الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label bot laju Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bot laju Israel. Papar semua catatan

Tangkap empat nelayan di utara laut Gaza

31 Mei 2012


BAYT LAHIYA - Tentera laut zionis(Israeli Navy) telah menangkap empat orang nelayan Palestin dari dua buah sampan di persisiran laut daerah Bayt Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Demikian, menurut agensi berita SAFA dalam laporan yang telah diterbitkan menjelang tengahari semalam, Rabu 30 Mei 2012.
Kapal marin tentera laut zionis
Pejabat Kemajuan Ikan di Kementerian Pertanian Gaza berkata, bot-bot laju tentera zionis telah memaksa empat nelayan terbabit meninggalkan sampan mereka, kemudian mereka ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui.

Jelas pejabat berkenaan, empat nelayan yang ditangkap, Nour El-Sultan, 49 dan saudaranya, Hassan, 39, serta nelayan dari sampan kedua, Jihad Al-Sultan, 38 dan saudaranya, Zahir, 22.
Jarak yang dibenarkan kepada nelayan Palestin di Semenanjung Gaza
untuk memburu ikan  mengikut tempoh masa tertentu.
Sebagaimana dijelaskan, akhir-akhir ini, kejadian menculik dan mengekori para nelayan di tengah laut semakin menjadi-jadi. Berikutan itu, setiap kali tiba musim baru memburu ikan, rejim zionis kerap kali menyasarkan para nelayan bertujuan mengekang aktiviti nelayan.

Berhubung kejadian, Kementerian Pertanian berkata, "rejim zionis hanya benarkan nelayan memburu ikan tidak lebih dari jarak 3 batu nautika, jika lebih, nelayan akan dikejar", tambahan lagi, "semua pihak mesti bertanggungjawab terhadap kesengsaraan yang dilalui para nelayan."

Kementerian Pertanian di Semenanjung Gaza meletakkan sepenuhnya ke atas rejim zionis pihak yang bertanggungjawab terhadap nyawa para nelayan sambil menyeru badan-badan hak asasi manusia, terutamanya Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa campurtangan segera bagi membebaskan nelayan serta mengembalikan semula perkakasan menangkap ikan kepada nelayan. - SAFA

Read more...

Bot lepas tembakan, pesawat berlegar-legar di udara

05 Disember 2011

Laporan jam 11:28 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 11:28 malam, waktu Mesir

GAZA - Bot-bot laju tentera laut zionis yang berada di persisiran laut bandar Gaza telah melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan Palestin. Kejadian tersebut yang berlaku pada malam ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Menurut penyampai berita agensi SAFA berkata, tembakan dari bot-bot laju tentera laut zionis serentak dengan tindakan pesawat tempur zionis yang berlegar-legar kerap di ruang udara Gaza. Pesawat zionis turut melepaskan bom cahaya di ruang udara bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Tambahan lagi, tembakan bertubi-tubi kedengaran di sebelah timur Bayt Hanoun(utara Semenanjung Gaza). Sedemikian itu, menukil dari saksi bahawa berlaku pertempuran berbalas tembakan secara terbatas dengan sepasukan unit khas tentera zionis.

SAFA menyatakan, pergerakan jentera perang zionis juga tidak sebagaimana biasa yang dilihat keluar dari sempadan Erez, utara Semenanjung Gaza. Sumber 05/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Nelayan selamat, sampan ditunda ke pantai

01 Jun 2011

Laporan jam 10.48 malam, Palestin/Mekah
Jam 09.48 malam, Mesir

GAZA - Seorang nelayan Palestin terselamat dari maut yang hampir pasti malam ini setelahmana sebuah bot laju tentera laut zionis melanggar sampan yang dinaikinya ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut lepas, bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza(ada menyebut Jalur Gaza dan Genting Gaza).

Pemberita Safa menukilkan kenyataan dari seorang nelayan yang mengesahkan bahawa bot laju zionis dengan tiba-tiba menghampiri sampan nelayan ketika menangkap ikan. Ketika itu, jelas nelayan terbabit, jarak tempat menangkap ikan dengan perairan pantai teramat dekat. Kemudian bot laju zionis menyerang sampan nelayan, Ahmad Abu Salmiah, 20 mengakibatkan sampan terbalik dan Ahmad tenggelam.

Peta: Januari 2009, perjanjian keamanan yang dipersetujui dua Menteri Luar Israel(Tsipi Livni) dan Menteri Luar Amerika(Condolezza Rice) yang menetapkan jarak nelayan Gaza menjalankan aktiviti penangkapan ikan sejauh 3 batu nautika dari persisiran pantai(lingkaran merah). Perjanjian ini sempena perang Gaza, akhir 2008-awal 2009.

Setelah kejadian, nelayan-nelayan lain segera bergegas ke lokasi kejadian serta menjauhkan bot laju zionis dari lokasi itu. Nelayan lain berjaya menarik keluar Ahmad serta menunda sampannya ke pantai.

Laporan Safa menyatakan, mangsa kejadian, Ahmad Abu Salmiah menerima rawatan biasa dari kalangan nelayan di pantai dan kesihatannya beransur-ansur pulih.

Sebaik sahaja serangan dari bot laju zionis, beberapa orang lagi nelayan meninggalkan tempat menangkap ikan khuatir nyawa mereka terancam. Kedapatan nelayan yang lain masih menjalankan aktiviti menangkap ikan yang tidak jauh dari persisiran pantai.

Kejadian sengaja seumpama ini yang dilakukan bot laju zionis boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari di laut Gaza. Sedemikian itu, zionis mendakwa para nelayan Palestin di Gaza melangkau dari jarak yang dibenarkan menangkap ikan, iaitu sejauh 3 batu nautika dari persisiran pantai. Sumber 01/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

[Gambar] Muka hadapan buku pilihan

04 April 2011

Buku berjudul 'ISRAEL IS NOT REAL'
Penulis: Anwar M.Aris
Terbitan: Alam Raya Enterprise

Read more...

Remaja syahid dikejar bot zionis

17 Disember 2010

RAFAH - Sumber perubatan dan saksi kejadian berkata, seorang remaja Palestin yang bekerja sebagai nelayan telah syahid malam ini dalam nahas sampan terbalik sejurus selepas dikejar bot laju tentera laut zionis.

Gambar(safa): Nelayan Palestin yang menjalankan rutin harian sering diancam rejim zionis.

Kejadian tersebut berlaku di perairan laut Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Saksi-saksi kejadian menerangkan kepada pemberita 'Safa' bahawa nelayan, Ziad Samir Ismail Al-Bardawil, 16 lemas selepas sampan yang dinaikinya terbalik. Ketika itu, mangsa dan beberapa lagi sampan dikejar bot-bot laju tentera laut zionis.

Menurut berita Al-Jazeerah, jam 10.50 malam, waktu Mesir menukil dari saksi kejadian bahawa mangsa ditembak tentera laut zionis, lantas mengakibatkan sampannya terbalik.

Peta Semenanjung Gaza. Fokus peta menunjukkan had/jarak yang dibenarkan kepada nelayan Palestin untuk menangkap ikan sejauh 3 batu nautika. Had tersebut ditetapkan sejak Januari 2009 selepas perang Gaza. Klik gambar untuk besar.

Sumber perubatan, jurucakap rasmi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Kecemasan, Adham Abu Salmiah mengesahkan kejadian tersebut.

Tambahan lagi dari kejadian, dua buah lagi sampan nelayan milik keluarga Al-Bardawil yang membawa beberapa orang nelayan turut terbalik, namun tidak ada laporan mengenai kehilangan nyawa.

Ketika ini, jenazah Ziad Samir telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar.

Kejadian seperti yang dilaporkan ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari, bot-bot laju zionis sengaja menjadikan para nelayan Palestin di laut Gaza sebagai sasaran. Zionis mendakwa, nelayan Gaza melanggar jarak yang dibenarkan menangkap ikan sejauh 3 batu nautika. Sumber 17/12/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

ALWIYAH letupkan sebuah pos tentera zionis

19 November 2010

[Terkini: 05.49 malam, Palestin] GAZA - ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) mengakui pihaknya meletupkan sebuah pos kawalan tentera rejim zionis dengan melakukan serangan pengeboman 3 peluru roket jenis 'hawn' 120mm di timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Kumpulan pejuang itu dalam kenyataan media yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menyebut, bahawa operasi yang dilaksanakan pejuangnya berupaya memaksa tentera rejim zionis berundur, malah mengesahkan lagi serangan ALWIYAH adalah serang balas ke atas pembunuhan dua pejuang JAISH ISLAM oleh rejim zionis.[Berita Ringkas]

Sumber 19/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Roket sasar Ushkul

20 September 2010

GAZA - Satu serangan roket buatan tempatan yang disasarkan ke arah penempatan haram Israel gugur berhampiran sebuah kawasan di penempatan haram 'Ushkul', barat Naqab, selatan tanah jajahan.

Menurut media 'Yediot Ahronot' versi hebrew, serangan roket pada malam ini tidak mengakibatkan seranga luka parah atau kerosakan harta benda.

Seperti yang dilaporkan, serangan roket itu ketikamana tinjauan kerapa pesawat rejim zionis di ruang udara Semenanjung Gaza. Sumber 20/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Israel sasarkan tembakan machine-gun kepada nelayan

22 Ogos 2010

Menurut laporan dari laman web berita 'safa' pada jam 04.58 pagi tadi, waktu Palestin/Mesir bahawa tentera laut Israel(penjajah) yang menaiki bot laju menghujani tembakan machine-gun ke arah bot-bot nelayan Gaza di perairan laut Rafah. Sumber 22/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS