Netanyahu akan bertemu Mubarak hari ini
06 Januari 2011
AL-QUDS, - Perdana Menteri Kerajaan zionis hari ini dilaporkan akan berlepas ke pusat peranginan Sharm El-Sheikh untuk bertemu dengan Presiden Republik Arab Mesir, Muhammad Housni Mubarak.
Gambar(Safa): Mubarak, kanan dan di kiri, Netanyahu dalam pertemuan lalu.
Radio zionis berkata, Benjamin Netanyahu akan membincangkan dengan Mubarak mengenai perkembangan terkini usaha damai dan hubungan dua hala antara Israel-Mesir. Berikutan itu, Netanyahu akan mengakhiri lawatannya di Mesir hari ini pada sebelah petang.
Turut mengiringi Netanyahu, penasihatnya bagi Hal Ehwal Keamanan Negara serta Timbalan Perdana Menteri, Silvan Shaloum dan juga Benjamin Elezzar, Menteri Perindustrian dan Perdagangan.
Sejak akhir ini seperti yang dinyatakan, para pemimpin parti buruh Israel mengugut akan menarik diri dari Kerajaan Netanyahu pada april hadapan sekiranya usaha rundingan dengan Palestin tidak diadakan semula. Lantaran itu, tujuan digabungkan juga Benjamin Elezzar dalam lawatan ini adalah bagi menghalang perpecahan Kerajaan campuran. Sumber 06/01/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan