibebas, tangkap 5 anggota HAMAS

18 Februari 2010

Menurut sumber, Kerajaan Palestin di Gaza telah membebaskan tengahari tadi 22 orang tahanan FATAH dari sebuah penjara 'ansar', barat bandar Gaza.

Pembebasan tersebut hasil dari janji Perdana Menterinya, Ismail Haniah dengan kunjungan delegasi Arab ke Semenanjung Gaza.

Petikan kenyataan Ismail Haniah, baca di sini

Kes yang melibatkan anggota FATAH

Ihab Ghasin(gambar: kanan), jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza berkata, 12 individu daripada jumlah yang dibebaskan kerana menggugat keamanan dengan menubuhkan kumpulan serta menghantar laporan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah. 10 individu yang lain pula kerana melakukan jenayah.

Ghasin menjelaskan, pembebasan ini adalah 'menghormati' delegasi Arab dan lawatan Nabil Sha'at ke Gaza.

"juga untuk bina kepercayaan antara kami dengan gerakan FATAH di Tebing Barat, malah memperbaiki keadaan agar lebih positif", ujar Ghasin.

Beliau menyatakan, pembebasan ini bukanlah kali pertama dan bukan yang terakhir kerana setiap langkah yang dilakukan Kerajaan Palestin Gaza adalah bertujuan meredakan keadaan supaya usaha pembaikan Palestin(dalaman) tercapai.

Ghasin turut berharap adanya langkah yang sama dari gerakan FATAH di Tebing Barat berikutan beratus-ratus anggota HAMAS yang telah ditangkap kerana 'menentang penjajah(Israel)' dan memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang miskin dan memerlukan bantuan, namun balasan yang diterima lagi banyak anggota HAMAS yang ditangkap dan tekanan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, salah seorang pemimpin FATAH, Faisal Abu Shahla(gambar : di bawah) menafikan kepada al-Jazeerah bahawa anggota FATAH yang ditahan dalam penjara HAMAS tidak berkait dengan masalah keselamatan atau jenayah tetapi kerana mereka menganggotai FATAH.

Abu Shahla berkata, langkah pembebasan ini 'baik' tetapi tidak memadai bagi meleraikan masalah tahanan politik secara keseluruhan.

Beliau menjelaskan, langkah yang betul dan penting bagi mengakhiri perpecahan dalaman Palestin adalah HAMAS perlu menandatangani dokumen pembaikan Palestin yang dicadangkan oleh Mesir. Maka langkah tersebut dapat menyelesaikan perpecahan dan mengakhiri permasalahan.

Berhubung tahanan politik yang telah dibangkitkan, Ihab Ghasin menafikan wujudnya tahanan politik dalam penjara Kerajaan Palestin di Gaza yang ditadbir HAMAS.

Beliau berkata, mereka yang ditangkap bukannya kerana menganggotai gerakan FATAH tetapi mereka telah kesalahan yang menentang undang-undang Palestin.

Di Tebing Barat, sumber melaporkan bahawa 5 pendokong HAMAS telah diculik Pihak Keamanan Palestin(agensi Al-Aqsa melabelkan Pihak Keselamatan FATAH). Dijelaskan, 5 pendokong HAMAS yang diculik adalah dari Qalqiliah, Nablus dan Tulkram. Bagaimanapun, selepas itu Pihak Keamanan Palestin melepaskan semula 2 pendokong HAMAS yang ditangkap di Qalqiliah. Sumber 18/02/2010, web berita al-Jazeerah dan web berita aqasatv.ps

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS