BET LEHEM - Jurucakap Menteri Luar Amerika Syarikat(US), Philip Krowly berkata, US mengecam keras Pihak Berkuasa Palestin yang memberi sanjungan kepada 'pengganas'(sebagaimana didakwa). Kenyataan Philip turut menggesa pemimpin Palestin agar menghentikan provokasi menentang Israel.
Kecaman Philip kepada wartawan sebagai mengulas tindakan Pihak Berkuasa Palestin yang menamakan sepotong jalan di Ramallah dengan nama, 'Yahya Ayyash' perancang beberapa operasi jihadiah di Israel . Tambahan pula, kenyataan tersebut menyatakan mahu memperbaharui sebuah kuil lama di bandar Kota Lama.
Gambar: Jalan Yahya Ayyash yang menjadi kecaman wakil US. Majlis Perbandaran Ramallah menyatakan penamaan jalan itu semenjak Yahya Ayyash syahid dalam satu operasi pembunuhan.
___________________________________________
Fakta: Yahya Ayyash juga dikenali jurutera(perancang) yang melakukan berbagai-bagai serangan, termasuk sebuah bas Israel yang diletupkan di Tel-Aviv pada tahun 1994.
Kejadian tersebut membunuh 20 Israel, dan berpuluh lagi cedera.
Ayyash syahid dalam satu operasi pembunuhan pada tahun 1996 di rumahnya di Beit Lahiya, Semenanjung Gaza.
Kematian Ayyash dipercayai letupan dari telefon peribadinya.
___________________________________________
Menurut web berita Ha'aretz(Israel), Krowly berkata pihaknya juga mengecam keras sanjungan yang diberikan kepada pengganas(dakwa zionis) sama ada melalui kenyataan-kenyataan rasmi ataupun penamaan tempat-tempat awam dengan nama mereka kerana akan memberi kesan negatif kepada usaha perdamaian, dan tindakan seumpama ini mesti dihentikan.
Krowly turut berkata, US merasa jengkel dengan kenyataan wakil dari Pihak Berkuasa Palestin mengenai pembangunan semula beberapa buah kawasan Yahudi di perumahan Yahudi di bandar Kota Lama. Sumber 08/04/2010, web berita maan.net dan web berita safa.net
0 comments:
Catat Ulasan