الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label nelayan Gaza diancam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nelayan Gaza diancam. Papar semua catatan

Bot karam ditembak zionis

13 April 2012

Pelabuhan nelayan di sebelah barat bandar Gaza

Laporan jam 02:55 petang, waktu BaitulMaqdis

Jam 01:55 petang, waktu Mesir

Sebuah bot nelayan Palestin telah karam selepas dikejar dan ditembak oleh tentera laut rejim zionis(Israeli Navy) tengahari tadi di persisiran laut Gaza.

Sumber dari media tempatan Palestin menyebut, beberapa buah bot laju tentera laut zionis telah melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan di sebelah barat laut persisiran laut Semenanjung Gaza.

Jelas sumber, tentera laut zionis melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan ketika menjalankan aktiviti harian meskipun berada dalam kawasan yang dibenarkan. Kemudian, bot laju zionis mengejar pula bot-bot nelayan dan melepaskan tembakan ke arah mereka. Kejadian itu menyebabkan sebuah dari bot nelayan karam, namun nelayan dapat selamatkan diri. Sumber 13/04/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

Nelayan Gaza jadi sasaran bot laju zionis

24 November 2011

Laporan jam 05:55 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 05:55 malam, waktu Mesir

RAFAH - Bot-bot laju tentera laut zionis yang berada di persisiran laut bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza telah melepaskan tembakan senjata berat ke arah bot-bot nelayan Palestin.

Menurut pemberita SAFA, bot-bot laju zionis bertindak melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah bot-bot nelayan di persisiran laut bandar Rafah, lantas nelayan Palestin terpaksa bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

Sehingga laporan ini diterbitkan, sumber menyebut tidak sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa di kalangan nelayan Palestin.

Sebagaimana disebutkan, para nelayan Palestin di laut Gaza boleh dikatakan hampir setiap hari diancam bot-bot tentera laut zionis yang bertebaran di sepanjang persisiran laut Semenanjung Gaza. Kesan dari cengkaman ini pernah ada laporan menyebut nelayan Palestin cedera, di samping kerosakan harta benda(bot nelayan/sampan). Sumber 24/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Tentera laut zionis tangkap 7 nelayan Gaza

11 September 2011

Laporan jam 02:02 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 01:02 petang, waktu Mesir
Jam 07:02 malam, waktu Malaysia

GAZA - Seramai 7 nelayan Palestin di Gaza telah ditangkap tentera laut rejim zionis pada waktu tengahari tadi sewaktu menjalankan kegiatan memburu ikan.

Peta: Lingkaran merah di laut Gaza adalah jarak 3 batu nautika yang dibenarkan kepada nelayan Gaza menjalankan aktiviti memburu ikan. Ketetapan tersebut setelahmana perjanjian keamanan dimeterai antara Menteri Luar US dan Israel(Condolezza Rice dan Tsipi Livni) waktu itu sewaktu perang Gaza(Operation Cast Lead) akhir 2008-awal 2009.

Kenyataan khas dari kapten nelayan, Nizar 'Ayyash mengesahkan kejadian kepada agensi berita Safa bahawa nelayan-nelayan yang ditangkap berada 2 batu nautika dari persisiran pantai iaitu dalam kawasan 3 batu nautika yang dibenarkan oleh penjajah kepada nelayan Gaza menangkap ikan. Bagaimanapun, ketika menjalankan aktiviti memburu ikan, mereka dikejutkan secara tiba-tiba dikepung tentera laut zionis dan membawa mereka ke arah yang tidak diketahui.

Jelas beliau, nelayan-nelayan itu hanya menaiki bot-bot kecil menjalankan rutin harian, mula-mula 4 dari mereka ditangkap, kemudian tentera laut zionis menangkap lagi 3 yang berbaki sambil menjelaskan kesemua nelayan yang ditangkap berada dalam jarak yang dibolehkan memburu ikan.

Nyata 'Ayyash lagi, mangsa yang ditangkap dikenali, Jauhar Bakr, Muhammad Majid Bakr, Muhammad Suhail Bakr, seorang yang berusia Jabar Khidhir Bakr, Khidhir Hasan Bakr, Ja'afar Hasan Bakr dan Muhammad Hasan Bakr. Kesemua mereka adalah dari keluarga Bakr menetap di Mukhayyam Shatie yang terletak dari sebelah barat laut bandar Gaza.

Seperti yang disebutkan, Badan-badan Hak Asasi telah mendokumentasi banyak perlanggaran rejim zionis yang dilakukan tahun lepas ke atas para nelayan Palestin di Gaza. Sedemikian itu, mengakibatkan sebilangan dari nelayan mengalami kecederaan dan ada yang ditangkap, tambahan pula lebih dari 17 buah bot atau sampan dirampas oleh tentera laut zionis. Sumber 11/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Nelayan selamat, sampan ditunda ke pantai

01 Jun 2011

Laporan jam 10.48 malam, Palestin/Mekah
Jam 09.48 malam, Mesir

GAZA - Seorang nelayan Palestin terselamat dari maut yang hampir pasti malam ini setelahmana sebuah bot laju tentera laut zionis melanggar sampan yang dinaikinya ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut lepas, bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza(ada menyebut Jalur Gaza dan Genting Gaza).

Pemberita Safa menukilkan kenyataan dari seorang nelayan yang mengesahkan bahawa bot laju zionis dengan tiba-tiba menghampiri sampan nelayan ketika menangkap ikan. Ketika itu, jelas nelayan terbabit, jarak tempat menangkap ikan dengan perairan pantai teramat dekat. Kemudian bot laju zionis menyerang sampan nelayan, Ahmad Abu Salmiah, 20 mengakibatkan sampan terbalik dan Ahmad tenggelam.

Peta: Januari 2009, perjanjian keamanan yang dipersetujui dua Menteri Luar Israel(Tsipi Livni) dan Menteri Luar Amerika(Condolezza Rice) yang menetapkan jarak nelayan Gaza menjalankan aktiviti penangkapan ikan sejauh 3 batu nautika dari persisiran pantai(lingkaran merah). Perjanjian ini sempena perang Gaza, akhir 2008-awal 2009.

Setelah kejadian, nelayan-nelayan lain segera bergegas ke lokasi kejadian serta menjauhkan bot laju zionis dari lokasi itu. Nelayan lain berjaya menarik keluar Ahmad serta menunda sampannya ke pantai.

Laporan Safa menyatakan, mangsa kejadian, Ahmad Abu Salmiah menerima rawatan biasa dari kalangan nelayan di pantai dan kesihatannya beransur-ansur pulih.

Sebaik sahaja serangan dari bot laju zionis, beberapa orang lagi nelayan meninggalkan tempat menangkap ikan khuatir nyawa mereka terancam. Kedapatan nelayan yang lain masih menjalankan aktiviti menangkap ikan yang tidak jauh dari persisiran pantai.

Kejadian sengaja seumpama ini yang dilakukan bot laju zionis boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari di laut Gaza. Sedemikian itu, zionis mendakwa para nelayan Palestin di Gaza melangkau dari jarak yang dibenarkan menangkap ikan, iaitu sejauh 3 batu nautika dari persisiran pantai. Sumber 01/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

3 nelayan Palestin cedera diserang bot laju zionis

27 Mei 2011

Laporan jam 12.19 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.19 malam(26/05/2011), Mesir

GAZA - 3 nelayan Palestin cedera malam tadi(26/05/2011) setelah diserang bot-bot laju rejim zionis ketika sedang memburu ikan di perairan laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, pejabat penerangan bomba dalam laporannya menjelaskan bahawa skuad penyelamat laut berjaya menunda keluar bot nelayan Palestin dari lokasi kejadian selepas dilanggar bot laju zionis dari bahagian belakang.

Tambah laporan itu, 3 orang nelayan dari 7 nelayan yang berada di atas bot berkenaan mengalami kecederaan, dikatakan tulang patah. Berikutan serangan itu, bot nelayan turut mengalami kerosakan di bahagian enjin.

Ketua skuad penyelamat, kapten Yahya Taayah berkata, sewaktu usaha menunda keluar dari lokasi menuju ke pelabuhan nelayan Gaza, skuad penyelamat menghadapi kesulitan.

Beliau menyatakan, kejadian ini bukanlah kali pertama nelayan Gaza menjadi sasaran, bahkan ia adalah ekoran dari cengkaman rejim zionis ke atas Gaza yang sengaja mahu menyempitkan sumber rezeki nelayan-nelayan.

Sementara itu, pemberita Safa melaporkan bahawa pergerakan tentera zionis tidak sebagaimana biasa di terminal Karem Abu Salem menuju ke sebelah timur bandar Rafah, selatan Semenanjung gaza. Keadaan ini telah dilihat sejak 3 hari yang lalu, menurut Safa.

Jelas lagi, pesawat-pesawat rejim zionis turut berterbangan rendah di ruang udara kawasan berkenaan. Sumber 27/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Remaja syahid dikejar bot zionis

17 Disember 2010

RAFAH - Sumber perubatan dan saksi kejadian berkata, seorang remaja Palestin yang bekerja sebagai nelayan telah syahid malam ini dalam nahas sampan terbalik sejurus selepas dikejar bot laju tentera laut zionis.

Gambar(safa): Nelayan Palestin yang menjalankan rutin harian sering diancam rejim zionis.

Kejadian tersebut berlaku di perairan laut Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Saksi-saksi kejadian menerangkan kepada pemberita 'Safa' bahawa nelayan, Ziad Samir Ismail Al-Bardawil, 16 lemas selepas sampan yang dinaikinya terbalik. Ketika itu, mangsa dan beberapa lagi sampan dikejar bot-bot laju tentera laut zionis.

Menurut berita Al-Jazeerah, jam 10.50 malam, waktu Mesir menukil dari saksi kejadian bahawa mangsa ditembak tentera laut zionis, lantas mengakibatkan sampannya terbalik.

Peta Semenanjung Gaza. Fokus peta menunjukkan had/jarak yang dibenarkan kepada nelayan Palestin untuk menangkap ikan sejauh 3 batu nautika. Had tersebut ditetapkan sejak Januari 2009 selepas perang Gaza. Klik gambar untuk besar.

Sumber perubatan, jurucakap rasmi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Kecemasan, Adham Abu Salmiah mengesahkan kejadian tersebut.

Tambahan lagi dari kejadian, dua buah lagi sampan nelayan milik keluarga Al-Bardawil yang membawa beberapa orang nelayan turut terbalik, namun tidak ada laporan mengenai kehilangan nyawa.

Ketika ini, jenazah Ziad Samir telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar.

Kejadian seperti yang dilaporkan ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari, bot-bot laju zionis sengaja menjadikan para nelayan Palestin di laut Gaza sebagai sasaran. Zionis mendakwa, nelayan Gaza melanggar jarak yang dibenarkan menangkap ikan sejauh 3 batu nautika. Sumber 17/12/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Bot laju zionis hala tembakan ke arah nelayan Gaza

13 Oktober 2010

KHAN YUNUS - Kejadian yang berlaku pada petang tadi, bot laju zionis(penjajah) telah melepaskan bedilan ke arah perahu nelayan Gaza di laut Wilayah Khan Yunus, selatan Gaza.

Peta Semenanjung Gaza di sebelah kiri menunjukkan had yang dibenarkan bagi nelayan Gaza menangkap ikan hanya 3 batu nautika.

Menurut wartawan agensi berita 'Safa', bot laju zionis yang berkumpul di pesisir laut Gaza itu telah melepaskan tembakan senjata berat(machine-gun) ke arah puluhan buah perahu nelayan di perairan laut Khan Yunus.

Sumber menjelaskan lagi, serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang nyawa yang terkorban mahupun luka parah dikalangan nelayan Palestin.

Hampir setiap hari bot laju zionis sengaja menembak ke arah nelayan Palestin yang menjadi sasarannya. Zionis mendakwa tembakan-tembakan itu kerana nelayan Gaza melanggar had yang dibenarkan untuk menankap ikan, iaitu hanya sejauh 3 batu nautika dari pantai Gaza. Seperti yang dilaporkan, sebulan yang lalu, seorang nelayan, Muhammad Bakar syahid menjadi mangsa tembakan bot laju zionis di perairan laut bahagian utara Gaza. Sumber 13/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Israel sasarkan tembakan machine-gun kepada nelayan

22 Ogos 2010

Menurut laporan dari laman web berita 'safa' pada jam 04.58 pagi tadi, waktu Palestin/Mesir bahawa tentera laut Israel(penjajah) yang menaiki bot laju menghujani tembakan machine-gun ke arah bot-bot nelayan Gaza di perairan laut Rafah. Sumber 22/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS