Penduduk Palestin terus bertempur dengan tentera penjajah
25 Februari 2010
Ketetapan ini adalah seiring bagi usaha pengyahudian Al-Quds sebagaimana yang dinyatakan oleh sumber media.
Sumber klip di sini, 24/02/2010
Sumber melaporkan(11.55 pagi/waktu Mesir) bahawa pertempuran(gambar di atas) antara pemuda-pemuda(sebahagiannya remaja yang masih bersekolah peringkat menengah dan rendah) Palestin yang bersenjatakan batu dengan tentera penjajah masih berterusan di pertengahan kawasan Masjid Nabi Ibrahim, di Khalil, Tebing Barat.
Menurut siaran radio Israel, Netanyahu berjanji dengan memperuntukkan USD100 juta(400 juta shekel) bagi memperbaiki serta memelihara beberapa kawasan artifak sejarah di Israel, termasuk Masjid Nabi Ibrahim dan Masjid Bilal bin Rabah.
Mufti Palestin, Syeikh Mohammad Husein dalam kenyataannya mengingkari berhubung ketetapan yang diumumkan Netanyahu dengan menguasai tempat suci ini.
Beliau berkata, Israel berusaha keras dengan merompak hak umat Islam di kesemua tanah-tanah mahupun bandar Palestin bertujuan untuk mengubah kedudukan bandar-bandar Palestin dari Islam mahupun Arab supaya dapat memastikan tanah itu adalah asal Yahudi.
Beliau menjelaskan, perang harini bukan sahaja dengan artileri atau roket tetapi perang agama, aqidah untuk memalsukan artifak sejarah Islam.
Ismail Haniah(gambar), Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza dalam ucapannya(Isnin/22 Februari) menyatakan ketetapan Israel itu adalah usaha mencuri tanah suci dan menghapuskan dentiti serta menghilangkan kedua buah masjid ini dari persekitaran Palestin, Arab malah Islam.
Beliau turut berkata, seiring dengan ketetapan ini adalah ucapan-ucapan mahupun perbualan di ruang media berhubung dengan kembali kepada rundingan yang disifatkan Haniah bahawa rundingan ini secara langsung atau tidak langsung adalah sia-sia.
Haniah menegaskan rundingan dengan Israel mesti dihentikan. Malah penyelarasan atau pemusatan keselamatan dengan Israel juga mesti dihentikan.
Ucapan beliau dalam mogok bantahan yang diadakan Majlis Legislatif Palestin di Gaza turut berharap kepada masyarakat Palestin agar bangkit mengadakan intifadhah Palestin menentang ketetapan Israel.
Sementara itu, Lajnah Eksekutif, Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) turut mengkritik keras sebagaimana disifatkan tindakan Israel adalah, 'lanun baru' ke atas ketetapan yang dikeluarkan oleh Netanyahu yang menggabungkan kawasan suci umat Islam ke dalam tempat yang didakwa artifak sejarah bagi Negara penjajah yang mengakui Israel satu-satunya mempunyai hak.
Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah pula mendesak masyarakat antarabangsa supaya melihat ketetapan Israel ini melibatkan kedudukan suci bagi Islam dan kristian.
Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(telah tamat tempoh menurut HAMAS) dalam kenyataannya mengingatkan tentang perang agama yang meletus.
Anggota Biro Politik gerakan Jihad Islami, Nafeez Azam berkata, 'ketetapan seumpama ini adalah perang baru yang dilancarkan ke atas penduduk Palestin dan jelas menentang hak asal dari peninggalan sejarah Islam.
Beliau mendesak dalam kenyataannya bahawa dengan ketetapan Israel supaya usaha pembaikan dalaman Palestin tercapai.
Di pihak Mesir, Lajnah Hal-Ehwal luar Arab dan Keselamatan Negara dalam Majlis Syura juga mengecam keras tindakan Israel.
Sementara itu, Jordan juga menuduh Israel sengaja melanggar ruang lingkup yang termaktub dalam usaha perdamaian dengan menggabungkan Masjid Nabi Ibrahim dan Masjid Bilal bin Rabah ke dalam senarai peninggalan Yahudi. Sumber 22/02/2010, suratkhabar Ad-Doustour, berita al-Jazeerah, 25/02/2010, berita al-Jazeerah, suratkhabar Al-Ahram dan web berita Rusiatoday
0 comments:
Catat Ulasan