Karikatur: Al-Quds hak Yahudi? & halatuju Palestin
17 Disember 2010
Sebagaimana dalam perjanjian lalu, timur Al-Quds adalah milik Palestin, namun baru semalam sahaja penjajah memulakan pembinaan perumahan yang baru di Jabal Zaitun, timur Al-Quds. Mungkin tidak melampau jika mengatakan rundingan dan perjanjian selama ini hanyalah sia-sia. Tambahan pula, sikap US yang terlalu menonjol kecenderungannya yang memihak kepada penjajah(Israel) meskipun secara jelas penjajah mempermainkan Palestin. Jika dilihat kepada situasi yang menimpa Iraq dan Iran, masing-masing dikenakan tekanan dan sekatan bahkan akhirnya, Iraq diperangi habis-habisan. Tetapi situasi yang sedang dipertontonkan dari reaksi galak rejim zionis ternyata tidak menerima apa-apa sekatan biarpun hanya riuh-rendah dengan kecaman dan kritikan sahaja. Jika ini terus berlaku, sukar untuk menjangka pada suatu hari nanti, kemungkinan besar Al-Quds akan menerima lebih sentuhan pengyahudian demi melenyapkan hak pensejarahan Palestin.
..lihatlah apa yang tertera di atas, anda pasti akan dapat gambarannya..
0 comments:
Catat Ulasan